Juru Perunding Keselamatan Alam Sekitar, Nik Zafri Nik Abdul Majid menegaskan JAS Sabah gagal memantau operasi pembuangan sisa toksik berasaskan plumbum dan gagal menghalang kegiatan menjadikan Sabah sebagai ‘Pusat Pelupusan Plumbum Terbesar’ di Asia Tenggara ekoran ketiadaan pusat pelupusan plumbum di negeri berkenaan.Sehubungan itu, Nik Zafri menggesa Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar agar menyediakan Kertas Putih ke Kabinet Malaysia bagi membahaskan dan menyelesaikan isu penting ini yang telah meletakkan jiwa seluruh rakyat Sabah dan pelancong dalam keadaan terancam.
Mengikut Nik Zafri, rakyat Sabah terutama kanak-kanak di sekolah yang menggunakan sistem solar dan solar hibrid yang dikuasakan oleh bateri asid Plumbum dikuarantinkan dan dijalankan pemulihan segera kerana kesan plumbum dalam darah mereka tidak mungkin dapat dikeluarkan daripada tubuh dan akan meninggalkan kesan dalam jangka masa yang lama dan mungkin menderita seumur hidup.
Tegas Nik Zafri, beliau kesal kerana semua Guru Besar di kebanyakan sekolah rendah luar bandar sanggup menggadai nyawa kanak-kanak sekolah dengan membenarkan pemasangan bateri asid plumbum di dalam bilik darjah dan bilik guru atau perpustakaan.
Contoh nya, Kematian 400 kanak-kanak di Nigeria dan penderitaan yang dialami oleh lebih 2,000 kanak-kanak di China akibat pencemaran plumbum, kata Nik Zafri sepatutnya menjadi pengajaran paling bermakna kepada para ibubapa yang anak mereka belajar di sekolah yang menggunakan bateri asid plumbum.
Sebagai Aktivis Alam Sekitar, Nik Zafri menegaskan agar Jabatan Alam Sekitar di Sabah segera menguatkuasa Undang-Undang Akta Alam Sekeliling secara mandatori dengan mendenda sesiapa sahaja yang membuang sisa bateri plumbum di Sabah; termasuk kontraktor Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) yang mengimport masuk racun karsiogenik berkenaan tanpa kelulusan JAS.
Tegas Nik Zafri, pihaknya dengan kerjasama dengan beberapa NGO yang prihatin sedang mengkaji kesan sampingan yang dihasilkan daripada plumbum terutama di Sungai Mamut dan di perairan Sabah kerana menjadi tempat pembuangan sisa logam berat berkenaan; terutama perubahan genetik dan kepupusan banyak spesis ikan dan paling penting tahap mutasi spesis tertentu akibat kesan radias.



March 1, 2011 10:54 AM
They should stop using lead to generate the solar panels. Don't continue to allow the kids to be exposed by the radiation.
March 1, 2011 1:25 PM
penggunaan plumbum perlu dihentikan, kesihatan kanak2 perlu diutamakan.
March 1, 2011 2:39 PM
pekara ini perlu diteliti dengan sebaiknya. jika benar ia tidak baik untuk kesihatan, penggunaannya wajar dihentikan.
March 1, 2011 2:46 PM
Bertindak sebelum semuanya terlambat. Jangan biarkan anak2 kita terancam dari bahan2 yang boleh memudaratkan kesihatan.
March 1, 2011 2:47 PM
Pihak berkuasa harus bertindak dengan segera. Hal ini perlu dipandang serius.
March 2, 2011 9:02 AM
atasi segera masalah ini melalui penguatkuasa undang2 kerana kita tidak mahu generasi akan datang menghadapi pelbagai masalah dan menjadi mangsa kekejaman para konspirator yang hanya mengaut keuntungan diatas kesengsaraan orang lain. rakyat hanya inginkan elektrik bukannya ‘pembunuh’ generasi mereka. walaupun sudah agak terlambat untuk bertindak, tetapi kita masih mempunyai peluang untuk mengharamkan plumbum ke Sabah.
March 2, 2011 9:09 AM
Masalah bateri asid plumbum ini akan dapat diselesaikan..
March 2, 2011 10:54 AM
Maybe the state government will ban lead as power generator. Hope that they will allow clean and safer alternatives.
March 2, 2011 11:44 AM
Ban the use of Plumbum for sake of people's health.
March 4, 2011 9:53 AM
Sebaiknya pengunaan Bateri Asid Plumbum dihentikan serta merta.
Post a Comment