SUARA BEBAS TUARAN

Anwar Ibrahim Dalam Kisah 'Antara Dua Darjat'

Labels:

Anwar Ibrahim kini diserang dengan video rakaman dimana konon nya beliau sedang melakukan hubungan seks dengan seorang pelacur cina pada 21 Febuari lalu.
Selain dari itu, khabarnya sebuah lagi video seks Anwar Ibrahim akan didedahkan, namun kali ini dikatakan dengan Maknyah Thailand pula. Seorang pengirim email yang menggunakan.
  • Klip video tersebut ditayang untuk tontonan pihak media pagi kelmarin di hotel Seri Carcosa Negara di Kuala Lumpur. Wartawan menonton video tersebut selama 20 mini secara bergilir mengikut kumpulan.
  • Nampaknya, spekulasi liar yang di layangkan untuk Anwar semakin teruk. Menurut sumber beliau sengaja diserang oleh parti lawan menjelang Pilihanraya Umum Negeri Sarawak.
Walau macammana pun, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah individu yang didakwa dalam rakaman video seks, yang mendapatkan khidmat seks daripada pelacur di sebuah hotel di ibu negara akhir bulan lalu.
Beliau menegaskan penyebaran video seks tersebut adalah satu strategi Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan imejnya sebagai tokoh pemimpin negara.
  • “Saya menafikan sekeras-kerasnya, ia berniat jahat dan fitnah, saya nafikan secara keras saya adalah individu dalam video tersebut.
  • “Saya mengecam konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan saya serta keluarga, video yang ditayangkan merupakan satu taktik jahat yang dilakukan musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat,” katanya (gambar) pada sidang media di sini petang ini.
  • Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan keras menafikan yang beliau adalah lelaki dalam video seks yang didedahkan pagi ini. Dia menyifatkan dakwaan itu sebagai "pembohongan" yang diselaras oleh mereka di peringkat kuasa tertinggi.
  • Pada masa itu video dikatakan dirakamkan, Anwar berkata beliau berada di rumah bersama kakitangannya, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, anak-anak dan cucu-cucu.
  • Katanya, beliau telah mengemaskini Twitternya pada masa itu, yang akan membuktikan yang beliau bukan lelaki dalam video tersebut.
  • Sambil tersenyum Anwar berkata, lelaki dalam video itu "berperut buncit" berbanding dengan perutnya.
  • "Cuma perut orang itu jauh lebih buncit daripada perut saya," katanya.
  • Anwar turut berdiri untuk membolehkan jurufoto mengambil gambar perutnya.
Bercakap dalam sidang media petang kelmarin beliau menyifatkan dakwaan dakwaan tersebut sebagai "fitnah jahat terbaru dalam bentuk video."
Musuh politik Pakatan Rakyat terdesak untuk lari dari membahaskan isu rasuah dan kepincangan pentadbiran Ketua Menteri (Sarawak) Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
“Maka tidak hairanlah sekiranya sekali lagi musuh politik bertindak menurut warisan politik usang dan jelik,” katanya.
Sumber: Malaysiakini, milosuam.blogspot,jalanpulang1978.blogspot, Video by Malaysiakini

9 comments:

Tidak tahulah sama ada ia betul ataupun tidak.


byk sgt skandal2 anwar yang didedahkan.


Adaka ini adalah taktik kotor parti lawan untuk menjatuhkan Anwar????


Semua strategi yg BN gunakan untuk menjatuh imej Anwar selalu ada kaitan dengan dia melakukan hubungan seks. Kalau bukan dengan pelacur,mesti dengan lelaki.


pihak yang bertanggungjawab mendedahkan video itu telah pun muncul. dan tidak wujud campur tangan kerajaan dalam kes ini. saya harap siasatan akan dijalankan segera untuk mengetahui kebenarannya.


Mungkin agak sukar bagi kita untuk menilainya. Apa pun kita tunggu siasatan yang seterusnya dilakukan oleh pihak berkuasa.


biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap isu ini.


Ya, siasat dulu supaya kebenaran akan didedahkan.


oleh kerana kita tidak tahu yang mana betul atau salah elok lah kita besangka baik sahaja..tak mungkin sipolan ini melaku kan itu dan ini..ia lebih selamat bagi kita dan itulah juga yang diajar oleh Islam.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails