
gambar hiasan kereta laju
Ketua Trafik Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof(foto kanan) berkata, daripada 167,868 saman yang dikeluarkan sepanjang tempoh Ops Sikap Ke-23 yang bermula sejak 27 Januari lepas sehingga kelmarin, 105,610 daripadanya adalah berkaitan kesalahan memandu melebihi had laju yang ditetapkan.Kecenderungan pengguna jalan raya di negara ini untuk memandu laju dilihat amat tinggi berdasarkan rekod statistik Ops Sikap Ke-23 lalu yang menyaksikan 70 peratus daripada saman yang dikeluarkan dalam tempoh operasi itu adalah bagi kesalahan membawa kenderaan melebihi had laju yang ditetapkan.
Abdul Aziz berkata, jumlah saman yang dikeluarkan pada Ops Sikap kali ini juga mencatatkan peningkatan lima peratus berbanding Ops Sikap ke-21 iaitu Ops Sikap yang dijalankan pada Tahun Baru Cina tahun lepas.



February 14, 2011 10:08 AM
Harap pemandu akan menepati kelajuan yang dibenarkan.
February 14, 2011 1:13 PM
sikap pemandu yang suka memandu terlalu laju patut diubah bagi mengurangkan kadar kemalangan yang ada.
February 14, 2011 1:23 PM
Berhati2 dijalan raya, ingatlah orang yang tersayang.
February 14, 2011 1:24 PM
Jangan disebabkan kecuaian anda orang lain yang terkorban. Cuba patuhi undang2 yang telah disediakan.
February 14, 2011 2:43 PM
mengubah sikap pengguna jalan raya bukan satu tugas yang mudah, sekalipun hukuman mati dikenakan, pengguna jalan raya di negara ini akan tetap melanggar undang2.
February 14, 2011 2:49 PM
Pastikan semua pemandu berhati2x di jalan raya. Patuhi segala peraturan jalan raya.
February 14, 2011 2:56 PM
kerajaan dan pihak berkuasa perlu mencari pendekatan lain memandangkan Ops Sikap ini melibatkan kos yang tinggi dan sumber manusia yang banyak, sedangkan sikap pemandu masih tidak berubah.... bagaimanapun, kesedaran dalam diri pemandu itu sendiri merupakan langkah yang paling berkesan untuk mengelakkan kemalangan.
February 14, 2011 4:04 PM
Jangan melanggar undang-undang dan pandulah denga ncermat dan berhati-hati. Sayangilah diri dan keluar anda.
February 14, 2011 6:03 PM
Berhati-hatilah di jalan raya. Kalau ya pun tak sayang nyawa tu ingat2 jugalah nyawa org lain. Tak pasal2 terlibat sama.
February 14, 2011 6:04 PM
Patuhilah undang2 dan janganlah memandu terlalu laju.
February 16, 2011 10:24 AM
Kemalang jalan raya meragut beribu-ribu nyawa rakyat Malaysia setiap tahun. Berhati-hatilah bila memandu.
February 17, 2011 10:34 AM
pandulah dgn berhati hati, tak perlulah nak memandu laju, keselamatan diri lebih penting, biar lambat asal selamat.
Post a Comment