SUARA BEBAS TUARAN

kerana Dendam, Bekas Isteri Upah Gengster Ceroboh Rumah


gambar hiasan kumpulan gangster
Perasaan dendam yang meluap-luap terhadap bekas suaminya, didakwa telah mendorong seorang janda mengupah beberapa lelaki disyaki gengster untuk menceroboh rumah lelaki tersebut dan melarikan pelbagai barangan berharga bernilai RM657,600 dalam kejadian di sebuah kondominium di Wangsa Maju di Kuala Lumpur.
  • Kejadian tersebut disedari ahli perniagaan berusia 47 tahun tersebut ketika pulang ke rumahnya pada pukul 1.30 pagi kelmarin. Ketika itu, dia dan isteri barunya yang berusia 39 tahun keluar atas urusan perniagaan.
  • Difahamkan, janda berusia 41 tahun tersebut telah berpisah dengan suaminya beberapa bulan lalu.
  • Sumber memberitahu, beberapa minggu sebelum kejadian, mangsa dan isterinya telah mendapat khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan daripada salah seorang gengster yang diupah itu.
Katanya, sebaik sampai di rumahnya di tingkat 18 kondominium tersebut, dia mendapati sebahagian kecil pintu rumahnya telah terkopak manakala kuncinya telah ditukar oleh pemilik rumah berkenaan didakwa bekas isterinya.
Sumber: Kosmo
8 comments:

Harap pihak polis akan menangani kes ini sebaik mungkin.


Perbuatan yang kurang waras. Kenapa melakukan perkara sedemikian. Biarkan Tuhan sahaja yang menghukum beliau.


tidak patut bekas isteri melakukan sedemikian kepada bekas suaminya. lupakanlah dendam lama tersebut.


pekara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. harap kes ini akan dapat diselesaikan..


Berani juga bekas isteri. Ini semua kerana kelakuan bekas suami. Nasib tidak dibunuh, kalau dibunuh menyesal tidak guna. Maka janganlah mainkan perasaan perempuan.


kalau benarpun berdendam, selesaikanlah secara aman atau guna pendekatan lain yang lebih selamat, bukannya jadi penjenayah.


Jangan disebabkan dendam sehingga melakukan jenayah ataupun perkara yang bertentangan dengan undang-undang.


Selesaikanlah masalah kamu dengan cara yang baik dan bukan menggunakan cara ganas dan melanggar undang-undang.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails