Dicela-cela kehangatan berita kehadiran imigran atau pun pendatang tanpa izin yang dikatakan terlalu ramai di Sabah, timbul pula satu berita menarik dari daerah saya, Tuaran.Dilapurkan bahawa beberapa orang penduduk kg Penimbawan yang terletak di kawasan teluk Sulaman, Tuaran melahirkan rasa tidak puas hati terhadap sistem pengagehan rumah di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) di kampung tersebut kerana didakwa tidak telus dan terdapat ada unsur pilih kasih.
Menurut Seorang wakil penduduk, Haji Harin Haji Hassan, pengagehan rumah itu sepatutnya dibuat dengan cara cabutan undi supaya semua penduduk kampung terlibat berpuas hati dan tidak merasa didiskriminasi pihak-pihak tertentu.- "Terdapat kalangan yang rapat dengan pimpinan kampung dapat tempat tertentu, konon dapat arahan orang atas," kata Haji Harin yang dilapurkan amat kecewa dengan pengagehan itu.
Beliau berkata, pihaknya telah membuat surat bantahan kepada Pejabat Daerah Tuaran bagi meminta kaedah pengagehan sebanyak 250 unit rumah itu dibuat secara teratur dan adil. Sehubungan itu, beliau juga melahirkan rasa terkejut apabila menerima surat arahan pindah ke rumah bilangan 144 yang ditandatangani oleh sahabat saya, Sdra Madiyem Layapan (foto kanan) selaku Pegawai Daerah Tuaran yang mengarahkan juga penduduk lain berpindah ke rumah baru PBR secepat mungkin.Kata Haji Harin selanjut nya pada 7 Januai 2011 penduduk kampong Penimbawan telah di beri surat penyata bahawa keputusan mesyuarat Projek Pembangunan Masyarakat Setempat (PAMS) di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) di Kampung Penimbawan pada 30 Disember 2010, berdasarkan keputusan mesyuarat itu mereka diperuntukkan rumah tersebut yang dibuat secara pilihan.
- Namun apa yang berlaku ada lah disebalik nya. Pemilihan telah dilakukan secara sulit oleh pehak pengurusan yang dikendalikan oleh pejabat daerah Tuaran.
- "Soalnya siapa yang membuat pemilihan? Kenapa kami tidak diberitahu dan sekali gus dijemput hadir dalam pemilinan itu?,” tanya Haji Harin sambil menambah, penduduk kampung berkenaan tetap menerima rumah yang diberikan kerajaan, tetapi beliau mempersoalkan mengapa penduduk Kampung Penimbawan tidak dilibatkan dalam pengagehan rumah tersebut.
- "Meskipun saya kurang faham dengan pengertian isi surat Pegawai Daerah Tuaran kerana saya tiada pendidikan, tetapi jelas ia tidak memahami perasaan dan harapan penduduk yang inginkan keadilan," kata Haji Harin seorang pesara Angkatan Tentera yang benar-benar tidak berpuashati kerana sistem pengagehan itu tidak berasas.
Walau bagaimanapun, beliau meminta pemimpin tempatan agar campurtangan supaya pengagihan rumah PBR di Kampung Penimbawan Tuaran itu dibuat semula secara telus dan adil dengan menerusi cabutan undi.



February 18, 2011 9:04 AM
Bantuan rumah PBR ini sepatutnya diberikan untuk mereka yang betul-betul memerlukannya sahaja.
February 18, 2011 9:11 AM
Pihak yang bertanggungjawab harus memberi penjelasan. Kenapa berlaku seperti ini? Kenapa pengagihan tidak adil.
February 18, 2011 9:18 AM
Jangan biarkan ini berlaku berterusan. Mesti ada tindakan yang diambil agal keadilan dapat dicapai.
February 18, 2011 1:48 PM
penjelasan diperlukan dalam pekara ini, bagi membolehkan penduduk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.
February 18, 2011 1:50 PM
Projek perumahan tersebut diakui memberikan manfaat yang amat baik kepada penduduk. harap isu ini akan dapat diuruskan dengan baik.
February 18, 2011 2:05 PM
pengagihan rumah tersebut seharusnya adil dan diberikan kepada mereka yang benar2 layak.
February 18, 2011 3:43 PM
Sebolehnya bersyukurlah dengan apa yang telah diberikan. Bagaimana Haji Harin Haji Hassan tahu tidak adil??
February 18, 2011 3:44 PM
kerajaan patut tampil menyiasat aduan ini dan mengambil tindakan terhadap mana2 pihak yang terlibat mencemarkan program bantuan kerajaan ini.
February 18, 2011 10:41 PM
Semoga DO Tuaran tampil beri penjelasan bagi mengelakkan ketegangan berlaku. Saya yakin beliau pasti mempunyai penjelasan yang mampu meleraikan kekeliruan yang berlaku.
February 18, 2011 10:42 PM
Jadi dengar dulu penjelasan daripada kedua belah pihak barulah kita buat penilaian sendiri.
February 19, 2011 9:25 AM
Bantuan PBR ini adalah untuk membantu mengurangkan kemiskinan di Sabah dan membantu mereka yang memerlukan bantuan. Kalau pengagihan rumah ini bukan untuk orang miskin, matlamat membuat PBR ini tidak dapat dicapai.
February 19, 2011 11:13 AM
rumah tersebut akan diagihkan kepada mereka yang benar2 layak.
Post a Comment