
Nampak nya, isu yang melibatkan kes DNA ini boleh dikatakan sebagai ‘out of control’ atau pun hampir-hampir tidak terkawal lagi. Ia nya seakan-akan telah melonjak ketahap kritikal lagi kronik.Apa yang sedang berlaku kini, aktivist dari kedua-dua parti, UMNO/BN dan Parkatan Rakyat masing-masing telah memulakan strategi serangan demi serangan terhadap pehak lawan.
Walau macammana pun, kelebihan semestinya berpehak kepada UMNO/BN kerana mereka mempunyai kuasa mutlak terhadap media massa perdana dan organisasi keselamatan saperti polis dan tentera.Manakala pehak pembangkang hanya berpaut kepada media alternatif dan kebolehan berceramah di seluruh negera ( itu pun kalau mendapat kelulusan pehak polis), semata-mata untuk mengaut simpati rakyat. Apa lagi bila mengingatkan bahawa PRU13 akan di adakan dalam jangka bila-bila masa.
Kes ini bermula bilamana baru-baru ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah di desak untuk memberi DNA kepada polis oleh kira-kita 50 orang yang berkumpul di depan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.- Kumpulan tersebut dilapurkan membantah keengganan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi DNA kepada polis. Menurut PR, kumpulan ini ada lah didalangi oleh pehak UMNO/BN.
Kini Pakatan Rakyat pula dijangka akan menggerakkan kempen yang dinamai ‘DNA Najib-Altantuya’ sebagai reaksi terhadap tohmahan pimpinan dan media kawalan Umno Barisan Nasional (BN) Anwar Ibrahim berkaitan isu sampel DNA.“KEADILAN akan menggerakkan kempen bertema ‘DNA Najib-Altantuya’. Kita merancang untuk memulakan kempen itu mulai minggu hadapan,” kata Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail, kelmarin.
Bercakap pada sidang media di Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen, Saifuddin(foto kanan) berkata, kempen itu berbentuk pengedaran risalah dan ceramah penerangan di seluruh negara. Turut hadir dalam sidang media itu ialah Penasihat Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua.
Dalam masa yang sama, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berkata, demonstrasi yang diadakan ahli Umno BN menuntut Anwar menyerahkan sampel DNA sebagai suatu tindakan politik yang pincang.- “Sudah jelas bahawa kes ini adalah kes politik. Ia sengaja diwujudkan untuk memberi kesan kepada pengundi pada pilihan raya akan datang,” katanya.
Sehubungan itu di Sabah, Halik Zaman yang juga memegang jawatan Teknologi Maklumat dalam Majlis Presiden PKR Sabah menyifatkan tindakan 50 orang dari GAPS dan PERKASA itu sebagai perlakuan kebudak-budakkan dan tidak mempunyai pengetahuan dari segi perundangan.Halik Zaman menasihatkan kepada ketua kumpulan tersebut, Hamidzun agar jangan campur tangan dalam urusan mahkamah.
Sumber: Agensi



March 15, 2011 11:02 AM
Apa-apa pun, saya harap kes ini akan selesai tidak lama lagi.
March 15, 2011 11:39 AM
Agak keliru dengan tajuk artikel ini. Ingatkan DNA berubah akibat dari letupan nuklear di Jepun, rupanya berkaitan dengan politik diMalaysia....
March 15, 2011 11:41 AM
Apapun, parti mana yang mahu kalah. Tapi untuk menang biarlah menggunakan cara yang salah. Apa yang penting rakyat tahu kebaikkan yang ada dalam diri kita.
March 15, 2011 1:56 PM
nampaknya isu DNA ni makin diperbesarkan.
March 15, 2011 2:42 PM
inilah masalahnya jika isu yang berlaku dipolitikkan. apa pun, harap kes ini akan dapat diselesaikan dengan seadil-adilnya.
March 15, 2011 4:10 PM
persoalannya, kenapa Anwar tidak mahu berkerjasama memberikan DNA beliau? jika benar beliau tidak bersalah, apa yang perlu beliau takut? malah memberikan kerjasama lebih baik supaya isu ini dapat diselesaikan dengan cepat dan Anwar tidak perlu lagi turun naik mahkamah..
March 15, 2011 10:38 PM
Boring pula dengan isu ni lama2. huhu
March 15, 2011 10:38 PM
Si Anwar pun... hhmmmm.. hairan.. Apapun, tunggu dan lihat sajalah apa yang bakal berlaku seterusnya nanti.
March 16, 2011 9:34 AM
Jika kita ikut perkembangan politik sudah pasti kita akan pening. Maka kita tidak perlulah ikut-ikut dengan semua ini. saling menyalahi satu sama lain mesti akan berlaku.protes sana sinilah..
March 16, 2011 10:28 AM
Isu ini semakin rumit, sampai bila lagi kes ini akan ditangguh?
March 17, 2011 12:51 PM
This case is getting more and more complicated. I wonder if it will ever ends.
Post a Comment