SUARA BEBAS TUARAN

Apa Synonym Nya Perubahan Melandah Negara Asia barat Dan Malaysia?

Di lapurkan melalui media massa perdana, pemimpin Umno telah memberi amaran agar pembangkang jangan bermain api atas cubaan mereka menghasut dan memprovokasi rakyat bagi menggulingkan kerajaan seperti yang sedang berlaku di negara Asia Barat.
Amaran ini dikeluarkan oleh pimpinan Umno kerana para pemimpin Pakatan Rakyat memulakan inisiatif membandingkan antara tuntutan Perubahan yang diungkapkan di Timur Tengah serta Afrika Utara dengan tuntutan Perubahan di Malaysia.




Dalam pada itu, menurut Dato' Seri Anwar Ibrahim, apa yang Pakatan Rakyat lakukan hanya lah sekadar mengingatkan kerajaan agar mengambil iktibar akan beberapa persoalan mendasar yang menjadi punca kemarahan penduduk di Libya, Mesir dan Tunisia misalnya.
Kata Anwar peringatan yang diungkapkan PR ada lah agar kekayaan jangan hanya tertumpu kepada segelintir manakala masih ramai yang terpaksa membanting tulang untuk sesuap nasi.
  • Disamping itu, usaha PR ada lah semata-mata untuk mendedahkan betapa 1.36 juta(34%) dari 4 juta pekerja di Malaysia dibayar kurang dari RM 700 sebulan, manakala 40% dari keseluruhan rakyat Malaysia hanya menikmati pendapatan isi rumah kurang dari RM 1500. Pada pendapat beliau dalam negara demokrasi, usaha untuk mendedahkan kebenaran itu bukan lah satu hasutan.
  • Seterysnya beliau bertanya apa kah bezanya propaganda diktator di sana dengan regim Umno-BN di sini? Ternyata yang menghasut dan meniup kebencian adalah pimpinan Umno-BN, bukannya Pakatan Rakyat. Hampir setiap hari tohmahan dilemparkan kepada pimpinan Pakatan Rakyat seumpama agen pengkhianat dan agen asing.
  • Modus operandi yang sama digunakan oleh diktator di Mesir dan Libya terhadap penentangnya. Cumanya, hanya di Malaysia, regim pemerintah berusaha menghalang kemaraan Perubahan dengan fitnah liwat, kata Anwar.
  • Dalam pada itu Anwar juga mempersoal mengapa pimpinan Umno-BN begitu gusat dengan Perubahan yang melanda Timur Tengah dan Afrika Utara sekiranya negara kita tidak berhadapan dengan permasalahan tersebut.
  • Justru itu, kerana terlalu takut, Dato’ Sri Najib, sepertimana yang dilaporkan National Review, sanggup meragui sosok ulama terkenal, Sheikh Yusuf al Qaradawi serta menuduh gerakan Ikhwan al Muslimun masih terbabit dengan keganasan.
Tambah Anwar," Apa yang pasti, laungan mahu melaksanakan perubahan oleh pimpinan Umno hanya sekadar kosmetik politik. Rakyat sedar pengumuman demi pengumuman langsung tidak membawa manfaat kepada mereka melainkan menguntungkan mereka yang dekat dengan pemerintah. Justeru kepada pemimpin Umno-BN yang mengeluarkan amaran itu, saya ingatkan mereka, “Hanya mereka yang makan cili terasa pedasnya.”
Sumber: Suara Keadilan, Anwar Ibrahim, BH

Selected version: -
13 comments:

Janganlah kita membuat seperti di Libyia dan Mesir. Banyak nyawa yang hilang pasal kekecohan seperti itu. Kalau mahu pun buatlah dengan cara yang bertamadun.


Siapa nak melihat kekecohan, kematian dan kecederaan rakyat kita? Kita mahukan keamanan bukan kekecohan.


semua inginkan keamanan, jagnlah kita nk cemarkan keamanan di negera kita.


kita perlu mengekalkan keamanan dan keharmonian yang ada dalam negara kita.


Tidak perlu takut jika Kerajaan melakukan apa yang sepatutnya. Keutamaan rakyat menjadi keteguhan untuk mendapat sokongan itu.


Meniru aksi negara lain yang melibatkan keganasan bukanlah satu tindakan yang munasabah. Negara kita jauh berbeza dengan negara diluar sana.


apa yang berlaku di Mesir tidak perlu dibawa ke Malaysia. pembangkang tidak boleh menyamakan Malaysia dengan Mesir hanya disebabkan pemimpin negara itu sudah berjaya dijatuhkan melalui demonstrasi dan tekanan. majoriti daripada rakyat negara ini sentiasa bersyukur dengan apa yang sedia ada setelah mengecapi nikmat keamanan, kemakmuran dan kestabilan sejak sekian lama.


rakyat Mesir yang 40% daripada mereka berpendapatan cuma USD2.00 sehari yang menyamai RM6.00 mungkin ada alasan yang munasabah untuk berbuat demikian dibawah kepimpinan Hosni Mubarak yang sudah berkuasa selama 30 tahun lebih. ketika Hosni Mubarak berkuasa 30 tahun, Najib baru berkuasa 2 tahun. apakah yang dilakukan oleh Hosni dalam tempoh itu berbanding Najib?


Kerana masalah politik pembangkang rakyat yang telah menjadi mangsa keadaan.


Disini saya tertarik dengan pandangan sdra nikko 'pertaining to' isu yang terpapar disini. Justru itu, saya teringin berkongsi pendapat untuk kalian fikirkan bersama. Setuju atau pun tidak terpulang kepada pendirian masing-masing.

Secara mikro nya, ada lah tidak logik untuk membandingkan Hosni Mubarak ( berkuasa 30 tahun) dengan Najib yang menjadi PM hanya setahun jagung. ‘In other words’, tidak releven langusng.
However, kalau kita lanjutkan pandangan kita kepada parti, ia itu BN dan parti yang dianuti oleh Hosni Mubarak, maka dari segi logistik nya ada juga persamaan nya.

Kalau diperincikan isu pendapatan rakyat Malaysia secara menyeluruh, mungkin juga tidak lebih dari RM6.00 sehari. Terutama sekali rakyat dari Malaysian Borneo, Sabah khas nya dan Sarawak am nya. Dimana hingga setakat ini, rakyat Sabah maseh lagi dilebalkan sebagai yang termiskin di Malaysia.

Kenapa? Bagaimana? Pasti nya juru nilai penduduk antarabangsa telah mengguna pakai formula yang berpautan dengan pendapatan harian rakyat disini.

Persoalan nya, ada kah kerajaan Malaysia telah berlaku adil sepenuh nya dalam pengagihan kekayaan di kalangan rakyat di negeri-negeri di Semenanjung dengan negeri Sabah?

Sebagai rujukan, peruntukan dalam bajet 2011, sebanyak RM 109.74 billion ( correct me) untuk semenanjung. Manakala untuk Sabah dan sarawak hanya setakat 9.55 billion(also correct me)? Ada kah kerana di semenanjung terdiri dari berbilang negeri?
(Rujujan:http://www.sapp.org.my/constitution/110307_sipaun_ubf_speech.asp)
Sedangkan keluasan menyeluruh (Sabah vs Semenanjung), tidak jauh berbeza. Seada nya, negeri Perlis hanya lah sebesar daerah Tuaran di Sabah.

Bagaimana pula situasi Hosni Mubarak kalau di banding dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud? Beliau pun telah memegang kuasa selama lebih 30 tahun? Saya difahamkan harta kekayaan Tai Mahmud di luar negeri agak lumayan juga.

Untuk itu, kita fikir-fikirkan lah sendiri dan salam untuk semua.


Sedih juga tengok senario politik zaman sekarang, mcm2 ada. huhu


Apapa pun, harap rakyat akan membuat keputusan dengan bijak.


Gosh, I hope there would not be a mass protest like what happened in Libya.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails