
Seorang pemandu treler. Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22, kecewa dengan sikap orang ramai yang ghairah mengutip beras yang bertaburan dalam satu nahas daripada menyelamatkan dia dan rakannya yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 394.4, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim, Kuala Kubu Bharu kelmarin.- Ahmad Rozlin mendakwa sikap jelik pengguna jalan raya yang tidak menghiraukan rayuannya supaya menghubungi pihak berkuasa untuk menyelamatkan kelindan lori, Hanafi Mohd. Daud, 19, tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
- Dalam kejadian itu, Hanafi meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala Ahmad Rozlin cedera parah di tangan dan kaki kiri.
Lebih mengharukan apabila Ahmad Rozlin mendakwa dia dibiarkan terlantar selama lebih sejam di atas bahu jalan tanpa dipedulikan oleh orang ramai yang ghairah mengutip 43 tan beras tempatan pelbagai gred yang tumpah selepas kemalangan. Ketika itu dia dalam perjalanan ke Puchong, Selangor dari Perlis.Sumber: Kosmo
February 25, 2011 8:19 AM
mereka mengutip beras yang bukan hak mereka dan membiarkan mangsa kemalangan. hanya kerana beras, hati mereka jadi buta dan nilai kemanusiaan mereka hilang.
February 25, 2011 8:53 AM
sikap segelintir orang yang ghairah mengutip beras dan tidak mempedulikan pemandu yang terlibat dalam kemalangan sungguh menyedihkan dan tidak sepatutnya berlaku.
February 25, 2011 9:36 AM
Sungguh kecewa bila mendengar cerita ini. Inkah rakyat kita Malaysia..Sanggup mengutip beras dari mengutip nyawa orang yang berharga.
February 25, 2011 9:50 AM
My condolence to the victim's family.
February 25, 2011 9:52 AM
The people that were at the incident should have quickly call the ambulance and help out the victim instead of stealing the rice. They could have save the victim's life if they did so.
February 25, 2011 10:59 AM
jika ada orang luar atau pelancong asing yang melalui kawasan kemalangan itu pasti bermacam2 gambaran negatif bermain difikiran mereka.
February 25, 2011 11:03 AM
Saya kesal dengan berlakunya perkara ini. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa yang meningal dan semoga cepat sembuh kepada mangsa cedera. Mereka yang lain pula, diserahkan kepada Allah, tiada sesiapa yang lebih layak menilai mereka kecuali Allah.
February 25, 2011 10:57 PM
aduiii melampau la bah. Kalau beras tu milik dorang lain cerita la.. Kalau ya pun nak sangat beras tu, tolonglah orang susah terlebih dahulu. huhu
February 26, 2011 11:26 AM
Inilah yang paling teruk sekali saya dengar! Sanggup makan beras bukan milik sendiri dan membiarkan nyawa orang pula! Susahkah untuk buat satu panggilan? Lebih satu ja, terdampar, itu sudah melampau! Ramai orang tapi tiada tangan yang mahu menolong.
February 28, 2011 9:41 AM
It's disappointing to see that no one is willing to help the victims, even robbing them while they are in a difficult situation.
Post a Comment