SUARA BEBAS TUARAN

KM Sarawak Sedia Undur Diri Kira Nya Ada Pengganti

Labels:

Taib memerhatikan Jabu memukul salah satu peralatan muzik tradisional kaum Iban, ‘engkerumong’ semasa merasmikan Seminar Pembangunan dan Kepimpinan Ketua Masyarakat Sarawak Bahagian Betong di Betong, semalam.
Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersedia untuk berundur sekiranya ada pemimpin yang benar-benar berkaliber, bijak dan berpendidikan untuk menggantikan mereka berdua.
“Jika ada mereka yang ingin jadi pengganti, saya mahu tapi saya tidak akan melepaskan kuasa jika tiada jaminan seseorang itu baik atau pintar untuk memberikan pembangunan kepada rakyat Sarawak,” demikian tegas Taib.
  • Ini kerana katanya, dalam usaha membangunkan sesebuah negeri terutama seperti Sarawak, ia amat memerlukan golongan yang berpendidikan dan bijak agar pembangunan negeri terlaksana dengan baik.
  • Justeru dalam perkembangan yang berkaitan beliau memberitahu Barisan Nasional (BN) Negeri dijangka akan menggantikan beberapa muka lama dengan calon-calon baru yang lebih muda dan berkaliber dalam membangunkan Sarawak, pada pilihan raya negeri yang akan datang.
  • “Oleh sebab itu dalam pilihan raya negeri akan datang kita mungkin akan menukarkan calon-calon yang sudah lama dan diganti dengan yang baru dan lebih bijak atau pandai.
  • “Kita tidak nafikan hari ini hampir kesemua YB-YB (wakil rakyat) kita adalah graduan namun kini calon-calon yang kita cari bukan sahaja bergraduan tetapi mempunyai tingkah laku yang baik serta mempunyai kualiti kepimpinan,” katanya.
Beliau yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), menjelaskan pertukaran orang dalam parti bukan satu masalah.
Malahan katanya ada antara wakil rakyat dari parti itu telahpun menyatakan hasrat untuk berundur dan mencari calon yang lebih bertenaga, muda dan bersedia untuk berkhidmat.
Sumber: Utusan Borneo
16 comments:

Siapa pengganti yang terbaik untuk mewarisi jawatan KM Sarawak?


ya.. harap ada pemimpin yng layak untuk menjadi KM Sarawak berikutnya.


bukannya mudah untuk mencari pemimpin yang benar-benar berkualiti. apa pun, pemimpin-pemimpin muda harus sentiasa mempersiapkan diri agar mereka dapat memimpin Sarawak dengan lebih cemerlang pada masa akan datang.


Sememangnya ada penganti, cuma mampukah dia melakukan yang terbaik, lebih baik dari KM yang lalu? Itulah persoalan yang seharusnya timbul.


Kita tunggu sahaja bila PRU diadakan. Lihat siapakah yang menjadi pilihan rakyat di Sarawak.


masih ramai pemimpin2 yang layak di Sarawak yang boleh dipertimbangkan untuk menduduki kerusi nombor satu di negeri itu. Sarawak memang memerlukan pemimpin yang baru, lebih2 lagi faktor usia Taib tidak begitu mengizinkan beliau untuk memegang jawatan itu lebih lama, malah telah banyak rekod2 buruk Taib berjaya didedahkan oleh media yang sebenarnya mampu menjejaskan kedudukan BN di negeri itu.


Dah tiba masanya untuk KM Sarawak mengundur diri. Bagilah peluang untuk pemimpin lain mengganti beliau.


Semoga mereka dapat mencari pengganti. Pastikan pengganti tersebut adalah yang terbaik dan berkualiti.


Semoga pengganti yang sesuai ditemukan. Beri peluang lah si Taib ni berehat.


Apapun semuanya terletak pada rakyat sarawak. Saya yakin mereka tahu apa yang patut dilakukan.


teka-teki ini akan terjawab bila sampai masanya..


mengenai calon baru yang menggantikan muka lama, kita tunggu dan lihat pada pengumuman calon pada pilihanraya negeri sarawak.


namun diharapkan, biarlah calon itu benar2 layak..


Benar, jika ada yang betul-betul layak untuk menganti mungkin tidak keberatan KM Sarawak itu untuk undur diri jika ada pengantinya.


Mesti ada calon yang berkemampuan untuk mengambil alih tempat Taib sebagai KM Sarawak baru.


Carilah dengan tekun, pasti ada calon yang sesuai.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails