SUARA BEBAS TUARAN

Anak Kelahiran Sabah Ketuai FAMA Sabah


Selama ini kita seringkali mendengar kritikan dari Sabah, menyatakan bahawa orang Sabah jarang di bagi peluang untuk mengetuai jabatan atau pun agensi kerajaan perseketuan. Namun baru-baru ini Anak jati Tawau, Ribin Wahid mencipta sejarah sebagai anak kelahiran Sabah pertama dilantik Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sabah berkuat kuasa hari ini.
  • Ribin, 47, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Pemasaran) dari Universiti Indiana, Amerika Syarikat, menggantikan Ibrahim Mahmood yang dilantik mengetuai FAMA Pahang.
  • Ribin pernah berkhidmat di pejabat FAMA Sabah selama 23 tahun sebelum dilantik sebagai Timbalan Pengarah FAMA negeri Melaka pada 1 Feb 2007.
FAMA yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada 30 Sept 1965 berperanan sebagai agensi pemasaran yang meliputi tugas menyelia, menyelaras, mengawal selia dan memajukan pemasaran keluaran pertanian Malaysia termasuk pengimportan dan pengeksportan.
Sumber: NST
20 comments:

jika berkelayakan mmg akan dilantik jawatan yang tinggi. tahniah kepada anak sabah ini atas pelantikan beliau.


Sabahans should be given more chances, its good to know that another Sabahan was leading a government agency.


Apa pun terima kasihlah kerana diberikan peluang mengetuai FAMA.


Pertama kali Sabah rakyat sabah diberikan peluang mengetuai jabatan. Anak kelahiran Tawau, Sabah menjadi ketua Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Sabah.


tahniah dan saya harap lebih banyak anak kelahiran sabah akan diberi peluang mengetuai jabatan atau pun agensi kerajaan perseketuan...


baguslah..harap beliau akan dapat menjalankan tugas dengan cemerlang.


harap lepas ni lebih ramai anak2 sabah yang akan mememgang jawatan seperti ini.


This sure is a good news knowing our local sabahan is given the chance to lead FAMA Sabah.


May he do a good job in leading FAMA sabah. ALl the best!


ini membuktikan sememangnya anak sabah ramai yang berkelayakan untuk mengetuai agensi dan jabatan persekutuan di sabah.


diharap akan ada lebih ramai anak sabah dilantik untuk mengetuai jabatan dan agendi persekutuan di sabah kelak.


apa pun, tahniah kepada beliau..beliau sememangnya berhak dan layak untuk menjawat jawatan tersebut.


Tahniah kepada anak Sabah yang berjaya mendapatkan peluang mengetuai jabatan kerajaan. Berusahalah, terus membanggakan rakyat Sabah.


Hope that he will work hard and do a good job as the head of FAMA.


Taniah dan jalankan t/jawab sebaik mungkin:)


Sekurang-kurangnya ada juga bukti anak kelahiran Sabah juga diberikan kepercayaan utk sandang jawatan tinggi asalkan berkelayakan.


Lepas ni harap2 lebih banyak lagi anak tempatan Sabah menjawat jawatan tinggi:)


Semoga Ribin Wahid dapat membuktikan kemampuan Sabahan menyandang jawatan tinggi di sesebuah jabatan atau agensi kerajaan persekutuan.


Teruskan perjuangan dan laksanakan t/jawab sebaik mungkin.


Harap lebih banyak anak Sabah akan diberikan peluang menduduki tempat yang penting dalam kerajaan.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails