SUARA BEBAS TUARAN

Negara Malaysia Berhadapan Dengan Krisis Perkauman?


Dalam sebuah artikel bertajuk “The Price of Malaysia’s Racism” yang dipaparkan di The Wall Street Journal, Malott antara lain mengatakan bahawa ketegangan kaum dan agama lebih tinggi pada masa kini berbanding sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 2009.
Malott, bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia 1995-1998 ada lah seorang pengkritik kerajaan sejak menamatkan jawatannya selama tiga tahun sebagai duta besar Amerika pada tahun 1998, dalam artikel tersebut berkata Najib perlu "merenung lama di cermin" jika beliau serius mahu melihat matlamat 1Malaysia tercapai.
  • Dakwanya, di sebalik slogan itu, ketegangan perkauman dan agama hari ini adalah lebih tinggi hari ini berbanding ketika Najib dilantik pada 2009.
  • "Malah, ia lebih buruk daripada bila-bila masa sejak 1969, ketika sekurang-kurangnya 200 orang dibunuh dalam pergaduhan kaum antara masyarakat majoriti Melayu dan minoriti Cina," kata Malott.

Walau macammana pun, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan isu yang dipaparkan oleh Malott tersebut tidak seharusnya diperbesar-besarkan terutama oleh media kerana ia tidak relevan.
“Itu hal dia. Dia bukan ada status apa-apa. Dia bekas duta, tak tahu pun dia tinggal di mana sekarang. Kenapa kita nak besar-besarkan pandangan dia? Dia bukan presiden atau bekas perdana menteri.
  • “Dia pernah ada di sini tapi dia buat cerita bohong. Mungkin dia sahabat baik dengan Pakatan Rakyat, dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim), jadi dia pusinglah cerita,” katanya.
  • Dalam pada itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak andaian kononnya kerajaan tunduk kepada bantahan beberapa kumpulan diketuai Perkasa yang menyebabkan Model Baru Ekonomi (MBE) fasa kedua dikurangkan.
  • Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan tetap dengan agenda untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju berpendapatan tinggi melalui MBE tetapi pelaksanaannya mengambil kira semua komponen dalam masyarakat termasuk Bumiputera, masyarakat dalam dan luar bandar dan semua sektor ekonomi.
Beberapa media Selasa lalu melaporkan kenyataan anggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara Zainal Aznam Mohd Yusof bahawa bantahan keras Perkasa mengenai fasa pertama MBE menyebabkan fasa kedua dikurangkan.
Sumber: MalaysiaKini, Wall Street Journal
18 comments:

Nasib baik krisis perkauman tidak berlaku di Sabah.


At least Sabah has always been practicing 1Sabah.


The WM should learn from Sabah.


Dimana2 pun ada krisis perkauman. Betul perkara ini sepatutnya tidak diperbesarkan, yang penting sekarang ini rakyat mampu hidup dengan selesanya.


isu perkauman seharusnya dielakkan dan perpaduan harus dikekalkan.


Biarkan apa orang katakan yang penting kita tahu bahawa kita masih lagi bersatu hati untuk kemakmuran bersama.


tulisan Malott itu seolah2 mempunyai agenda tersembunyi kerana kandungannya sarat dengan analisis yang begitu berat sebelah. begitu prejudis tulisan Malott sehinggakan bekas majikan beliau iaitu Jabatan Negara AS sedaya upaya tidak mahu dikaitkan dengan pandangan tersebut. malah jurucakap kedutaan besar AS di Kuala Lumpur juga mengatakan tulisan Malott itu sekadar pandangan peribadi beliau.


tidak mungkin pengalaman beliau sebagai duta AS di Kuala Lumpur dari tahun 1995-1998 mewarnai pemikiran beliau kerana tiga tahun adalah satu masa yang begitu singkat untuk mengubah pemikiran logik seseorang.


Apa yang kita tahu, Malaysia merupakan negara yang aman makmur. Hanya mereka-mereka yang sengaja menjadi batu api negara saja yang berkata bahawa perkauman timbul di negara kita ini.


Setahu saya Malaysia adalah negara yang harmoni. Kalau pun ada at least bukan di Sabah. hahhaha


Sebagai rakyat, kita haruslah sentiasa hidup aman damai tanpa sengketa supaya bahagia sepanjang zaman.


akan berhadapan dengan krisis perkauman selagi PERKASA 'membuli' kaum lain di malaysia seperti apa yang telah berlaku sebelum ini.


mungkin pertubuhan yang berasaskan kaum seperti PERKASA harus dibubarkan dan diharamkan..


walaupun Malott bukannya bekas PM dan hanya bekas duta namun pandangan beliau selaku bukan orang malaysia mungkin harus diambil kira untuk mengelak kejadian peristiwa pada tahun 1969 tidak berulang.


apa pun, perkara ini tidak perlulah diperbesarkan dan dipolitikkan oleh mana2 parti politik atau NGO..


Sabah tetap 1 Sabah. Masalah perkauman tidak berlaku di sini, ini saya yakin.


itu hanya pendapat Malott. namun hakikatnya kita di Malaysia hidup dalan keadaan aman dan bersatu padu antara kaum.


Still a lot of us got a little of racism inside your heart..


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails