
Nampak nya keadaan di Mesir kini bertambah kalut sehinggakan banyak negera telah mengarah dan membantu warga mereka untuk keluar dari negara tersebut.Kini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu yang semakin meruncing.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke sana yang diketuai Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay(foto kanan) dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail.- “Beberapa langkah segera akan diambil untuk membawa keluar pelajar-pelajar kita dari Mesir,” katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur malam tadi.
Antara langkah berkenaan ialah meminta kapal Bunga Mas 5, iaitu sebuah kapal serbaguna yang dikawal oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang bertugas di Teluk Aden, untuk belayar ke Pelabuhan Adabiyah di selatan Kaherah bagi membawa keluar pelajar-pelajar berkenaan.- “Kapal itu dijangka tiba di Pelabuhan Adabiah pada 5 Februari. Ia dapat memuatkan kira-kira 500 pelajar kita,” katanya.
Najib juga berkata bahawa beliau sudah berunding dengan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman(foto kiri) untuk meminta syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia untuk melakukan penerbangan khas ke Kaherah untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia.Sumber: Kosmo



February 8, 2011 9:43 AM
Harap pelajar Malaysia akan menjaga keselamatan diri sebelum bantuan disampaikan.
February 8, 2011 9:58 AM
Pelajar dan orang Malaysia yang berada di mesir, sesetengahnya sudah berada di Malaysia. Keraajaan berusaha untuk memastikan keselamatan mereka terjamin sementara menunggu geliran untuk terbang balik ke Malaysia.
February 8, 2011 10:01 AM
Kerajaan juga berusaha untuk memastikan bahawa pembelajaran pelajar yang terlibat tidak terganggu. Kerajaan memastikan pembelajaran mereka akan diteruskan dengan berbincang dengan pihak Mesir, bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi berkaitan dengan pembelajaran mereka.
February 8, 2011 10:39 AM
langkah membawa keluar pelajar Malaysia di Mesir adalah wajar demi memastikan keselamatan mereka.
February 8, 2011 10:41 AM
pelajar malaysia telah pun berjaya dibawa blik ke Malaysia.
February 8, 2011 3:47 PM
Memang satu tindakkan yang perlu bagi PM mengeluarkan pelajar Malaysia di Mesir yang sekarang menjadi kecoh kerana protes yang berlaku. Apa pun, jangan jadikan ini sebagai isu untuk politik..
February 8, 2011 3:58 PM
ucapan terima kasih dan setinggi penghargaan perlu diucapkan kepada badan2 kerajaan yang terlibat, badan korporat seperti Tabung Haji, Mas, Air Asia dan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak. Tidak dilupakan kepada anggota tentera yang bertungkus lumus memastikan operasi ini berjalan lancar.
February 10, 2011 9:45 AM
Harap para pelajar di Mesir akan selamat dibawa keluar.
Post a Comment