SUARA BEBAS TUARAN

100 Penduduk Sook Hadiri Kes Makamah Secara Tradisi?


Baru-baru ini, Daerah Nabawan telah dikejutkan apabila lebih kurang 100 orang penduduk kampung yang sebahagiannya memakai baju tradisi telah hadir ke Mahkamah Anak Negeri Daerah Kecil Sook untuk menghadiri panggilan bicara berkenaan aduan penduduk kampung.
Dalam kes tersebut, dilapurkan bahawa Jabatan Perhutanan Sabah daerah Sook yang telah merobohkan dua buah rumah adat yang terletak di kawasan wilayah adat Kg. Alab Lanas dan di kawasan wilayah adat kawasan Pio (Tanah adat 5 kampung-Kg. Simbuan, Kg. Dumbun, Kg. Pulutan, Kg. Mokotog dan Kg. Wawasan) dalam daerah Sook.
  • Menurut lapuran selanjut nya, kehadiran penduduk kampung tersebut di pejabat Daerah Sook, telah memeranjatkan seluruh warga pejabat daerah Sook, termasuk Penolong Pegawai Daerah Sook, Jaslin Tindi, yang hadir pada ketika itu.
  • Dikatakan, pihak Mahkamah Anak Negeri kemudiannya memberitahu (melalui telefon) pihak penasihat perundangan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan hasilnya telah diarahkan untuk membatalkan proses bicara tersebut.
  • Selanjutnya, pihak Pejabat Daerah Sook juga telah memanggil Polis. Tidak lama kemudian seramai 25 orang anggota polis yang lengkap dengan senjata telah menyerbu kawasan Pejabat Daerah Sook tersebut. Kontingen polis tersebut telah diketuai oleh Ketua Polis Daerah Keningau OCPD Zahari dan di bantu oleh Ketua SB, Balai Polis Keningau, ASP Awang Damit.
  • Untuk mengelakkan sebarang kelakuan, pehak polis telah menutup pintu pagar dan jalan keluar dari pejabat Daerah Sook. Disamping itu, kawasan tersebut juga telah dikawal sepenuh nya oleh beberapa orang anggota Polis.
Dalam pada itu, pihak pemimpin kampung telah berusaha untuk menjelaskan kepada pihak Pejabat Daerah dan Polis tentang situasi yang sebenar. Namun akhirnya 3 orang telah diarahkan ke Balai Polis Keningau iaitu KK Dahlan @ Ulin (KK Kg. Alab) dan Juhadi Marindal (Pengerusi Badan Bertindak Penuntutan Tanah Adat G5 Sook) yang juga selaku plaintif dalam kes bicara ini dan Hisammuddin Bin Sulaiman (Presiden TABA – Bela Tanah Rakyat Sabah).
Sumber: PACOS TRUST, SabahKini
13 comments:

I hope that justice will be on their side. Good luck.


kehadiran penduduk tersebut hanyalah untuk menyertai perbicaraan tersebut. bukan untuk membuat kecoh.


further investigation. Hope the villagers get their rights.


further investigation. Hope the villagers get their rights.


harap isu ini dapat diselesaikan dengan baik.


I hope this matter will be solved in a good way.


Sebaiknya sambutlah mereka dengan baik. Kehadiran mereka semata-mata untuk menghadiri kes di Mahkamah. Jangan cepat tersalah anggap dengan kehadiran mereka.


Apa masalah sekali pun seharusnya selesaikan dengan perbincangan dan bertindak melulu. Seperti apa yang berlaku kepada orang asil ini. Jabatan Perhutanan Sabah daerah Sook yang telah merobohkan dua buah rumah adat yang terletak di kawasan wilayah adat.


kalau tidak mahu rakyat buat kecoh, atau protes atau sebarang tindakan yang tidak disenangi, jangan rampas hak mereka. sebagai sebuah kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat, mereka sepatutnya melindungi hak rakyat, bukannya merampas dan menafikan hak mereka.


Yang penting adalah isu ini mendapat penyelesaian secepat mungkin.


Harap keputusan adalah dalam situasi menang-menang.


Nampaknya mereka benar-benar marah. Yalah, siapa yang tidak marah rumah mereka yang dianggap hanya pondok dirobohkan begitu sahaja.


The natives are standing up for themselves. This shows that they are not willing back off any longer.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails