
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim, Malaysia telah dikesan sebagai transit sindiket penyeludupan dadah, terutama dari rantau Asia Barat dan Afrika.Ini ada lah berdasarkan jumlah tangkapan hampir setiap hari membabitkan rakyat negara itu, tahun lalu. Malah, lebih 200 warga Asia Barat dan Afrika, majoritinya dari Iran dan Afrika, ditahan sejak tahun lalu yang turut membabitkan rampasan ratusan kilogram dadah.
kata nya di Kota Kinabalu kelmarin, siasatan mendapati mereka menyeludup masuk dadah untuk dijual, manakala sebahagiannya dipercayai dirancang dibawa keluar ke negara lain. Polis turut mendapati dadah siap diproses dari Asia Barat lebih berkualiti dan harganya lebih rendah berbanding dadah tempatan. Ia bermakna dadah diseludup masuk dan sudah diproses lebih menguntungkan.
Hasil pemantauan polis juga mendapati penyeludup turut menggunakan laluan lain termasuk di sempadan bagi membawa masuk dadah dan tidak lagi bergantung kepada pengangkutan udara semata-mata.- Menurut Noor Rashid, ada kelainan modus operandi penyeludupan dadah sekarang dan baru-baru ini kami menahan lima ahli sindiket yang cuba menyeludup masuk ganja dari Thailand ke Pulau Pinang.
Kata Noor rashid, Polis turut menyiasat sama ada aktiviti penyeludupan dadah didalangi warga Asia Barat mempunyai rangkaian dengan penyeludup dari negara Afrika kerana ancaman negara Asia Barat mulai berkurangan namun dalang negara Afrika pula berleluasa,' kata Datuk Noor.Pada masa sama, dadah yang dibawa masuk ke negara ini dipasarkan ke negara jiran, antaranya Singapura dan Indonesia. Dadah yang diseludup masuk ke negara ini biasanya jenis syabu, tambah beliau.



February 22, 2011 9:44 AM
Ini sememangnya bukan apa yang baru. Penyeludupan dadah dari negara-negara ini sudah banyak kali dibongkar, tapi masih ada yang berani membawa masuk dadah.
February 22, 2011 9:57 AM
Drug smuggling is happening all around the world. I hope the police manage to eradicate this drug smuggling activity from coming into Malaysia.
February 22, 2011 9:59 AM
Cooperation from the people is highly needed to stop this smuggling coming into Malaysia.
February 22, 2011 10:01 AM
Hopefully one day Malaysia will be free from drug smuggling activity.
February 22, 2011 10:04 AM
kita tak boleh biarkan Malaysia dilabel sebagai pusat penyeludupan Dadah. pihak berkuasa perlu membendung kegiatan ini.
February 22, 2011 11:00 AM
kegiatan ini perlu dibanteras sehabisnya. pemantauan perlu sentiasa dilakukan.
February 22, 2011 11:02 AM
kegiatan penyelupan dadah dari afrika ini boleh memberikan imej yang tidak baik kepada negara kita. harap pekara ini akan dapat dibendung.
February 22, 2011 11:55 AM
oleh itu pihak berkuasa perlu meningkatkan kawalan bukan sahaja tertumpu kepada pengangkutan udara malah pengangkutan laut dan darat.
February 22, 2011 12:00 PM
sebenarnya kawalan pintu2 masuk negara kita masih terlalu longgar. sedangkan warga asing boleh keluar masuk negara, inikan pula barang yang boleh disembunyikan. sebab itu Malaysia sering menjadi tumpuan bukan sahaja dadah malah aktiviti2 pemerdagangan manusia.
February 22, 2011 1:51 PM
kegiatan penyeludupan dadah ke negara kita harus dibendung, ia akan menjejaskan imej negara kita.
February 22, 2011 2:14 PM
Untuk mengatasi masalah ini dalang bagi penyeludup itulah yang perlu ditangani terlebih dahulu.
February 22, 2011 2:16 PM
Tolonglah negara supaya negara kita ini tidak ada dadah lagi berleluasa. Katakan tidak kepada dadah.
February 22, 2011 2:17 PM
Dadah musuh negara..maka kita harus menentang habis-habisan dadah dinegara kita ini.
February 22, 2011 3:19 PM
Penyeludupan dadah semakin hari semakin berkembang. Hal ini tidak akan pupus tapi jika kita tidak bekerjasama.
February 22, 2011 3:22 PM
Dadah merbahaya kepada masyarakat. Dadah juga boleh membantut pembangunan negara dan masyarakat. Bersama2 kita membenteras jenayah ini.
February 22, 2011 8:00 PM
harus juga dikaji mengapa Malaysia dijadikan sebagai transit utama di rantau ini untuk mengedar dadah..
February 22, 2011 8:07 PM
pujian juga harus diberikan kepada pihak polis kerana atas usaha mereka, banyak kes penyeludupan dadah ke negara ini.
February 22, 2011 8:09 PM
kerjasama semua pihak adalah perlu untuk membanteras penyeludupan dadah..
February 22, 2011 8:15 PM
diharapkan juga pihak berkuasa akan terus memperkasakan operasi membanteras penyeludupan dadah ke negara kita.
February 22, 2011 10:39 PM
Kesian betul Malaysia ni. Tak habis2 dengan label yang kurang enak didengar. huhu
February 22, 2011 10:41 PM
yang menghairankan kes sebegini sudah banyak yang dapat dibongkar tapi masih juga berlaku. huhu
February 22, 2011 10:41 PM
yang menghairankan kes sebegini sudah banyak yang dapat dibongkar tapi masih juga berlaku. huhu
February 22, 2011 10:42 PM
Kegiatan ni harus dibanteras sehabis mungkin. Pastikan kes sebegini tidak berlaku lagi.
February 22, 2011 10:43 PM
Semua pihak harus bekerjasama bagi memastikan keadaan ini dapat ditanggani dengan lebih meudah menerusi langkah yang lebih efektif.
February 22, 2011 10:44 PM
Semoga perkara ini mendapat perhatian sewajarnya.
February 23, 2011 11:29 AM
Hukuman mati dikenakan kepada penyeludup dadah. Tapi masih ada yang menyahut cabaran.
February 28, 2011 9:44 AM
Drug trafficking is punishable with a death sentence. If they are not afraid of death, I cannot think of more serious actions that can be taken against them.
Post a Comment