
Sekali lagi pemerhati politik di Sabah dikejutkan bilamana Pergerakan Pemuda Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) meminta kerajaan pusat supaya menyiasat “pertumbuhan luar biasa” penduduk Sabah yang meningkat secara mendadak sebanyak 500 peratus.Ketuanya Arthur Sen berkata berdasarkan banci penduduk 1970, jumlah penduduk di Sabah adalah 636,431 orang tetapi meningkat dengan ketara ke angka 3.3 juta pada tahun 2005.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata pertumbuhan luar biasa itu membimbangkan penduduk tempatan yang merasa keselamatan mereka terancam akibat kemasukan “warga negara segera” dan pelarian ke Sabah.- “Orang tempatan juga risau suatu hari nanti golongan pendatang ini akan mengatasi jumlah penduduk asal Sabah,” kata Seb.
Beliau meminta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya menyiasat pertambahan luar biasa itu termasuk meneliti sama ada terdapat kaitan dengan pemberian kad pengenalan melalui “pintu belakang”.
Dalam pada itu, dikatakan bahawa rakyat pendalaman yang didalangi oleh parti PKR telah menyatakan sokongan mereka terhadap pejuangan Datuk Seri Panglima (DSP) Wilfred Mojilip Bumburing dalam isu yang sama, baru-baru ini.Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pensiangan Affendy Hasbollah @ Lukan menegaskan bahawa isu pemberian Kad Pengenalan projek dan kewarganegaraan kepada PATI perlu diselesaikan dengan sewajarnya demi kedaulatan negara dan keselamatan rakyat di negeri ini.
Tegasnya, selagi isu tersebut masih tertunggak selagi itu keselamatan rakyat negeri ini senantiasa dalam ancaman bahaya, baik dari segi penaklukan peluang perniagaan secara kecil-kecilan tetapi juga mungkin suatu hari nanti generasi mereka akan menjadi pemimpin di negeri ini.
Sumber: NST, SabahKini
Komen Solymone
Dalam perkiraan kasar matematik saya, kalau lah benar peratusan penduduk Sabah yang kini dijangka sebanyak lebih kurang 4.0 juta orang itu , bernisbakan pertumbuhan penduduk dalam kadar 500 %, maka jumlah penduduk asal hanya lah setakat lebih kurang dari 1 juta. Selain nya ( 3 Juta) ada lah warga imigran.Atau pun di sebaliknya , dengan berpandukan kadar pertumbuhan penduduk sebanyak 500% itu, sepatutnya jangkaan bilangan penduduk Sabah kini, lebih dari 10 Juta. Dimana, bilangan penduduk asal Sabah ada lah sebanyak lebih kurang 3 Juta dan selain nya (7 Juta) ada lah warga imigran.
Kalau lah seandainya, perkiraan Ketua Pemuda UPKO itu benar, bukan hanya sekadar UPKO yang rungsing. Tetapi juga semua warga asal rakyat Sabah. Termasuk saya sekeluarga...Sungguh merunsingkan !!!



February 18, 2011 9:05 AM
Penambahan luar biasa ini memang patut disiasat. Perkara ini tidak patut dibiarkan sahaja.
February 18, 2011 10:25 AM
Ini bukan hanya membimbangkan UPKO sahaja, ini juga membimbangkan seluruh rakyat di Sabah. Semestinya pertambahan ini adalah hasil dari kemasukan pendatang dari beberapa buah negara jiran yang berdekatan.
February 18, 2011 10:27 AM
Walaupun telah banyak yang tertangkap dan telah dilayarkan kembali ke negara asal mereka, namun masih lagi bilangan pendatang di Sabah semakin bertambah. Di manakah silapnya? Apakah Jalan penyelesaian???
February 18, 2011 1:50 PM
The sudden increase of people in Sabah is quite worrying.
February 18, 2011 1:52 PM
Investigation regarding this matter should be done. How is it possible to have such a big increase number percentage of people in Sabah.
February 18, 2011 1:59 PM
pertambahan penduduk yang luar biasa ini perlu disiasat bagi membolehkan kita mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.
February 18, 2011 2:01 PM
saya rasa semua orang pun tertanya-tanya dengan keadaan ini. harap akan ada tindakan yang diambil berhubung isu ini.
February 18, 2011 2:03 PM
Hopefully the authority will get right into it before it starts increasing again.
February 18, 2011 2:07 PM
perlu disiasat bagaimana pertambahan penduduk boleh begitu mendadak.
February 18, 2011 2:08 PM
ini msti berkaitan dgn kemasukan warga asing beramai2 ke sabah.
February 18, 2011 3:22 PM
Mungkin kawalan keselamatan di perairan kita masih tidak pandai cukup2 lagi..
February 18, 2011 3:54 PM
mencari penyelesaian sememangnya sukar dan rumit. bagi menyelesaikan masalah ini pelbagai usaha telah dirangka dan dilaksanakan oleh kerajaan termasuklah operasi berterusan dan penubuhan makmal khas. tapi usaha kerajaan itu boleh jadi sia2 jika dalam masa yang sama kita menggalakkan kehadiran mereka dengan memberikan mereka tempat tinggal, pekerjaan, berniaga dan menyembunyikan kewujudan mereka daripada pengetahuan pihak berkuasa.
February 18, 2011 3:58 PM
dengan garisan pantai Sabah sepanjang 1,600 km, yang terpanjang di Malaysia bersempadan dengan Laut China Selatan, laut Sulu dan Sulawesi, menjadikan mudah bagi penduduk dari negara jiran di selatan Filipina dan pulau2 Indonesia menyelinap masuk ke Sabah. dengan masalah yang semakin komplex ini, usaha mengatasinya juga mestilah terancang dan tidak boleh dibuat dalam sekelip mata sahaja.
February 18, 2011 9:43 PM
Perkara ni harus disiasat dan ditanggani segera. Jangan biarkan perkara ini menghantui fikiran masyarakat tempatan sehingga menimbulkan ketegangan.
February 18, 2011 9:43 PM
500 peratus tu bukan sikit tapi berlipat kali ganda. huhuhu
February 18, 2011 9:44 PM
Setahu saya banyak operasi menahan dan menghantar semula pati berjaya dibuat, namun apa cerita hal ni masih berlanjutan :(
February 18, 2011 9:47 PM
Saya yakin ramai pihak hairan dengan pertambahan luar biasa ini. Semoga pihak2 berkaitan memberi perhatian sewajarnya terhadap perkara ini.
February 18, 2011 9:53 PM
Saya berharap jalan penyelesaian terhadap isu ni ditemukan segera bagi mengelakkan masalah lain timbul.
February 18, 2011 11:26 PM
menteri dalam negeri harus memandang isu ini dengan serius..setelah menteri dalam negeri sebelum ini yang gagal untuk menyelesaikan isu ini, diharap kali ini menteri tersebut mampu..
February 18, 2011 11:27 PM
saranan untuk menubuhkan RCI harus dipertimbangkan atau harus diwujudkan..
February 18, 2011 11:29 PM
seluruh warga asal sabah runsing dan risau dengan isu ini..kerajaan pusat tidak perlu memberikan alasan yang tidak munasabah pada pandangan sabah kerana bukan semenanjung yang mengalami perkara ini..jika perkara ini berterusan maka kemungkinan sabah akan hilang.
February 18, 2011 11:30 PM
sering kali kedengaran kedaulatan negara harus dipertahankan oleh menteri dalam negeri..maka harus ditunjukkan dan dibuktikan dengan menyelesaikan isu ini..
February 18, 2011 11:31 PM
rakyat sabah tulin haruslah bersatu dan mendesak kerajaan pusat agar isu ini diberi keutamaan..fahaman politik ketepikan dulu demi kesejahteraan bersama..
February 19, 2011 8:29 AM
siasatan perlu bagi memastikan apakah punca ini berlaku.
February 19, 2011 8:31 AM
Pertambahan mendadak ini menjadikan tanda tanya kepada kita. Bagaimana boleh jumlah penduduk di Sabah boleh mencecah 3.3 juta??
February 19, 2011 8:35 AM
Kemasukkan warga asing beramai-ramai menyebabkan perkara ini berlaku. Siapakah dalang dalam hal ini. Mestilah orang yang berkaitan dengan kelulusan kelahiran, kewarganegaraan dan MyKad. Bukan orang awam yang meluluskannya. Mestilah pihak berkuasa.
February 19, 2011 9:26 AM
Pertambahan luar biasa ini patut diberikan perhatian. Kalau dibiarkan begitu sahaja, mungkin pertambahan yang lebih melampau akan berlaku.
Post a Comment