SUARA BEBAS TUARAN

Jabatan Air Sabah Giat Memotong Bekalan Air Pengguna


Pengarah Jabatan Air Sabah, Ir Awang Mohd Tahir Haji Mohd Talib berkata Jabatan Air Negeri Sabah memberitahu, operasi pemotongan bekalan air terhadap pengguna yang gagal membayar bil-bil yang tertunggak.
Operasi untuk tujuan pemotongan tersebut sudah pun mula dilakukan oleh pasukan penguatkuasa bersepadu yang dibantu pasukan penguatkuasa di setiap daerah dan ia dijalankan secara berkala bagi sepanjang tahun ini.
  • Bagi dearah Sandakan, katanya, operasi pemotongan bekalan air untuk bil-bil yang tertunggak akan dilaksanakan bermula bulan Mei depan.
  • Dalam masa yang sama, Jabatan Air sedang giat berusaha menangani masalah kelewatan pembacaan meter air pengguna di negeri ini bagi meningkatkan kutipan bayaran yang disasarkan.
  • Justru itu, beberapa pasukan telah diarahkan bagi melaksanakan kerja-kerja pembacaan meter yang dijalankan secara rawak di setiap daerah di Sabah, kata beliau.
Menurut beliau, walaupun pihaknya masih menerima aduan daripada orang ramai berhubung kelewatan itu, namun aduan yang diterima sudah berkurangan hasil penambahbaikan kerja jabatan berkenaan.
Sumber: NST
18 comments:

pengguna yang mempunyai bil tertunggak perlulah memastikan mereka membuat bayaran bagi, mengelakkan bekalan air mereka daripada dipotong.


selain itu, Jabatan air juga perlulah sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka.


jika kerajaan hendak memotong bekalan air pengguna, mereka juga kena pastikan yang mereka menghantar bil air tepat pada masanya kerana kelewatan pembayaran bil air juga disebabkan kelewatan menerima bil air.


Jadi kepada sesiapa yang belum menjelaskan bil2 tertunggak sila jelaskan dengan segera bagi mengelakkan bekalan air ditempat anda diputuskan serta merta.


Semoga jabatan air mencari unca kenapa mereka tidak membayar bil air tersebut. Adakah kerana bil lambat sampai??Bil yang datang adalah bil tertunggak selama beberapa bulan dan sebagainya..


Sebagai seorang pengguna haruslah menjelaskan bayaran yang tertunggak bagi pemotongan berlaku.


Diharapkan setiap pihak perlulah membuat perbincangan sebelum pemotongan dilakukan. Adakah mereka mahu membayar sedikit atau jabatan membuat tindakkan pemotongan dilakukan.


Make sure that the customers really did not pay the bills before cutting off their water supplies.


Jabatan Air harus memaklumkan lebih awal proses pemotongan ini. Ini dapat mengelak daripada berlaku salah faham antara orang ramai dan jabatan. Lagipun ianya dapat menggalakkkan orang ramai membuat pembayaran seawal yang mungkin.


"Jabatan Air sedang giat berusaha menangani masalah kelewatan pembacaan meter air pengguna di negeri ini bagi meningkatkan kutipan bayaran yang disasarkan."

jangan hanya gairah mengutip bayaran dari pengguna semata2 untuk mencapai sasaran setiap tahun, berikan juga tumpuan dan tindakan penyelesaian terhadap semua aduan2 pengguna selama ini.


jika hendak membuat pemotongan, jabatan kena memaklumkan pengguna terlebih dahulu. mgkin ada alasan tersendiri pembayaran lewat dilakukan.


Pihak Jab Air perlu bagi notis terakhir sebelum memotong.


Hope that the water department will do what is need to be done.


Mengenal pasti dahulu sebelum memotong. Nanti terkena orang yang tidak bersalah.


Jabatan Air spatutnya memaklumkan kepada pengguna terlebih dahulu sebelum memotong bekalan air jgn terus saja potong bekalan air sedangkan pengguna langsung tidak menerima bil, contohnya sperti restoran kami yang telah kami ambilalih rumah kedai drpd Hock Guan Trading Sdn Bhd di Nountun Ind Est. Kk, restoran kami mula beroperasi bln Nov 2010 tetapi sejak dr itu kami langsung tidak menerima 1 pun bil air tiba2 saja pihak jab Air memotong bekalan air tanpa sebarang notis, mcmana restoran kami nak broperasi kalau air takda, siapa yang patut disalahkan......


Semalam bekalan air restoran kami di Nountun Ind Est Kk telah dipotong oleh pihak Jab air tanpa sebarang notis pemotongan. Kami mula beroperasi pada bln 11/2010 setelah mengambil alih rumah kedai tersebut drpd pemilik yang lama, sejak drpd itu kami langsung tidak menerima sebarang bil pun tiba2 saja bekalan air kami dipotong, mcmana restoran kami nak beroperasi, cuba pihak Jab Air beri penjelasan......adakah kami yang salah??????????????


Salam Darma,
Simpati dengan masaalah kamu berkenaan dengan pemotongan bekalan air paip tanpa notis oleh Jabatan Air.
Hal saperti ini pernah berlaku dimana2.

Walau macam mana pun, hal ini telah berlaku. Dimana salah nya? kita kurang pasti..

So sebaik2 nya kamu lapur dan selesaikan masaalah ini kepada pegawai di pejabat JA KK, Jalan Penampang.
Atau pun di Ibu Pejabat JA di bangunan MUIS.

Mungkin pemotongan ini ada hubung kait dengan pemilik lama..Mana tahu kan? Good luck!!


Harap Jabatan Air akan memberi amaran dan alasan yang baik sebelum memotong bekalan air pengguna supaya tidak menyusahkan pengguna yang tidak bersalah.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails