
gambar hiasan suasana hari valentine
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan melancarkan Kempen benteras Jerat Hari Valentine di Ibu Negara Jumaat untuk mengajak umat Islam terutamanya golongan remaja supaya tidak meraikan sambutan Hari Kekasih itu Isnin ini.Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata program itu diadakan untuk menyebarkan dakwah dengan meluas mengenai sambutan itu yang bertentangan dengan ajaran Islam.
- Stesen televisyen juga perlu memainkan peranan melalui pengisian program yang bersesuaian supaya dapat memberi pemahaman yang jelas kepada umat Islam mengenai perkara itu, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan majlis Wacana Inovasi Dakwah Melalui Penyiaran.
- Mengenai hasrat PAS untuk mengadakan kawalan pada malam Hari Valentine untuk membendung gelaja tidak bermoral, Jamil Khir berkata pihak terbabit perlu menjelaskan tindakan itu secara terperinci.



February 12, 2011 9:16 AM
Rakyat perlu pandai menilai isu ini.
February 12, 2011 9:20 AM
sambutan Hari valentine bukanlah untuk umat Islam.
February 12, 2011 10:28 AM
setiap individu perlu tahu membezakan pekara yang baik dan buruk agar tidak terjebak dengan kegiatan yang tidak sepatutnya.
February 12, 2011 11:21 AM
Pastikan umat islam tidak melakukan perkara yang tidak bermoral pada hari Valentine.
February 12, 2011 11:22 AM
Masalahnya rayakan atau tidak rayakan, pembuangan bayi tetap akan berlaku.
February 12, 2011 11:24 AM
Itu terpulang pada diri sendiri. Perayaan ini adalah perayaan yang baik, memberi kita masa untuk menghargai pasangan kita. Namun jangan pula melihat ini sebagai yang negative dan jangan pula merayakannya dengan cara yang salah.
February 12, 2011 11:57 AM
semoga kempen yang dilakukan oleh mana2 pihak samada kerajaan, NGO mahupun parti2 politik, akan dapat membanteras gejala meraikan hari kekasih di negara ini.
February 12, 2011 8:38 PM
Sambut hari valentine tak sepatutnya jadi satu isu kerana apa yang penting ialah tahu batasannya :)
February 12, 2011 8:39 PM
Apapun lain orang lain pandangganya. So terpulanglah pada in dividu sendiri utk buat penilaian.
February 13, 2011 10:35 PM
tidak keterlaluan jika ingin menyambut Hari Valentine namun haruslah tidak melampaui batas2 agama dan masyarakat.
February 13, 2011 10:38 PM
apa pun, hari valentine bukanlah satu isu..tetapi apa yang mungkin boleh berlaku seperti seks dan sebagainya..inilah yang harus dicegah.
February 13, 2011 10:39 PM
namun, ianya terpulang kepada individu untuk menyambut hari kekasih atau tidak kerana secara teknikalnya, ianya tidak melanggar undang2.
February 14, 2011 8:52 AM
Sambutan ini tidak salah, tapi janganlah dilakukan lebih-lebih. Pasti ada batasannyakan..
February 14, 2011 10:10 AM
Ya, ini terpulanglah dengan individu untuk menilainya.
Post a Comment