SUARA BEBAS TUARAN

Masaalah Perumahan PBR Tuaran Bertambah Rumit?


Gambar hiasan: Hj Hamdan Hj Supian dengan berlatarbelakangkan rumah PBR kampung Penimbawan merasa tidak puas hati kerana kekurangan bekalan air dan letrik rumah tersbut.
Dikatakan bahawa penantian penduduk Kampung Penimbawan di daerah Tuaran untuk mendapatkan rumah baru dan tersusun akhirnya menjadi kenyataan apabila kerajaan memberikan peruntukan RM14 juta untuk tujuan itu.
Menurut sumber, sebelum nya para penduduk Kampung Penimbawan amat menghargai jasa baik Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, Datuk Haji Hajiji Haji Noor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sulaman, yang selalu turun padang ke kampung tersebut.
Selanjutnya, penghargaan ini bertambah apabila Hajiji telah dapat memperolehi peruntukan besar untuk membiayai pembinaan rumah tersusun kepada penduduk kampung ykampung Penimbawanang kebanyakannya bergantung hidup sebagai nelayan.
  • Namun baru-baru kita dikejutkan oleh Haji Harin Haji Hassan yang menyuarakan ketidak puasan hati terhadap pengagehan rumah di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) yang sepatut nya membantu mengurangkan masaalah penduduk kampung Penimbawan, Tuaran,.
  • Apa yang menarik, kini seorang lagi Tuan Haji dari kampung tersebut, ia itu Haji Hamdan Haji Supian menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri Sulaman, Datuk Haji Hajiji Haji Noor dan Pegawai Daerah Tuaran yang baru, Madiyem Layapan agar segera turun padang untuk menyaksikan sendiri kemelut dihadapi penduduk apabila beberapa buah rumah baru PBR mengalami banyak kerosakan yang boleh memudaratkan penghuninya.
  • Beliau merasa heran mengapa arahan Pegawai Daerah Tuaran begitu drastik kepada penduduk kampung disitu untuk berpindah. Sedangkan beberapa keperluan asas belum lagi dilengkapkan seperti bekalan elektrik dan juga air.
  • "Ini bererti Kerajaan memberi kami rumah bukan untuk senang, tetapi untuk mendera penduduk yang sedia susah," kata Haji Hamdan yang juga merupakan bekas kakitangan kerajaan.
  • Beliau selanjutnya menyatakan sokongannya di atas tindakan 33 orang penduduk Kampung Penimbawan, Tuaran yang diketuai oleh Haji Harin Haji Hassan, bekas Anggota Tentera yang merasa tidak puas hati terhadap sistem pengagehan rumah di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) di Kampung ini kerana mendakwa tidak telus dan ada unsur pilih kasih.
  • Selanjutnya, Haji Hamdan mencadangkan adalah menepati kehendak penduduk sekiranya pengagehan rumah PBR di Kampung Penimbawan itu dibuat semula secara telus, adil dengan melalui cabutan undi yang melibatkan semua penduduk yang terlibat.
  • Beliau bersetuju terhadap dakwaan beberapa penduduk Kampung Penimbawan berlaku unsur pilih kasih terhadap pengagehan rumah kepada penduduk apabila didapati seorang penduduk Ibu Tunggal yang mempunyai bilangan anak dan cucu yang ramai telah tercicir untuk mendapat memiliki rumah tersebut.
Dalam pada itu, Haji Hamdan dengan tegas meminta agar Hajiji campurtangan untuk menyelesaikan kekalutan dan pergeseran penduduk akibat pemilikan rumah PBR itu yang dikhuatiri boleh mengugat perpaduan penduduk yang terlibat.
Jika pergeseran tentang pengagehan rumah PBR ini tidak dapat diselesaikan, Haji Hamdan bimbang ia akan menjejaskan sokongan rakyat kampung ini terhadap pimpinan di Kampung Penimbawan termasuklah pemimpin di DUN Sulaman apabila menjelang Pilihanraya Umum yang ke 13 tidak lama lagi.
Sumber: SabahKini
20 comments:

Kalau mereka menguruskan hal ini dengan mengikuti kriteria yang ditetapkan. Perkara ini tidak akan menjadi serumit ini.


pekara ini memerlukan perhatian daripada pihak yang berkaitan. harap masalah atau kerumitan yang ada dapat diselesaikan demi kebaikan semua pihak.


Masih dipertikaikan, siapa yang bertanggungjawab? Semua pun kalau boleh mahu rumah percuma, cuma pengagihan perlu adil dan saksama.


hal ini tak seharusnya menjadi rumit jika ia dijalankan dgn baik.


segala permasalahan yang ada terdapat pada perumahan tersebut perlu diselesaikan.


Masih belum diselesaikankah hal ni??? Tambah rumit??? huhuhu, sedihnya dengar:(


Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan harus ditanggani secepat mungkin. Jangan dibiarkan berlanjutan terlalu lama.


Susah juga mahu tunding jari ke arah DO baru kerana bagi saya kita perlu beri beliau peluang utk perjelaskan hal sebenar terlebih dahulu.


Kalaulah perkara ini diuruskan secara telus dari mula, saya yakin kes sebegini tak akan timbul.


Apapun, saya harap hal ini dapat ditanggani secepat mungkin.


Hal ini tidak berlaku sepatutnya. Saya percaya, mutu pembuatan adalah punca kepada masalah ini.


The people should be given explanation to why is this happening.


I hope this matter will be solved as soon as possible.


Sudah diberikan oleh kerajaan itu sepatutnya bersyukurlah.Di mana rumah itu biarlah yang penting dapat.Betul kan..daripada tidak diberi??Padan muka nanti.


Haji Harin Haji Hassan, saya sendiri pun boleh kata jika Haji yang memberikan pengagehan mesti haji akan dengar kata anak, cucu cicit terlebih dahulu. mengutamakan orang sendiri dulu??Betul kan??Anak kata, papa akau mahu tinggal sebelah rumah papa..Jadi apa yang Haji mahu buat??Jangan tipulah cakap tidak boleh..


Seharusnya terimalah seadanya. Kita bersyukur kerana kerajaan negeri kita membinakan rumah kepada kita.


kenapa pihak yang bertanggungjawab masih belum tampil menjelaskan perkara ini? adakah ini bermakna dakwaan penduduk bahawa terdapat unsur pilih kasih dalam pengagihan bantuan perumahan itu adalah benar?


sayang sekali program yang baik untuk rakyat seperti ini yang sepatutnya dimanfaatkan sebaik2nya untuk meningkatkan sokongan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan disalah gunakan oleh pihak tertentu dan sengaja dicemari dengan tindakan2 yang tidak sepatutnya berlaku.


Harap isu ini akan diselesaikan dengan cara yang baik. Semoga keadaan menang-menang dapat dikecapai.


I hope the housing allocation issue will be resolved properly. The poor should be given most priority as this is the goals of this project.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails