Muis bersama pegawainya meninjau permasalahan rakyat di Pulau Sebatik
Kerajaan sudah meluluskan beberapa cadangan projek jalan pertanian di Pulau Sebatik sepanjang lebih 30 kilometer, demi manfaat lebih 5,000 penduduk.Wakil Rakyat Sebatik, Abdul Muis Picho berkata, jalan-jalan itu akan dibina di beberapa kawasan pertanian seperti di Kg. Mentadak, Sungai Tamang, Kg. Sungai Lahi, dan Kg.Bergosong.
Kerajaan juga katanya turut bersetuju meluluskan pembinaan jambatan Kg. Sungai Pukul – Kg. Lahat-Lahat.- “Kita gembira di atas kelulusan yang diberikan oleh kerajaan ini. Dengan ini, penduduk mudah untuk mengeluarkan hasil pertanian mereka sekaligus mempertingkatkan ekonomi keluarga,” katanya.
Menurutnya, kelulusan projek-projek terbabit diberikan oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah (SDO), Unit Penyelarasan Pembangunan, Jabatan Perdana Menteri.- “Ada juga di antara projek tersebut yang diluluskan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Kita amat berterima kasih kepada kedua-dua pihak terbabit,” kata beliau.
- Untuk rekod, jalan-jalan pertanian sememangnya diperlukan oleh penduduk di pulau itu memandangkan ramai mereka yang terlibat di dalam aktiviti penanaman getah dan kelapa sawit.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa pihaknya juga ketika ini masih berusaha untuk mendapatkan kelulusan beberapa lagi projek jalan pertanian dan kampung di pulau itu.
- Berikutan itu, beliau meminta penduduk terlibat supaya bersabar sementara pihaknya berhubung dengan pihak kerajaan bagi memastikan kemudahan yang sama turut sampai kepada mereka.
“Saya juga berharap penduduk terus memberi sokongan padu kepada Kerajaan Barisan Nasional. Tanpa sokongan mereka, sudah tentu segala perancangan pembangunan yang kita sudah atur sukar dilaksanakan,” katanya.
Komen Solymone:
Kadang-kadang saya terfikir kenapa kawasan Pulau Sebatik yang mempunyai penduduk yang begitu kecil, kalau dibandingkan dengan daerah saya, Tuaran mendapat keistemiwaan Kerajaan saperti yang di beritakan.- Ada kah kerana wakil rakyat nya terdiri dari parti UMNO ( Parti yang berpusat di KL)?
- Atau pun, YB kawasan Pulau Sebatik lebih proaktif dari YB-YB yang mewakili daerah Tuaran?
- Atau YB-YB daerah Tuaran lebih mementingkan agenda lain yang tidak banyak hubung kait nya dengan daerah ini?
- Atau pun, Kerajaan sememang nya menganak tirikan rakyat daerah Tuaran?
Kalau di kajikan keadaan daerah Tuaran yang mempunyai penduduk lebih kurang 70,000 ini boleh juga dikatakan sungguh menyedihkan. kawasan-kawasan pedalaman daerah ini juga perlu suntikan peruntukan dari Kementerian Luar bandar dan Wilayah Persekutuan untuk membantu petani dan peladang disini.Dalam klip Video yang saya paparkan disini, sungguh jelas kelihatan bahawa betapa daif nya keadaan kawasan luar bandar disini.
Mereka kehausan bantuan segera dari kerajaan sebagai ganjaran ketaat setiaan mereka kepada kerajaan BN selama ini!! Namun hingga saat ini, belum ada jaminan dari mana-mana pehak tentang giliran warga Tuaran untuk mendapat bantuan peruntukan sapertimana yang akan diberikan kepada penduduk di kawasan Pulau Sebatik (selain dari Jalan Raya 'Kalabakan Highway' yang siap dibina dengan menelan belanja sebanyak lebih kurang RM 600 juta).Berasas kan tinjauan saya, setelah berkhidman di zone Tawau selamat lebih kurang 4 tahun, pada hemat nya kawasan Pulau Sebatik ada lah didiami kebanyakan nya oleh warga dari Indonesia. kerana kawasan ini boleh dikatakan sebagai salah satu ''Gateway of Indon Immigrant to Malaysia.'
Disudahi dengan salam 1Sabah



February 17, 2011 9:48 AM
Diharapkan projek ini akan disiapkan seperti yang dijanjikan.
February 17, 2011 11:05 AM
Kalau hal ni dapat direalisasikan, pasti ramai yang bergembira:)
February 17, 2011 11:06 AM
Apapun, sama2 lah kita berharap agar semua perancangan yang dibuat berjalan lancar.
February 17, 2011 1:09 PM
Baguslah tue.
February 17, 2011 1:11 PM
Yang penting projek jalan itu akan berjalan dengan lancar.
February 17, 2011 1:18 PM
penduduk yang terlibat pasti gembira dengan projek jalan pertanian ini.
February 17, 2011 1:22 PM
penduduk yang terlibat dalam aktiviti penanaman kelapa sawit dan getah akan dapat menikmati kemudahan jalan yang mereka harapkan selama ini. apa pun, harap kawasan/daerah lain yang masih kekurangan juga akan menikmati kemudahan seperti ini nanti.
February 17, 2011 3:34 PM
tahniah kepada penduduk Pulau Sebatik kerana kawsan mereka akan dimajukan, kawasan2 lain juga perlu dimajukan seperti ini.
February 17, 2011 4:23 PM
jalan untuk masuk ke kampung saya di kota belud yang mana jalan itu juga menghubungkan sebuah kampung lagi walaupun hanya sepanjang 2 km tidak pernah mendapat perhatian kerajaan.
February 18, 2011 8:35 AM
Terima kasih kepada YB Pulau Sebatik kerana mengambil berat akan rakyat.
Selalunya perkara sebegini adalah dari pemimpin/YB itu sendiri. Bagaimana cara seseorang itu membantu rakyat. Jadi mungkin di Tuaran pemimpin/YB tidak seperti YB di Pulau sebatik.
February 18, 2011 9:06 AM
Harap pemimpin setiap kawasan akan terus melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap rakyat.
February 19, 2011 9:28 AM
Saya harap projek ini akan berjalan lancar supaya penduduk di sana dapat menikmati infrastruktur baru ini.
Post a Comment