
Gambar hiasan PATI
Dilapurkan bahawa dengan lantang lagi gah nya Presiden Persatuan Keluarga Karanaan Liwan Sabah [SAKAG] Sabah, Haji Masmin Kadad(foto kanan) mendedahkan bahawa seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) boleh memasuki Sabah dengan selamat hanya dengan membayar antara RM350 sehingga RM1,000; seorang.
Walau pun menurut Hj Masmin beliau menerima ugutan melalui telefon agar tidak mendedahkan isu tersebut kepada media, namun beliau terus menegaskan bahawa senario penyeludupan PATI bukan sahaja berlaku di Tawau, malau amat berleluasa di Tungku, Lahad Datu kerana PATI ini dihantar oleh pegawai kanan polis ke Pedalaman, khasnya Keningau dengan syarat sanggup membayar RM 1,000 kepada sindiket yang didalangi oleh pegawai kanan polis tersebut.
“PATI ini sanggup membayarnya kerana khuatir akan ditangkap oleh pihak yang berkuasa. Pegawai kanan polis yang terlibat boleh mendapat untung beratus ribu ringgit sebulan daripada aktiviti haram ini berdasarkan jumlah PATI yang masuk ke Sabah melalui Kalabakan dan Lahad Datu seramai antara 500 sehingga 1,000 orang sebulan,” dedah Haji Masmin yang sudah lama menjalankan pemerhatian.Menurut Haji Masmin lagi, apabila PATI mendarat, akan ada orang yang mengatur mereka untuk bekerja di ladang kelapa sawit, pembalakan, kontraktor dan juga pembantu rumah atau bekerja di kedai-kedai dengan gaji RM 6.00 sehari dan selepas 3 bulan kemudian mereka boleh bekerja sendiri.
- Perkara seperti ini, kata Haji Masmin, telah berlaku sejak 1980-an hingga sekarang dan ada pihak yang membantu mereka mendapatkan kad pengenalan atau Mykad dengan harga antara RM 2,500 hingga RM 5,000 seorang.
Haji Masmin menolak dakwaan Pegawai Kanan Imigresen Sabah yang mengatakan masalah pendatang asing ini berlaku di seluruh negara dan bukan hanya di Sabah dengan alasan Sarawak dan Brunei boleh mengawal kebanjiran PATI, namun senarionya 100 peratus berbeza di Sabah.- “Jalan terbaik, kembalikan kuasa mutlak Jabatan Imigresen kepada Sabah kerana telah terbukti sejak Sabah merdeka dan bersama membentuk Negara Malaysia sepanjang 47 tahun, jumlah penduduknya pada tahun 1967 iaitu semasa pilihan raya kali pertama hanyalah lebih kurang 900,000 orang sahaja; 450,000 sahaja menjadi pemilih berdaftar,” ujar haji Masmin yang terkejut dengan pertambahan penduduk Sabah kepada 3.5 juta orang pada 2010.
ersoalannya, kata Haji Masmin, adakah isu PATI ini dibiarkan begitu sahaja oleh Kerajaan Persekutuan atas agenda tersembunyi kerana beliau bimbang jika isu pengangguran begitu tinggi, PATI ini boleh mengancam keselamatan Sabah dan ketika itu rakyat Sabah terpaksa berputih mata kerana tidak ada yang berani berputih tulang.Sumber: SabahKini



February 8, 2011 9:30 AM
Harapkan pagar, pagar makan padi!!
February 8, 2011 9:32 AM
Kena ada pemantauan dari agensi kerajaan. Jika keadaan ini dibiarkan, usaha untuk bebas dari Isu penyeludupan Manusia tidak akan berakhir. Kita akan dihantui seperti mana kita dihantui oleh PTI.
February 8, 2011 9:50 AM
Harap polis yang terlibat akan dibuang kerja.
February 8, 2011 9:52 AM
benarkah pekara ini??? jika ada bukti dedahkan saja maklumat tersebut.
February 8, 2011 9:54 AM
kehadiran PATI di Sabah memang memberikan banyak masalah. harap masalah PATI ini dapat diselesaikan seperti yang diharapkan.
February 8, 2011 10:01 AM
nampaknya kegiatan penyeludupan PATI amat berleluasa di Sabah dan ia juga turut didalangi Polis. hal ini tak boleh dibiarkan. kerana dia berterusan, ia memberi kesan buruk kepada penduduk tempatan.
February 8, 2011 10:36 AM
Kerana seorang yang melakukan seluruh unit polis dan imigresen terkena semua. Bukankah ini memalukan unit beruniform ini. Maka keadilan dan kejujuran mereka. Harap mereka semua ini akan sedar dengan kesalahan ini. Kepada pegawai lain jangan duduk diam, pastikan masalah ini akan dapat diselesaikan.
February 8, 2011 10:41 AM
Inilah antara sebab kenapa PATI tidak pandai habis di negeri ini. Dalang dalam semua masalah ini adalah orang penting. Selagi perkara ini berterusan tidak mustahil rakyat kita akan hilang kawasan dan mata pencarian. Pihak berkuasa tolong selesaikan masalah PATI ini secepat mungkin. Tahan mereka yang berkerjasama menyeludup pendatang masuk ke Sabah.
February 8, 2011 10:44 AM
Selagi dalang dalam semua hal ini tidak ditangkap selagi penyeludupan orang ini akan berterusan dan PATI akan bermaharajalela di negeri kita ini.
February 8, 2011 11:07 AM
OMG, how can we trust them??? Investigate and let them pay for it!!!
February 8, 2011 11:45 AM
Sabah memiliki kawasan perairan yang paling panjang dan luas sementara penguatkuasa maritim tidak mempunyai kakitangan yang cukup untuk memantau perairan kita. terdapat 9000 kekosongan jawatan di seluruh negara. jika rakyat Sabah sendiri tidak mahu atau tidak berminat untuk mengisi jawatan ini jangan la salahkan kerajaan jika ramai PATI memasuki Sabah. mengawal perairan bukan satu tugas yang mudah.
February 8, 2011 11:50 AM
mungkin ada baiknya kuasa mutlak Jabatan Imigresen dikembalikan kepada Sabah atau memberikan kuasa sepenuhnya kepada kerajaan Sabah untuk menggerakkan semua jentera2 kerajaan bagi mengatasai malah PATI. dalang telah dikenalpasti, langkah penyelesaian telahpun dirangka.. jika tidak ada tindakan, sampai bila2pun masalah ini tetap akan menjadi beban kepada Sabah.
February 8, 2011 3:38 PM
kita tak boleh biarkan hal ini, pihak pois yang terlibat perlu dibawa ke muka pengadilan mereka ini lah pengkhianat negara.
February 8, 2011 9:44 PM
kembalikan kuasa mutlak kepada jabatan imegresen sabah selaras dengan perjanjian 20 perkara.
February 8, 2011 9:45 PM
siasatan harus dilakukan untuk menangkap mereka yang terlibat.
February 8, 2011 9:47 PM
memorandum sudah diserahkan kepada kerajaan persekutuan namun hingga kini kerajaan persekutuan hanya mendiam diri dan melepas tangan..apakah kerajaan persekutuan tidak berkemampuan mengatasi isu ini? najib harus menyatakan pendirian beliau berhubung dengan isu ini.
February 10, 2011 9:43 AM
Isu ini harus disiasat supaya mencari dalangnya. Sesiapa yang didapati terlibat tidak patut dilepaskan.
February 11, 2011 10:45 AM
Disebabkan perbuatan menerima rasuah menjadikan kemunculan pendatang tanpa izin semakin banyak di Sabah.
Post a Comment