SUARA BEBAS TUARAN

KDN Beselindung Dengan Pelaksanaan Format Sijil Kelahiran?

Labels: , ,
Aktivis Masyarakat dan Hak Asasi Manusia, Datuk Patrick Sindu sarankan agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak berselingkuh atau berselindung dengan pelaksanaan format sijil kelahiran yang berbeza antara warganegara dan bukan warganegara berkuatkuasa 1 Julai 2011 bagi mengalihkan perhatian dan mengendurkan desakan rakyat Sabah agar ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (SSD).
  • Kenyataan ini Patrik ajukan ketika mengulas pengumuman Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menjelaskan bahawa inisiatif yang akan dilaksanakan melalui Jabatan Pendaftaran Negara itu melibatkan perbezaan beberapa ciri format, termasuk warna sijil; iaitu berwarna merah bagi kanak-kanak yang bertaraf bukan warganegara dan hijau bagi warganegara.
  • Bagaimanapun Patrick bersetuju bahawa taraf kewarganegaraan kanak-kanak ditentukan berdasarkan kepada taraf kewarganegaraan ibubapa semasa kelahiran tersebut berlaku; terutama bagi anak-anak PATI yang dilahirkan ketika ibu bapa mereka belum mendapat IC Projek.
Walaupun keputusan itu merupakan satu daripada 22 syor dan inisiatif yang dicadangkan oleh Makmal Khas Pengurusan Warga Asing Sabah, yang laporannya telah dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin, namun kata Patrick tidak menyelesaikan masalah PATI yang semakin meruncing di Sabah.
  • Patrick bimbang kerana begitu ramai kanak-kanak yang dilahirkan sebagai bukan warganegara dan kemudiannya disahkan sebagai warganegara Malaysia melalui proses Pengesahan Taraf Kewarganegaraan di bawah Perlembagaan Persekutuan; menyebabkan sijil kelahiran kanak-kanak berkenaan akan ditukar dengan sijil kelahiran berwarna hijau, sekalipun dicatatkan indikator yang menunjukkan perubahan status kewarganegaraan itu.
  • “Kenapa KDN membenarkan pengesahan taraf jika semasa lahir ibubapa mereka tidak memiliki sebarang dokumen sedangkan mengikut peraturan kerakyatan kanak-kanak ditentukan status ibubapa ketika kanak-kanak itu lahir dan bukannya diubah setelah ibubapa mereka mendapat IC Projek,” ujar Patrick yang mempelekehkan pelaksanaan makmal khas itu, yang dianggotai 27 pegawai dari pelbagai agensi persekutuan dan negeri berkaitan di Sabah.
Makmal Khas tersebut kata Patrick, tidak memperlihatkan kesungguhan kerajaan Persekutuan dalam menangani isu warga asing khususnya PATI, yang telah berlarutan sekian lama di Sabah dan merupakan isu yang amat dekat dengan rakyat Sabah kerana cuba melakukan penyimpangan terhadap perkara pokok iaitu penubuhan SSD.
Sumber: SabahKini
14 comments:

I'm sure the people will still keep demanding for the RCI.


langkah yang lebih berkesan mungkin diperlukan dalam menyelesaikan masalah PATI yang telah lama wujud.


Thanks Larry

For now, I must assume you're Sabahan, either residing or studying in USA. Once, I was there too.

Actually, this blog means for malay speaking surfers or commenters for that matter.
However, since your comments are in English, therefore I'm oblige to response accordingly.

Pertaining to this issue, I don't think RCI or any other equavalents will work, if the committee bearers are chosen mostly from KL. Particularly, the chairman or the main decission maker of those commission, itself.

In the mean time, why not give them chance to proceed with what ever they are doing right now.
Because at the end of the day, the truth will prevail, so to speak.
As it is, those people are supposed to be fully equipt with professionals, technology etc.


mengapa sekarang barulah hendak melaksanakan inisiatif tersebut dan bukan pada sebelumnya? adakah kerana PRU yang semakin hampir dan takut tsunami politik akan berlaku seperti pada PRU lalu? yang pasti, KDN ingin melaksanakan langkah tersebut atas sebab tertentu dan menyelesaikan PATI di sabah mungkin bukan antara sebab itu.


bagi saya, KDN cuba mengalih perhatian rakyat sabah terhadap tuntutan SSD untuk menyelesaikan isu PATI, IC projek di sabah..


lagipun, pelaksanaan format surat lahir yang berbeza antara warganegara dan bukan warganegara lebih kepada satu penyelesaian bagi isu ini di masa akan datang..bagaimana pula dengan sekarang? KDN harus sedar bahawa PATI dan ic projek sudah lama membelenggu sabah..

dan mengapa tidak menguatkuasakan serta-merta sahaja format surat lahir yang berbeza itu?


Penubuhan SSD mmg penting tapi jika ditolak, berilah penjelasan dan cara terbaik utk tanggani isu pati.


Kalau takda idea yang lebih praktikal, mungkin penubuhan SSD patut dipertimbangkan:)


bagus juga pelaksanaan format sijil kelahiran bagi membezakan status kewarganegaraan seseorang. apapun, usaha untuk mengatasi masalah PATI perlu diteruskan.


KDN perlulah serius menangani masalah PATI ini. Jangan cuba untuk tukar tajuk SSD ini. Adakah dengan perlaksanaan sijil kelahiran ini dapat menyelesaikan PATI yang sebelumnya??


Patut pelaksanaan format sijil kelahiran ini dibuat dari dulu lagi.


cadangan KDN ini boleh diteruskan tapi dalam masa yang sama KDN mestilah serius menangani masalah PATI di Sabah.


Thanks for your reply, Solymone.

Actually, we won't know for sure if something will work for sure unless they are given a chance to proceed. What we can do now is just wait and see how it goes after this.


Kita tunggu dan lihat sajalah.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails