SUARA BEBAS TUARAN

Pemimpin PKR Pusat Aibkan PKR Sabah?


Dilapurkan bahawa peletakan jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri (PPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Pajudin Nordin berpunca daripada tindakan penghinaan berterusan kepimpinan parti itu terhadap ahli dan kepimpinan negeri Sabah.
Baru-baru ini, Pajudin, 42, mengumumkan peletakan jawatannya pada sidang akhbar khas yang diadakan di kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
  • Bekas pemimpin tertinggi PKR negeri itu menyatakan, perjuangan parti tersebut tidak lagi relevan dan tidak lebih daripada menabur janji kosong kepada rakyat, selain sekadar memperjuangkan agenda peribadi Anwar.
  • Pajudin sebelum mengumumkan peletakan jawatannya kelmarin berkata, timbul persoalan dalam diri beliau mengapa Anwar, Wan Azizah dan Azmin enggan memberi kerjasama setelah beliau dilantik sebagai PPN PKR Sabah yang baru.
  • "Sudah tentu sejak awal lagi, Anwar, Wan Azizah dan Azmin menyedari hakikat bahawa pelantikan saya samalah dengan perumpamaan mencampak beliau ke dalam laut yang penuh dengan ikan-ikan yu akan membahamnya tanpa belas kasihan," katanya.
  • kesimpulannya, apa yang berlaku di Sabah adalah disebabkan tindakan Anwar, Wan Azizah dan Azmin yang mahu pimpinan PKR Sabah lemah supaya senang untuk mereka bertiga memanipulasi apa jua perkara yang berlaku dalam parti, kata Pajudin.
  • "Ini penting kerana politik Sabah memang sukar dan mencabar. Ramai orang politik yang terbakar jari kerana salah strategi dan percaturan bermain politik di negeri ini.
  • "Sebab itu, amat penting untuk Anwar, Wan Azizah dan Azmin menghentak kaki dan menunjukkan kepada kepimpinan PKR Sabah siapa sebenarnya bos dalam parti itu. Tidak kisah apa cara, termasuklah membunuh karier politik kawan yang setia," kata Pajudin.
Dalam pada itu, Pajudin menyuarakan rasa kecewa dengan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan Dr Wan Azizah kerana menurut pajudin mereka hanya memperbodohkan pemimpin-pemimpin PKR Sabah.
Walhal, selama ini Anwar selalu berkata bahawa PKR berjuang untuk Sabah dan hak-hak rakyat Sabah, tetapi disebaliknya beliau cakap tak serupa bikin.
Terdehulu dari itu, mantan naib Presiden, Dr Jeffry Kitingan bersama lebih 30 orang ahli PKR telan meninggalkan PKR untuk menubuhkan badan bukan kerajaan Barisan Bersatu Borneo (UBF).
Sumber: Utusan Online, DSabahKini
16 comments:

jika begitu sikap pemimpin2 PKR, PKR akan tenggelam lama kelamaan.


nampaknya PKR Sabah kini masih lagi bermasalah.


jika PKR gagal menyelesaikan masalah mereka pasti PKR Sabah akan menjadi semakin lemah. tidak mustahil juga akan ada lagi pemimpin mereka yang akan keluar parti.


PKR seharusnya mempunyai kepimpinan yang lebih teratur, bukan kucar kacir seperti sekarang.


Memang Anwar and the geng hanya pentingkan diri sendiri untuk menang. Janji yang diberi itu cuma janji kosong untuk memancing rakyat untuk memilih mereka. tapi mereka silap.


PKR Sabah tidak akan selesai dari masalah, kerana ketua pemimpin yang pentingkan diri mereka saja. Itu sebab kenapa ramai yang keluar parti kerana tidak tahan dengan cara PKR.


Tidak tahu apa yang akan jadi dengan PKR selepas ini. Adakah PKR Sabah akan terus kekal atau terpaksa undur diri dari Sabah. Kerana agak sukar bagi mereka untuk menawan hati rakyat hanya dengan janji-janji politik kosong.


jika sebelum ini, setiap ahli yang keluar parti disifatkan mereka kononnya sebahagian dari peroses pembersihan parti. tapi adakah fenomena yang sentiasa berulang itu boleh kita terima sebagai proses pembersihan? tidak, melainkan menggambarkan masalah kepimpinan yang kritikal sedang dihadapi oleh PKR.


mungkin PKR sudah tidak relevan lagi di sabah...lebih2 lagi dengan kemunculan UBF dan parti baru Jeffery.


selama ini pun, pucuk pimpinan PKR hanya bersikap 'hangat2 tahi ayam' sahaja berhubung dengan hal2 negeri sabah.


kemelut ini sudah tentu memberikan satu lagi tamparan kepada PKR sejak jeffery meninggalkan parti..impian untuk merampas sabah dari BN kini hanya impian kosong.


mungkin sudah terlambat bagi PKR memperbetulkan keadaan lebih2 lagi kononnya pilihanraya akan diadakan lebih awal..


sejauh mana PKR akan bertahan di sabah? kita tunggu dan lihat..


Apakah alasan disebalik perkara ini, tepuk dada tanya selera.


Adakah PKR betul-betul ikhlas membantu Sabah?


Mengapa PKR Sabah kelihatan semakin lembik sekarang?


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails