
Dilapurkan semalam, pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengeluarkan Suruhanjaya Peluang Saksama (EOC) daripada Model Ekonomi Baru (NEM) Malaysia.Langkah perdana menteri Malaysia itu dikatakan dengan tidak memasukkan panel tersebut menunjukkan bahawa kumpulan berhaluan kanan Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), telah menentukan dasar-dasar ekonomi negara itu, demekian menurut laporan laman berita The Malaysian Insider semalam.
'Itu menunjukkan sikap beliau, (iaitu) satu, lembik; kedua, kecondongannya untuk berbolak-balik; dan ketiga, tidak tahu apa yang beliau lakukan,' kata seorang anggota jawatankuasa pusat Parti Islam SeMalaysia (PAS), Dr Dzulkefly Ahmad(photo kanan), kepada The Malaysian Insider, kelmarin.- 'Beliau seharusnya berkata 'Sayalah perdana menteri. Ia tanggungjawab saya. Saya yang mengambil risiko dan saya berbuat cara saya'. Beliau sungguh populis; beliau tidak tahu apa yang akhirnya beliau mahu,' tambah Dr Dzulkefly.
Seorang anggota Majlis Penasihat Ekonomi Kebangsaan (NEAC) Malaysia, Datuk Dr Zainal Aznam Mohd Yusof(photo kanan), berkata kelmarin majlis itu telah mengusulkan EOC tetapi EOC tidak muncul dalam bahagian terakhir NEM ketika ia dilancarkan Disember lalu.- Dr Zainal Aznam mengkritik kerajaan Malaysia kerana mengetepikan idea mewujudkan suruhanjaya itu, yang dibangkitkan pada peringkat awal Mac lalu
- Beliau menuduh pentadbiran Datuk Seri Najib mengalah kepada Perkasa dan kurang kemahuan politik untuk melaksana pembaharuan, termasuk pembentukan EOC itu.
- Dr Dzulkefly, yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor, berkata keputusan Datuk Seri Najib mengetepikan suruhanjaya itu akan memberi isyarat salah kepada pelabur mengenai komitmen Malaysia terhadap pelonggaran ekonomi.
- Sebaliknya, Datuk Seri Najib mengumumkan kelmarin pembentukan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teras) bagi menyelaras dan menerajui penyertaan ekonomi Bumiputera melalui inisiatif baru dan sedia ada.
- Ini termasuk membantu penyenaraian syarikat Bumiputera dengan permodalan pasaran melebihi RM1 bilion ($419 juta) di Bursa Malaysia tahun ini.
Timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Azmin Ali, pula berkata mengetepikan EOC dalam NEM bercanggah dengan konsep '1Malaysia' Datuk Seri Najib.'Anda bercakap tentang '1Malaysia' tetapi pada masa sama dasar ekonomi anda masih berasaskan kaum,' kata MP Gombak itu.



February 11, 2011 10:28 AM
ada alasan tersendiri Najib berbuat demikian.
February 11, 2011 10:33 AM
Perkasa, jangan kamu campur tangan dalam hal yang kamu tidak faham.
February 11, 2011 10:45 AM
mungkin PM ada sebab mengapa keputusan itu dibuat.
February 11, 2011 10:47 AM
apa pun, harap dasar ekonomi negara akan menjadikan negara kita menjadi lebih maju lagi.
February 11, 2011 1:39 PM
keputusan ini mgkin akan memberi manfaat kepada negara.
February 11, 2011 2:14 PM
langkah Najib menolak idea Suruhanjaya Peluang Saksama (EOC) dalam Model Baru Ekonomi(MBE) tidak ada kena-mengena dengan Perkasa. Perdana Menteri wujudkan MPEN untuk berbincang dan hasil yang diperoleh adalan hasil perbincangan yang diambil dari cadangan2 yang dikemukan.
February 11, 2011 2:18 PM
apa2 pun saya harap matlamat transformasi ekonomi ini dapat memberi keadilan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.
February 11, 2011 2:53 PM
Perkasa sebagai party NGO tidak boleh mengganggu perkara berkaitan dengan pengurusan negara. untuk menyuarakan masalah rakyat itu tidak ada masalah jika Perkasa ingin.
February 11, 2011 2:55 PM
Najib ada perancangan tersendiri dalam hal ini. Maka perkasa tidak perlu risau dengan semua ini.
February 11, 2011 9:49 PM
PERKASA sebagai NGO tidak layak dan berkuasa untuk menentukan dasar ekonomi negara.
February 11, 2011 9:50 PM
mungkin PERKASA patut dibubarkan..
February 11, 2011 9:51 PM
mungkin PERKASA berani disebabkan oleh pengaruh penaungnya..sudah bersara, patut duduk di rumah layan cucu..
February 11, 2011 9:52 PM
najib harus tegas dengan pendiriannya..yang memerintah bukannya PERKASA..tetapi kerajaan BN..dan PERKASA bukannya komponen BN..
February 11, 2011 9:56 PM
jika ada EOC tetapi masih lagi mengamalkan 'dasar lama', tiada gunanya juga..
February 11, 2011 9:57 PM
PERKASA pula, jangan melebih-lebih..
February 12, 2011 9:18 AM
Perkasa tidak sepatutnya campur tangan dalam hal negara.
February 13, 2011 10:21 PM
Perkasa ni kan mahu juga popular. aduii menghairankan betul.
February 13, 2011 10:23 PM
Saya yakin PM punya alasan munasabah utk membuat sesuatu keputusan. Jadi hormatilah keputusan beliau.
February 13, 2011 10:26 PM
Saya harap c/tangan perkasa ni tidak menganggu keharmonian yang ada. Tak pasal2 pula banyak andaian -ve timbul. huhu
February 13, 2011 10:27 PM
Semoga dasar ekonomi yang dilaksanakan memberi manfaat kepada semua pihak demi masa depan negara.
February 13, 2011 10:28 PM
Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti.
February 14, 2011 10:12 AM
Apa yang Perkasa tahu tentang ekonomi? Serahkanlah kepada profesional.
Post a Comment