
Di sebalik serangan moral yang ketiga sejak 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pendedahan dibuat “Datuk T” minggu lalu tidak akan sesekali “membunuh” karier politik beliau. Sebaliknya, tegas Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, hidup dan mati beliau bukan terletak di tangan Umno-Barisan Nasional (BN) tetapi Allah s.w.t.- “Kalau nak mati, saya mati, bukan mati karier politik. Hidup mati saya di tangan Allah bukan Umno-BN, belum tentu Umno-BN mampu bertahan tanpa rakyat Malaysia,” katanya pada program solat hajat dan Pidato Khas Menangkis Fitnah Jahat di Stadium Melawati di sini malam tadi.
Anwar telah menafikan dakwaan terbaru ini dan membuat laporan polis Selasa lalu. Menurut Ketua Pembangkang ini, tuduhan fitnah terbaru terhadap diri beliau tidak melemahkan semangatnya untuk terus berjuang sehingga berjaya merampas Putrajaya daripada BN.- “Ujian ini tidak melemahkan semangat saya,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh ini yang dikenakan tuduhan liwat dan salah guna kuasa akhir 1990-an dan kes liwat kedua pada 2008.
Anwar berkata, “isunya sekarang adalah kerana Pakatan Rakyat nak ambil pemerintahan negara.”“Jadi apa yang berlaku ini adalah Umno-BN sanggup lakukan apa sahaja, cara yang mungkin mereka jangka akan menghalang kemaraan Pakatan Rakyat, tetapi rakyat yang mahu menuntut Putrajaya,” katanya lagi.
“Kita yakin kita akan berbicara soal Buku Jingga (Pakatan Rakyat)bukan soal fitnah, bukan lubang. bukan najis dan bukan air mani,” kata beliau di hadapan lebih 5,000 orang.
Anwar yang juga Ketua Umum PKR juga menyifatkan Abdul Rahim sebagai “jaguh baru” yang dipilih Umno-BN untuk menjatuhkan maruah dan imejnya.- “Dia (Abdul Rahim) jaguh baru, tokoh akhlak baru yang ditonjolkan Najib dan (Datin Seri) Rosmah (Mansor), tokoh moral baru iaitu Rahim Thamby Chik.
- “Orang Umno kalau membunuh, tiada tindakan, rogol tutup kes, rasuah tutup kes, jadi saya minta kezaliman ini dihentikan,” katanya.
- Beliau juga berkata pendedahan rakaman video seks itu dibuat dengan tujuan untuk memecahbelahkan keluarganya.
Dalam masa yang sama, Anwar meminta agar barisan kepimpinan dan jentera Pakatan Rakyat tidak memberikan tumpuan terhadap rakaman video seks itu, sebaliknya fokus kepada pilihan raya negeri Sarawak bulan depan.


April 1, 2011 8:54 AM
mmg hidup mati kita semua di tangan Allah swt. bagi kes video tersebut, kebenaran akan diketahui jg nnti.
April 1, 2011 9:22 AM
isu ini telah mendapat perhatian ramai. apa pun, kita semua belum tahu lagi kebenarannya.
April 1, 2011 9:25 AM
berhubung isu ini juga. biarlah pihak polis melakukan siasatan sehingga selesai bagi mengetahui kebenaran.
April 1, 2011 9:26 AM
Memang hidup mati ditangan Allah. Tapi kalau allah mentakdirkan Anwar mati ditangan Umno/BN bagaimana?
April 1, 2011 9:50 AM
Nampaknya Anwar tetap akan meneruskan kariernya dalam politik walaupun mempunyai banyak halangan.
April 1, 2011 9:52 AM
Kita tunggu sahaja sehingga siasatan selesai. Harap2x kebenaran dapat diketahui.
April 1, 2011 10:04 AM
Anwar, jika bersalah Allah pastikah membantu?Atau memberikan petunjuk kejalan yang benar. Jadi kita tunggu saja petunjuk yang akan Allah berikan.
April 1, 2011 11:01 AM
Batresiah, sy sokong. Apa2 pun tunggu shj hasil siasatan.
April 1, 2011 1:27 PM
Good for Anwar to think so.
April 4, 2011 9:18 AM
kalau fitnah, kenapa Anwar tidak buktikan bahawa beliau difitnah? kenapa tidak tunjukkan jam tangan omega yang kononnya ada pada Azizah? video ini telahpun disahkan tulen. apa2pun saya harap SSD akan ditubuhkan dan dianggotai oleh orang2 penting Pakatan bagi menyelesaikan terus tanda tanya ini..
April 15, 2011 4:25 PM
sebelum semuanya selesai,kita tidak mengetahui siapa yang berada di pihak yang benar dan siapa yang berada di pihak yang salah.diharap siasatan adalah telus dan adil dalam menyelesaikan isu yang kian rumit ini.
Post a Comment