SUARA BEBAS TUARAN

Kerajaan Lulus Kemasukan 45,000 Pekerja Asing Di Malaysia

Labels:

Gambar hiasan - Kemakmuran ekonomi Malaysia menjadi daya tarikan kemasukan pekerja asing.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, kerajaan bersetuju meluluskan kemasukan 45,000 pekerja asing, kebanyakannya dari India bagi memenuhi permintaan 13 sektor perniagaan kecil di negara ini.
kelulusan itu dibuat selepas kerajaan melihat masalah yang dihadapi oleh sektor berkenaan seperti restoran, kedai runcit dan industri tekstil yang kesukaran mendapatkan pekerja tempatan, kata beliau
  • Menurut beliau, mereka telah membuat permohonan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan pihak saya melalui Gabungan Dewan Perusahaan dan Perindustrian India Malaysia di mana mereka minta kerajaan meluluskan 90,000 pekerja asing.
  • "Tapi selepas berbincang, buat sementara waktu ini kerajaan bersetuju untuk meluluskan kemasukan 45,000 pekerja," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Wisma Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) oleh bekas presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu di Kuala Lumpur, semalam.
Subramaniam berkata, pekerja berkenaan akan diagihkan mengikut 13 sektor perniagaan terlibat yang dijangka dibuat dalam tempoh sebulan.
Sumber:Agensi
13 comments:

mungkin sukar untuk kita mengelak daripada kebergantungan terhadap pekerja asing. namun, jika gaji yang tawarkan lebih menarik mungkin pekerja tempatan akan sanggup melakukan kerja-kerja yang kini mereka tidak mahu lakukan.


diharapkan satu hari nanti negara kita dapat mengurangkan jumlah pekerja asing yang bekerja dinegara ini.


sebelum ini kerajaan ingin mengawal kemasukan pekerja asing ke negara kita, kini kerajaan meluluskan untuk kemasukan 45 ribu pekerja asing.


Kenapa terlalu ramai?? sedangkan pengangguran di Malaysia masih ramai.


pengambilan pekerja asing ke Malaysia seharusnya dikurangkan. Bukan apa, kan kita sekarang tengah berkemalut dengan masalah pendatang asing. Jika dibiarkan,


Apa pun utamakan kepada rakyat kita terlebih dahulu..Sekiranya pengambilah pekerja asing perlulah mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan.


What to do? The locals refused to work in certain sectors especially those involving hard labor, someone has got to do the job.


keperluan dan peranan pekerja asing dalam pembangunan ekonomi negara kita memang tidak dapat dinafikan. namun demikian, kemasukan mereka perlu dikawal memandangkan tiap2 bulan satu bilion ringgit Malaysia dihantar oleh pekerja asing ke negara mereka. ini boleh menjejaskan kewangan kita.


Looks like it's difficult for employer to not depend on foreign employees to work in their company.


Just hope that one day Malaysia will not depend on foreigners to work in certain sector.


Mengejutkan. 45ribu? Sangat ramai! Itu belum termasuk dengan yang masuk secara haram?


Maybe by implementing minimum wage policy will encourage more locals to take up the jobs.


Mengapa tidak menggunakan pelarian yang masih menetap di negara kita.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails