Gambar hiasan
Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi dipetik sebagai berkata pada masa ini kuota untuk pengambilan dari kalangan anak negeri Sabah dan Sarawak belum dipenuhi. Walaupun pelbagai usaha dilakukan termasuk mengadakan proses temuduga secara terbuka di kedua-dua negeri itu, kuota untuk pengambilan guru anak tempatan masih belum berjaya dipenuhi.- Justru itu beliau menyatakan kerajaan persekutuan akan terus menghantar guru-guru dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak sehingga masalah kekurangan guru mahir di kedua-dua negeri itu dapat diatasi.
Ketika mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran tersebut, Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan telah menyuarakan beberapa persoalan . Antara nya ia lah “ kalau benar tedapat kekurangan guru di sini, kenapa guru-guru dari Sabah dihantar ke Semenanjung? Keadaan ini seperti tidak begitu selaras dan tidak pula menjurus ke arah penyelesaian yang lebih baik. Sepatut nya perkhidmatan guru sandaran yang memang mempunyai ijazah itu diteruskan, kata beliau.
Dalam masa yang sama, Pairin merayu Kementerian Pelajaran supaya memberi peluang kepada 578 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di Sabah yang tamat kontrak akhir tahun lalu menyambung semula perkhidmatan mereka dan seterusnya mengikuti latihan perguruan supaya terus kekal dalam perkhidmatan perguruan. Ini penting memandangkan Sabah masih kekurangan guru.- Katanya, GSTT dari Sabah dan Sarawak seharusnya diberi peluang untuk meneruskan khidmat mereka bagi mengisi kekosongan yang ada di kedua-dua negeri berkenaan dan bukannya menghantar guru dari Semenanjung ke negeri berkenaan.
- “Kita hanya mengetahui ada kekurangan guru di negeri ini tetapi masalah itu dapat diatasi dengan melantik guru sandaran sedia ada. Untuk itu kedua-dua negeri itu perlu dilatih untuk meneruskan kerjaya mereka.
- “Ini bererti peluang untuk anak tempatan untuk mengisi kekosongan yang ada di negeri ini adalah lebih. Kalau tidak bila lagi anak tempatan kita akan dilatih?” kata nya.
Sehubungan itu, Pairin berharap agar Kementerian Pelajaran dapat memberikan pertimbangan sewajarnya dalam keadaan di Sabah agar langkah untuk mengisi kekosongan guru di sini berjalan lancar.- “Kita tidak perlu memindah guru lain ke sini kerana kita tahu bahawa ramai diantara mereka yang datang ke sini, kurang selesa dengan keadaan di sini, kerana tidak biasa.
- “Biarlah guru-guru sandaran di sini diberi latihan supaya mereka terus menyumbang tenaga dengan penuh semangat bagi memastikan pendidikan kanak-kanak terus meningkat, " kata pairin.
Pada 20 Januari lepas, seramai 578 GSTT di Sabah yang tamat kontrak akhir tahun lalu mengharapkan Kementerian Pelajaran menyambung semula perkhidmatan mereka seperti dijanjikan.Bagaimanapun, sehingga kini kami belum menerima surat tawaran sambungan kontrak perkhidmatan yang menyebabkan ada sekolah kekurangan guru sehingga 19 orang tersebut.



February 22, 2011 9:40 AM
Saya masih berharap guru tempatan akan diutamakan.
February 22, 2011 10:01 AM
sabah dan sarawak mengalami masalah kekurangan guru hingga terpaksa membawa guru2 dari semenanjung, tapi jika dilihat ramai guru2 dari sabah dan sarawak yang dibawa ke semenanjung.
February 22, 2011 10:20 AM
It's better to have locals teaching in Sabah rather than those from WM.
February 22, 2011 10:45 AM
lebih baik jika calon tempatan yang diberikan keutamaan untuk mengisi kekosongan guru yang ada di Sabah.
February 22, 2011 10:47 AM
GSTT mempunyai pengalaman mengajar. mereka ini wajar dipertimbangkan untuk diserap mengisi kekosongan yang ada.
February 22, 2011 11:43 AM
kenapa perlu menghantar guru2 dari semenanjung ke Sabah? kenapa tidak menghantar guru2 sabah yang bertugas di semenanjung untuk mengajar di negeri ini? bagi saya kementerian berkenaan bukan bertindak menyelesaikan masalah kekurangan guru di Sabah sebaliknya menimbulkan lebih banyak persoalan.
February 22, 2011 11:47 AM
tapi bukankah lebih baik kementerian pelajaran memberikan latihan atau kursus kepada semua guru sandaran memandangkan mereka bukan sahaja mempunyai kelayakan malah dilengkapi dengan pengalaman?
February 22, 2011 1:46 PM
lebih baik GSTT diserapkan untuk mengajar kerana mereka juga berpengalaman dalam mengajar daripada membawa guru2 dari semenanjung.
February 22, 2011 2:06 PM
Lagi baik jika beri peluang kepada rakyat Sabah sendiri yang mengajar. Jika orang semenanjung semua datang mengisi kekosongan orang sabah mahu simpan di mana??
February 22, 2011 2:09 PM
Berikanlah peluang kepada guru tempatan..Orang Sabah sendiri, jangan asyik guru semenanjung mengisi kekosongan tenaga pengajar. Beri peluang orang mereka sendiri yang menjadi tenaga pengajar.
February 22, 2011 2:10 PM
Jika semua kekosongan itu untuk guru semenanjung, bagaimana pula dengan guru yang berkebolehan di negeri ini. Seharusnya peluang perlu diberikan kepada mereka.
February 22, 2011 3:30 PM
Bagi saya, Sambungkan sahaja kontrak GSST dan tidak perlukan kerajaan menghantar lebih banyak guru ke Sabah. Ini juga akan mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi membayar pelbagai elaun.
February 22, 2011 3:32 PM
Saya menyokong agar kerajaan menyambung kontrak guru2 sandaran.
February 22, 2011 8:18 PM
kekurangan guru di sabah harus diatasi segera bagi mengurangkan bebanan kerja guru sedia ada.
February 22, 2011 8:20 PM
sabah juga mempunyai ramai anak2 muda yang mempunyai kelayakan untuk menjadi seorang guru..peluang harus diberikan kepada mereka..
February 22, 2011 8:22 PM
saranan ini harus diberikan pertimbangan sewajarnya oleh kementerian pelajaran.
February 22, 2011 8:23 PM
guru2 GSTT juga harus disambung perkhidmatan mereka untuk mengisi kekosongan yang ada.
February 22, 2011 10:22 PM
Kalau boleh, pribumi Sabah patut diberi keutamaan utk berkhidamta di tempat sendiri. Barulah best:)
February 22, 2011 10:22 PM
Bagi saya cadangan ini patut diberi pertimbangan sewajarnya dalam usaha mengatasi kekurangan guru di Sabah.
February 22, 2011 10:23 PM
Semakin ramai sokong cadangan ini, maka makin tinggi keberangkalian utk cadangan ini dilaksanakan.
February 22, 2011 10:23 PM
Apapun terpulanglah pada pihak yang mempunya autoriti untuk membuat keputusan.
February 22, 2011 10:24 PM
Apapun kita tunggu dan lihat saja perkembangan hal ni nanti.
February 23, 2011 11:27 AM
Guru tempatan yang layak patut diberikan keutamaan sebelum menggunakan guru dari luar negeri.
February 28, 2011 9:43 AM
Hopefully we are able to produce more local teachers to fulfill the need for teachers in Sabah. So that we no longer have to rely on imported teachers.
March 23, 2011 3:05 PM
Isu Perguruan yang harus anda tahu di Search Halatuju Graduan Pendidikan IPTS. Fight for ur Right ! namaberita.com.
May 10, 2011 12:27 AM
skrg ni timbul kerenah birokrasi dari wrga gstt (smnnjg).krn mrk sudh tiada tmpt d negeri sndiri.takkan gstt dr smnnjg pun kena d hntr brtgs d sabah pula.bgaimana pula dgn nasib gstt dr Sabah sendiri?..
Post a Comment