SUARA BEBAS TUARAN

Ujudkan Pelan Induk Pemuliharaan Ekosistem Di Sabah?


Bekas Menteri Pelancongan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir kelmarin menyarankan kepada kerajaan agar mewujudkan pelan induk bagi memulihara ekosistem di beberapa kawasan di Sabah yang berpotensi menjadi kawasan pelancongan.
Abdul Kadir juga meminta kerajaan memberi perhatian kepada usaha menambah baik kemudahan yang disediakan di kawasan peranginan sedia ada di Sabah, khususnya Taman Kinabalu dan kawasan berhampiran.
  • Ini kerana katanya, masih banyak yang boleh dilakukan bagi meningkatkan daya tarik kawasan itu kepada pelancong dan seterusnya menjadikan kawasan terbabit zon pelancongan bertaraf dunia.
  • Beliau berkata pelan induk itu harus meliputi garis panduan bagi mengawal aktiviti pembangunan di kawasan terbabit, agar lebih tersusun dan tidak menjejaskan alam sekitar.
  • “Kita bimbang nanti (jika tiada master plan), ia akan jadi seperti Cameron Highlands yang mana pembangunannya dibuat secara ad hoc dan tidak tersusun. Malah kawasan itu tidak lagi sejuk seperti sebelum ini.
  • “Pembangunan yang tidak tersusun telah menjadikan tempat itu tidak lagi indah,” katanya pada sidang media mengenai perkara tersebut, di Wisma Bernama di Kuala Lumpur kelmarin.
Persoalan nya, ada kah kerajaan negeri Sabah hingga setakat ini, belum ada pelan induk sapertimana yang dimaksudkan oleh Tan Sri Abdul kadir tersebut. Atau pun selama ini, kerajaan negeri tidak terfikir bahawa betapa penting nya pelan tersebut, demi untuk menjaga keseimbangan ekosistem disamping kecelaruan habitat di sabah?
Dalam pada itu, mungkin juga kerajaan negeri tidak pekah dalam usaha untuk mengawal masaalah ini, sehingga akhir nya, ia terpaksa berhadapan dengan fenomena kemusnahan ekosistem dan kehancuran sistem habitat yang sedia ada. Dalam isu ini, cuma ketua Menteri Sabah saja yang tahu.
Sumber: NST
12 comments:

Harap alam semulajadi Sabah akan dipelihara kerana inilah khazanah Sabah yang unik.


Saraanan ini perlu dipertimbangkan. Apa yang dapat saya lihat, saranan ini akan membawa kebaikkan lebih daripada keburukkan kepada rakyat Sabah.


Namun kajian demi kajian perlu dilakukan secara berterusan. Ini adalah peluang terbaik untuk meningkatkan lagi model perlancongan di Sabah.


rasanya ini merupakan cadangan yang baik.


membangunkan kawasan yang berpotensi itu memang baik, tapi pastikan ianya tidak menjejaskan alam sekitar yang ada.


pelan seperti ini mmg wajar diwujudkan bagi memulihara ekosistem dan seterusnya menarik lebih ramai pelancong.


Ini untuk menjaga alam sekitar kita dan juga hidupan liar. Jika pembalakkan berleluasa tidak mustahil ekosistem kita tidak seimbang. Maka pemuliharan adalah perlu.


Semoga kerajaan memberikan perharian untuk usaha menambah baik kemudahan yang disediakan. Ini untuk kebaikkan kawasan tersebut juga. Peliharalah kawasan kita.


Kerajaan negeri pasti boleh menjaga alam sekitar kita ini. Elakkan dari terus ditebang untuk kepentingan sendiri tanpa memikirkan masalah akan datang.


setuju, sebagai rakyat sabah, sudah tentu kami tidak mahu kerajaan melaksanakan pembangunan secara semberono sehingga mengabaikan kepentingan ekosistem. semua itu adalah aset utama Sabah bagi menarik pelancong untuk datang ke negeri ini. bukan sahaja kepada kawasan2 tertentu di sabah malah merangkumi seluruh Sabah dimana fizikal Sabah perlu seimbang antara aktiviti pembangunan dan pemeliharaan hutan.


Saya harap kerajaan akan membuat pertimbangan tentang cadangan ini. Pemuliharaan ekosistem di Sabah amat digalakkan.


Cadangan mewujudkan pelan pemuliharaan ekosistem ini harus dipertimbangkan kerana ia boleh mendatangkan kebaikan kepada ekosistem Sabah. Diharapkan kerajaan akan membuat apa yang perlu.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails