
Masyarakat Kristian Malaysia menegaskan tidak akan mengambil 5,100 nakshah kitab Injil Bahasa Malaysia yang ditahan Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Klang atas alasan dua syarat dikenakan menghina agama mereka.Sebaliknya, Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) yang mewakili 90 peratus gereja di negara menggesa Putrajaya dengan segera menggugurkan dua syarat dikenakan Kementerian Dalam Negeri, yang membolehkan naskhah Al Kitab yang ditahan di Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuching dilepaskan.
“Ini bermakna kitab Injil dalam Bahasa Malaysia kini dilayan sebagai bahan larangan. Ini menyinggung penganut Kristian,” kata Pengerusinya Biskop Ng Moon Hing dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.- Pertubuhan itu menolak dakwaan kerajaan bahawa ia telah berkompromi. Sebaliknya ia menegaskan bahawa tidak pernah bersetuju agar disahkan kitab itu hanya bagi orang Kristian.
- Malah kata beliau, sesiapa sahaja yang menghormati kata-kata suci mana-mana agama akan tersinggung dengan tindakan seumpama itu.
- Ng menambah, pihaknya tidak akan menerima sebarang tindakan sedemikian memandangkan ia adalah dokumen “suci bagi kami.”
- Dengan merujuk kepada perintah 1982 yang dikeluarkan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, CFM berkata, tiada peruntukan dalam undang-undang yang memperuntukkan bahawa sebarang bentuk perkataan perlu diperakukan pada salinan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia.
- “Oleh itu salinan-salinan itu sudah pun diperakukan, kami tidak akan mengambil naskhah-naskhah yang dilepaskan (dari Pelabuhan Klang),” katanya lagi.
CFM berkata pihaknya menolak hujah kerajaan bahawa kitab Injil dalam Bahasa Malaysia adalah “ancaman kepada keselamatan dan kepentingan Malaysia.”Ia mengecam layanan kerajaan ke atas kitab Injil terbabit sebagai “penerbitan subversif.”



March 19, 2011 12:02 PM
Sepatutnya perkara ini tidak berlaku. Harap kerajaan akan mengendalikan isu agama dengan adil.
March 19, 2011 12:03 PM
Al-kitab bahasa Melayu bukan satu masalah untuk rakyat Sabah dan Sarawak. Harap tiada sesiapa yang sengaja membangkitkan ketegangan agama.
March 19, 2011 12:22 PM
Semoga Tuhan memberkati mereka. Ampunilah orang yang bersalah kepada kamu seperti Aku mengampuni kamu.
March 19, 2011 12:25 PM
sebaiknya perbincangan dilakukan bagi mencari penyelesaian yang terbaik.
March 19, 2011 6:16 PM
bagaimana pula kitab Injil menjadi ancaman kepada keselamatan dan kepentingan malaysia? betul2 tidak masuk akal alasan ini..
March 19, 2011 6:18 PM
al-quran tidak pula dilakukan sedemikian rupa..mengapa mendiskriminasikan agama lain selain dari islam?
March 19, 2011 6:20 PM
di mana keadilan yang diwar-warkan dalam konsep 1Malaysia?
March 19, 2011 9:00 PM
Ini barulah tanda-tanda hujung dunia. Bila manusia mula menjadikan agama sebagai isu utk diperdebatkan... huhuhu
March 19, 2011 9:03 PM
Saya hairan bagaimana mungkin kitab injil dikatakan memberi ancaman... Malah yang paling menghairankan lagi napa orang yg beragama islam boleh beranggapan sedemikian sedangkan mereka tak tahu isi kandungannya. Kalaupun dorang tahu, mcm mana dorang boleh baca???? hhmmmm, harap hal ni dapat diselesaikan dengan baik.
March 21, 2011 8:44 AM
kita harus menghormati sesama agama. harap hal ini dpt diselesaikan dgn cara baik.
March 21, 2011 9:11 AM
Mungkin ada sebab juga kenapa kerajaan melakukan perkara ini. Bagi berjaga-jaga demi masa akan datang. Sebaiknya pihak kristian bersyukur kerana KDN telah meluluskan kitab tersebut.
March 21, 2011 11:15 AM
tindakan kerajaan ini menunjukkan bahawa bahasa malaysia tidak patut dijadikan bahasa rasmi negara, dan jauh sekali untuk mengembangkan bahasa ini diperingkat antarabangsa.. sekatan keagamaan tidak patut wujud dalam sesuatu bahasa yang telahpun menjadi bahasa pertuturan untuk pelbagai kaum dan agama..
March 21, 2011 1:40 PM
This shouldn't be an issue the first place.
Post a Comment