SUARA BEBAS TUARAN

4,000 Kontraktor Kelas F Di Sabah Akan Laksanakan Program Bantuan Rumah


Kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, persetujuan telah pun diperolehi daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberi peluang kepada seramai 4,000 kontraktor kelas F di negeri ini untuk melaksanakan Program Bantuan Rumah (PBR) di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, sebagai langkah kerajaan dalam usaha membantu kontraktor di negeri ini.
  • Bagaimanapun, katanya, kontraktor yang diberi peluang perlu melaksanakan setiap projek bukan sahaja siap mengikut jadual, malah mempunyai kualiti kerja berdasarkan spesifikasi yang telah ditetapkan.
  • “Kerajaan sudah beri peluang kepada kontraktor untuk melaksanakan projek. Justeru, mereka perlu melaksanakan tanggungjawab mereka dengan menyiapkan kerja dengan cekap, berkualiti dan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.
  • “Kecekapan mereka untuk menunaikan tanggungjawab amat penting kerana ia juga melambangkan imej dan kewibawaan kerajaan dalam membela nasib rakyat selain memacu usaha pembangunan termasuk penyediaan kemudahan infrastruktur untuk rakyat di seluruh negeri ini,” katanya.
  • Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengundian Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) Daerah Sandakan di Dewan Sri Libaran, di sini, kelmarin.
  • Seramai 139 kontraktor telah menyertai proses undian bagi 83 projek PIA dan PIAS keseluruhan berjumlah lebih RM6 juta yang disenaraikan di daerah ini bagi tahun 2011.
Sabah merupakan penerima kedua tertinggi iaitu sebanyak RM100 juta selepas Sarawak daripada RM500 juta yang telah diperuntukkan bagi melaksanakan projek infrastruktur di seluruh negara.
Sumber: NST
11 comments:

Hope that these contractors can complete the projects in time.


harap kontraktor2 tersebut dpt melaksanakan projek2 tersebut dgn baik.


peluang ini harus digunakan sebaiknya oleh kontraktor berkenaan..


para kontraktor berkenaan harus menjalankan tanggungjawab mereka sebaiknya..


Semoga program bantuan rumah ini akan berjalan dengan lancar dan jayanya.


peluang yang diberikan ini perlu digunakan dengan sebaiknya oleh kontraktor yang terbabit dengan menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan dan kualiti kerja yang tinggi.


saya harap pemberian projek kepada 4000 kontraktor ini dilakukan dengan telus dan adil.


Hopefully there is no delays in implementing this program.


Pastikan projek ini diberikan kepada kontraktor yang layak dan boleh dipercayai.


Kontraktor yang gagal melaksanakan tugas mereka patut disenarai hitam.


The government should make sure that these contractors are following the criteria while constructing the low cost housing.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails