
Walaupun gejala banjir menghantui negeri Johor, namun pasangan pengantin, Norlia dan Hishamuddin tetap meneruskan hasrat mereka untuk bernikah di Masjid Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pagoh, di Muar semalam.Pasangan berkenaan dinikahkan oleh naib kadi kawasan Panchor, Mohd. Taib Mohamad.
Sumber: Kosmo
Menurut Hishamuddin, walaupun masih bersedih kerana tidak dapat bersanding di rumah isterinya di Kampung Sri Tanjung, Panchor akibat banjir namun, dia tetap gembira apabila majlis pernikahannya tetap berlangsung dengan meriah terutama dengan kehadiran isteri Sultan Johor, Raja Zarith Sofiah.- Menurut beliau, mengikut perancangan asal, majlis persandingan di rumah pengantin perempuan akan diadakan selepas akad nikah semalam sementara di sebelah pengantin lelaki di Kampung Terus, Panchor hari ini.



February 8, 2011 9:34 AM
Syukur, akhirnya di ijabkabulkan walaupun pelbagai halangan bencana alam. Jika ada usaha, tidak mustahil untuk ini berlaku.
February 8, 2011 9:50 AM
Tahniah kepada pasangan pengantin baru.
February 8, 2011 10:01 AM
selamat pengantin baru kepada pasangan tersebut. semoga jodoh mereka berkekalan sehingga akhir hayat.
February 8, 2011 10:06 AM
nampaknya banjir bukanlah penghalang bagi pasangan tersebut untuk bernikah, semoga perhubungan mereka akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
February 8, 2011 10:50 AM
Semoga berbahagialah hingga akhir hayat..
February 10, 2011 9:39 AM
Nampaknya tiada apapa yang boleh menghalang pasangan ini bernikah. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua.
Post a Comment