

Dua gadis sunti dari Sabah berjaya menempatkan diri mereka dalam kelompok 12 pelajar Akademi Fantasia Musim terakhir yang akan bersiaran secara langsung di Astro Ria pada 2 April depan tepat jam 9.00 malam. Mereka ialah Nera(foto kiri) atau nama sebenarnya Queennera Xavery F. Kitingan, 19, dan Lenaber Haidir, 22, yang dikenali sebagai Lena(foto kanan).Menurut sumber, Nira berasal dari Tambunan. Manakala Lena dari Kota Kinabalu. Walau pun dikatakan mereka ini masing-masing mempunyai latar belakang yang jauh berbeza, namun kedua-dua nya mempunyai tujuan yang sama; ia itu untuk menjadi penghibur sensasi negara pada suatu ketika nanti.
- Pengumuman rasmi mengenai dua belas pelajar yang terpilih serta barisan tenaga pengajar yang bakal terlibat dengan program Akademi Fantasia Musim 9, telahpun diumumkan dalam sidang akhbar di Ibu Negara, baru-baru ini.
- Ahmad Afif Tirmizie (Afif), 25, dari Selangor
- Mohamad Amirullah Jahari, 19, (Amir – Sarawak)
- Mohamad Azri Abdullah, 24, (Azri – Selangor)
- Khairul Najmuddin Abu Samah, 20, (Erul – Kuala Lumpur)
- Nur Khaidir Muhd, 22, (Kay – Kuala Lumpur)
- Fahrur Raqib Abdul Majid, 21, (Raqib – Melaka)
- Nur Suhada Jebat, 19, (Aida – Melaka)
- Nur Atiqah Shariffudin, 22, (Eka – Kuala Lumpur)
- Zulaika Zahari, 22, (Laika – Selangor)
- Lenaber Haidir, 21, (Lena – Sabah)
- Roshammizah Rosli, 28, (Miza – Selangor)
- Queennera Francine Francis, 19, (Nera – Sabah)

Juara Akademi Fantasia Musim 9, juga bakal membawa pulang wang tunai RM200,000 serta hadiah sampingan lain yang akan diumumkan kemudian.
- Secara keseluruhannya dalam 8 musim Akademi Fantasia, peserta dari Sabah menjuarai Akademi Fantasia sebanyak 1 kali menerusi Stacy (Juara AF6/2008) serta naib juara sebanyak 5 kali menerusi Linda Nanuwil (AF2/2004), Felix Agus (AF3/2005), Lotter (AF4/2006), Ebi (AF5/2007) serta Adira (AF8/2010).
Difahamkan bahawa pada musim terakhir ini juga bakal menyaksikan kepulangan pengacara tersohor yang begitu sinonim dengan keluarga AF iaitu Aznil Haji Nawawi untuk mengembalikan aura dunia AF sekaligus memastikan tirai AF9 berlabuh dengan kegemilangan.Sumber: AgensiSo, apa lagi, teruskan kesinambungan missi kita untuk memantapkan lagi pengenalan negeri dibawah bayu ini melalui bantuan 'Afundi' kepada 'Orang Kita'. Selain dari berhibur; tolong lah Afundi Nira dan Lena.
SUNTIKAN AWAL KLIP VIDEO LENA DAN NERA DALAM SESSI UJIBAKAT



April 1, 2011 8:44 AM
semoga peserta dari Sabah tersebut berjaya menajdi juara dalam program AF.
April 1, 2011 8:57 AM
Baguslah tue. Semoga peserta2x Sabah akan buat yang terbaik. Good luck!
April 1, 2011 9:02 AM
Semoga wakil Sabah dapat memberikan yang terbaik dalam AF terakhir ini.
April 1, 2011 9:04 AM
berusahalah bersungguh-sungguh...good luck
April 1, 2011 10:23 AM
Sabahan pun boleh tahan juga ba. Boleh bersaing. Good Luck.
April 1, 2011 1:24 PM
Good luck to the final participants.
April 7, 2011 9:25 AM
Harap peserta Sabah berjaya ke pusingan terakhir.
April 15, 2011 11:57 AM
Rakyat Sabah berilah sokongan kepada kedua-dua peserta dari Sabah ni.semoga mereka sampai ke final.
Post a Comment