
Gambar hiasan rumah atas pokok
penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) baru-baru ini telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun dan kekasihnya, wanita warga Indonesia berusia 23 tahun yang mendiami pondok terbabit.Turut ditahan ialah anak saudara lelaki terbabit berusia 22 tahun yang berada dalam rumah di atas pokok itu dipercayai mengunjungi mereka.
- Dilapurakan lelaki tersebut sanggup berbelanja besar untuk mengubah suai pangkin bagi mencapai hasratnya mendirikan sebuah ‘mahligai’ di atas pokok bagi membolehkan dia tinggal sebumbung bersama kekasihnya. kediaman yang di ibarat chalet, yang lengkap elektrik, tempat tidur, televisyen dan tandas itu bertempat di Pantai Kundor, dekat Kota Melaka.
- Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jaim, Rahimin Bani, berkata apabila tiba di lokasi berkenaan pihaknya mendapati ada tangga untuk naik ke pondok dan selepas dua anggotanya naik serta mengetuk pintu, ia dibuka seorang lelaki.
- “Selepas memperkenalkan diri, anggota kami masuk ke dalam pondok terbabit dan menemui seorang lagi lelaki serta seorang wanita.
- “Apabila disoal siasat, wanita itu tiada hubungan mahram dengan kedua-dua lelaki terbabit. Wanita itu juga mengaku tinggal di dalam pondok terbabit bersama lelaki berusia 31 tahun itu yang juga kekasihnya,” katanya.
- Rahimin berkata, siasatan awal mendapati pasangan terbabit tinggal di pondok yang diubah suai di atas pokok berkenaan sejak hampir setahun lalu.
- Katanya, berdasarkan maklumat, pondok terbabit asalnya dijadikan tempat seorang ahli keluarga lelaki itu mengajar al-Quran yang meninggal dunia beberapa tahun lalu dan sejak itu pondok terbabit tidak digunakan.
- Menurutnya, lelaki terbabit yang bekerja sendiri mengubah suai pangkin berkenaan untuk dijadikan kediamannya.
Rahimin berkata, dua lelaki dan wanita warga Indonesia terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, kerana bersekediaman dengan bukan muhrim. Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya


March 21, 2011 1:38 PM
It's not exactly a tree house. As it seems to be supported by steel frame.
March 21, 2011 3:35 PM
Jabatan Agama harus lebih kerap melakukan operasi untuk membanteras kegiatan tidak bermoral. anggota masyarakat juga berperanan dalam membantu membanteras kegiatan yang tidak bermoral.
March 21, 2011 10:24 PM
hhmmm, biar di atas pokok sekalipun, kalau salah tetap juga salah.. Tengok, kan dah kantoi..
March 21, 2011 10:27 PM
Bagus jugalah kalau pemantauan sering dilakukan, at least dapat juga mencegah perbuatan sebegini.
March 22, 2011 8:43 AM
perbuatan yang benar2 tidak bermoral.
March 22, 2011 9:47 AM
Rumah atas pokok..Boleh tahan juga..semoga serbuan akan kerap dilakukan.
March 22, 2011 9:49 AM
Teruskan operasi seperti ini.
March 24, 2011 10:34 AM
Wanita warga Indonesia itu ada dokumen sah ataupun tidak?
Post a Comment