
Tongkang ini digunakan siang malam untuk menghantar kayu balak di Sungai Kalabakan, Tawau sebelum ke luar negara bagi mendapat keuntungan yang lebih.
Sekali lagi ruang media massa, digegarkan bilamana Presiden Persatuan Keluarga Karanaan Liwan Sabah [SAKAG], Haji Masmin Kadad memberi kata dua kepada Kerajaan Negeri Sabah agar menghentikan segera kegiatan pembalakan di kawasan Yayasan Sabah, Kalabakan atau beliau terpaksa mengadakan demonstrasi menggunakan tali untuk ‘menggantung diri’.
Masmin melahirkan kebimbangan dalam pertemuan khas dengan Sabahkini.net yang mengikuti beliau ke beberapa lokasi tertentu termasuk stumping kayu balak di Kalabakan untuk membuat liputan berhubung dakwaan beliau.- “Kerajaan minta rakyat menanam pokok kayu untuk memulihara alam sekitar namun sebaliknya mereka membiarkan aktiviti pembalakan haram di sekitar Nabawan dan Kalabakan, serta kegiatan haram menyeludup balak yang semakin tidak terkawal di Kalabakan.,” kata Masmin yang kecewa dengan sikap double standard kerajaan negeri Sabah.
Menurut Masmin, setiap hari, tidak kurang 100 lori balak mengangkut kayu balak ke Sungai Kalabakan untuk dipasarkan Tawau dan diseludup ke luar negara; manakala bakinya dihantar ke kilang-kilang di Nabawan dan Keningau. - “Semua kayu ini tidak dibayar cukai dan kayu yang ada bercukai telahpun digunakan sejak bertahun-tahun. Selain itu, kayu-kayu di bawah ukurlilit 4 round juga turut dibalak. Bagaimanakah generasi muda boleh dapat berkongsi harta Sabah daripada kayu balak sekiranya pembalakan yang dilakukan itu tidak bersistem dan tidak dikawal?,” Tanya Masmin yang kesal kerana rasuah di Jabatan Perhutanan Sabah yang terburuk selepas Kastam.
- Masmin selanjutnya mendedahkan, sebagai contoh, baru-baru ini, pada 29 Januari 2011, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengadakan lawatan rasmi ke Maliau Basin.
- Tambah Masmin lagi, dalam tempoh seminggu sebelum lawatan tersebut, semua aktiviti pembalakan dihentikan. Namun selepas lawatan Perdana Menteri selesai, aktiviti pembalakan diteruskan semula sehingga beratus lori balak keluar pada 30 Januari 2011 di sepanjang jalan Sepulut ke Kalabakan.
Menurut Sakang, terbukti bahawa pihak kerajaan membiarkan sahaja aktiviti ini kerana ada pihak terlibat dan bekerjasama dengan syarikat-syarikat pembalakan. Walaupun rakyat mengadu, namun pegawai kerajaan yang berkenaan khasnya, Pengarah Jabatan Perhutanan hanya bersikap ‘tutup sebelah mata’ sahaja.
- Namun Masmin yakin bahawa aktiviti pembalakan hanya membawa kekayaan kepada beberapa golongan tertentu sahaja termasuk ahli-ahli politik, pemimpin-pemimpin masyarakat tetapi rakyat Sabah dan kerajaan negeri tidak mendapat apa-apa faedah atau keuntungan.



February 8, 2011 9:37 AM
Pembalakan, jika terdapat surat kebenaran, sebaikknya rakyat di sekitar diperjelaskan tentang itu. Ada di antara mereka tidak mengetahui apa sebenarnya yang mereka perjuangkan.
February 8, 2011 9:47 AM
Pembalakan haram perlu diberhentikan.
February 8, 2011 9:48 AM
Ancaman2 tidak sepatutnya berlaku dialaf baru ini. Meja perbincangan masih lagi ada untuk digunakan.
February 8, 2011 10:22 AM
Pembalakan merupakan aktiviti penting untuk ekonomi negeri Sabah. namun, perlu pastikan ianya mengikuti peraturan dan tidak menjejaskan alam sekitar.
February 8, 2011 10:28 AM
kegiatan pembalakan haram harus dihentikan segera kerana ia memberi kesan buruk kepada alam sekitar. jika benar terdapt unsur rasuah dalam kegiatan ini, SPRM perlu ambil tindakan segera.
February 8, 2011 11:13 AM
I am sure something is not right. Can somebody make it clear!!!!
February 8, 2011 2:34 PM
Apa yang perlu kerajaan negeri lakukan?? Jangan biarkan orang tertentu untung begitu saja. Kerajaan negeri dan rakyat sabah sendiri yang akan rugi dengan aktiviti ini.
February 8, 2011 2:38 PM
Pembalakkan haram??Dari dulu lagi perkara ini berlaku. Tapi kerajaan tidak bertindak walaupun menerima pelbagai lapora dari penduduk. Maka harapan rakyat ialah kerajaan haruslah bertanggungjawab dengan semua ini. Jangan sampai negeri kita ini hancur begitu saja.
February 8, 2011 3:25 PM
jika aktiviti pembalakan ini dilakukan secara haram dan tidak terkawal, ia wajar dihentikan serta merta. jika pemimpin2 di Sabah masih terus berdiam diri, sampaikan terus masalah ini kepada PM untuk diambil tindakan.
February 8, 2011 3:26 PM
Kawal pembalakkan ini, jangan biarkan mereka ini menghancurkan masa depan kita nanti. Bila lagi kerajaan mahu bertindak.
February 8, 2011 3:42 PM
kegiatan pembalakan haram ini perlu dihentikan. jgn rosakkan alam sekitar.
February 10, 2011 9:42 AM
Harap kerajaan akan meningkatkan kawalan terhadap pembalakkan haram.
February 11, 2011 10:44 AM
Kerajaan perlu memastikan masalah pembalakan haram ini diberhentikan kerana ia merosakkan hutan dan alam sekitar Sabah.
Post a Comment