SUARA BEBAS TUARAN

Ladang Getah Jadi Tumpuan PATI?

Labels:

Foto sebahagian daripada PATI yang ditahan kerana bekerja secara haram di ladang getah di Felda Lui, Jempol semalam.
Menurut Lapuran, kenaikan harga getah sejak kebelakangan ini menjadi punca kebanjiran pekerja asing tanpa izin (PATI) di kawasan ladang getah di sekitar Felda Lui di Jempul, Negeri Sembilan.
Ia terbukti ketika satu operasi 'Ops Ladang' dijalankan disana semalam,. Dalam operasi tersebut, seramai 34 PATI termasuk tiga wanita ditahan ketika menoreh dan menebang pokok getah untuk di tanam semula di ladang tersebut.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa Imigresen negeri, Abdul Kadir Hussin berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk setempat berhubung kehadiran PATI di kawasan berkenaan.
Dalam pada itu, saya tidak merasa heran kalau aktiviti saperti ini boleh berlaku dimana negeri di Malaysia ini. Termasuk negeri Sabah, yang dikatakan mempunyai banyak ladang-ladang getah di sana sini.
Justru itu, diharap pehak Imigresen dan Polis dapat melakukan penyiasatan di ladang-ladang getah yang ada disini. Disamping itu, penduduk tempatan di sini perlu juga mengambil iktibar dari penduduk Jempol.
Sumber: Kosmo
25 comments:

Majikan tidak sepatutnya mengaji Pendatang tanpa izin yang tidak mempunyai permit kerja ataupun dokumen sah.


nampaknya PATI pun nak mengambil kesempatan daripada kenaikan harga getah untuk mengaut keuntungan. kita tak boleh biarkan PATI2 ini terus bermaharajalela.


penduduk setempat tak boleh biarkan PATI berleluasa dan kini mereka menjadikan ladang getah sebagai tumpuan mereka. pihak berkausa perlu lebih banyak lakukan operasi dalam memberkas PATI2 tersebut.


Pihak Imigresen dan Polis perlu sentiasa melakukan pemantauan agar masalah ini tidak terus berlarutan.


selain itu, pemilik ladang getah juga hendaklah tidak mengambil PATI sebagai pekerja mereka. Ini bagi membantu membasmi masalah PATI.


Jalankan operasi dengan segera.Saya percaya di Sabah telah banyak yang berkumpul dibahagian2 pedalaman. Polis harus segera malakukan operasi penangkapan.


Kepada orang2 kampung, jangan segan jangan malu untuk memberitahu pihak bertangggungjawab jika terdapat PTI di kawasan Kampung anda. Segeralah laporkan kepda pihak berkuasa.


Pihak berkuasa perlu menangani masalah ini. Kita tidak beloh membiarkan PATI menguasai pendapatan dari getah. Ini akan merugikan orang kampung.


usaha menangani kehadiran PATI di ladang2 getah ini lebih mudah jika penduduk boleh berkerjasama dengan pihak berkuasa dengan membuat laporan berkenaan dengan kehadiran PATI ini.


pihak berkuasa tidak perlu teragak2 memperlihatkan ketegasan dan mengambil tindakan terhadap individu atau syarikat yang menggaji mereka supaya pengusaha getah yang lain tidak mengikut jejak langkah mereka.


mentang2 harga getah sudah naik, PATI mengambil kesempatan yang sepatutnya hanya untuk rakyat tempatan.


kemnungkinan juga di sabah berlaku kes yang serupa.


penduduk setempat harus peka dan bekerjasama untuk membanteras kemasukan PATI dan menjaga hasil dari dicuri.


pihak berkuasa juga harus menjalankan pemantauan dan pemeriksaan di kawasan ladang..


selain itu, pemilik ladang tidak harus mengupah PATI untuk bekerja di ladang mereka..sesiapa yang didapati maka harus dihukum dengan berat.


Kalau lah betul dakwaan ni, maknanya Sabah memang kaya dengan peluang pekerjaan sehinggakan orang luar sanggup masuk ke Sabah walau tanpa keizinan sah utk dapatkan kerja ni.


Jika hal ni berlanjutan pasti lebih banyak masalah timbul berbanding kebaikan. huhu


Pihak yang berkaitan haruslah selalu memantau perkara ini dan pastikan hal ni dapat ditanggani sebaik mungkin.


Kalau boleh pemilik ladang pun elakkan menggaji pendatang asing. Kalau nak juga, gajilah yang berpermit dan bukannya PATI.


Semoga perkara ini mendapat perhatian sewajarnya.


Mungkin PATI ini akan menyebabkan pendapatan orang kampung terjejas. Harap pihak berkuasa akan melakukan pemeriksaan kawasan ladang-ladang getah, kerana disitulah mereka bersarang sekarang.


Jangan biarkan PATI bermaharajalela dikawasan getah. Mereka mengambil kesempatan dalam kenaikkan harga getah sekarang.


Semua pihak perlu bekerjasama untuk membanteras PTI. Majikan jangan mengambil mereka, rakyat jangan bantu mereka, tapi laporkan ini kepada polis. Pihak polis perlulah ketatkan pemantauan.


Ambil tindakan terhadap majikan juga kerana tidak mematuhi undang2!


The police should increase their patrolling and spot checks in the rubber plantations.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails