
Gambar hiasan Presiden-presiden, Gerakan, MCA, MIC (manta)
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz di dalam Dalam temubual khas akhbar Nanyang Siang Pau; MIC, MCA dan Gerakan bukan lagi 'asset' kepada UMNO tetapi liabiliti.Dalam temu bual itu, pandangan Nazir terhadap parti-parti tersebut ada lah saperti berikut;
MIC – tidak patut diberikan peluang bertanding lagi di Perak. Akibat kekalahan parti India itu di 6 kerusi DUN Perak, BN hilang kuasa di negeri berkenaan. Oleh itu katanya jika PM Najib mahukan Cuma calon yang berupaya menang, maka semua kerusi MIC Perak itu perlu diserah kembali pada Umno
MCA – menurut terjemahan akhbar berbahasa Inggeris: “.........aggrieved women and a wife who complains all day long that she was being abused but yet does not want to divorce her husband” (Seorang wanita yang bermasalah dans eorang isteri yang saban hari mengadu yang ia didera suaminya namun tidak mahu menuntut cerai).Dalam erti kata lain MCA terlalu celupar mulutnya mengkritik Umno dan BN, sepatutnya ia keluar sahaja dari BN!
Gerakan – hanya ada kekuatan di peringkat Pusat tetapi tiada kekuatan akar umbi. Maksudnya setelah tewas dalam PRU ke 12 khasnya di Pulau Pinang, Selangor dan Perak, Gerakan sudah pupus meninggalkan cuma pemimpinnya diperingkat Pusat.
Dalam pada itu, pendapat Nazeri itu tidak menyenangkan MCA. Dikatakakan, tidak bertanggungjawab terhadap sentimen parti-parti yang lain dalam komponen BN, termasuk MCA.Dalam masa yang sama, para pemimpin MCA ketika menyentuh laporan Siang Nanyang Pau itu, berkata bahawa Nazri membandingkan MCA sebagai "seorang isteri yang mengeluh sepanjang hari bahawa dia sedang diseksa, diperkosa dan tidak diberi cukup makanan, tetapi belum tidak mahu menceraikannya suami. "
Walau macammana pun, ketika ditanya sama ada MCA telah bercakap dengan Perdana Menteri atau wakilnya tentang masalah ini, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen (salah seorang naib presiden MCA) berkata "Saya telah bercakap dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dia mengatakan hal itu ada lah pandangan peribadi Nazri dan bukan Barisan atau UMNO's. "



March 28, 2011 12:06 PM
Nazri is entitled to give his opinion. Its up to the people to decide if they agree or not.
March 28, 2011 1:37 PM
seharusnya semua parti mengukuhkan kerjasama untuk meningkatkan kekuatan.
March 28, 2011 3:21 PM
semua parti dalam BN kena bersatu.
March 28, 2011 3:32 PM
bersedia berubah dan menerima perubahan. mengkritik tidak bererti menentang. memuji tidak semestinya menyokong. menegur tidak bermakna membenci.
March 29, 2011 8:16 AM
Kita tidak boleh menjangka kekalahan atau kemenangan. Apa yang mampu dilakukan hanya usaha oleh setiap pemimpin. MIC, MCA dan GERAKAN berusaha untuk memberikan yang terbaik, tapi mungkin ada sebab kenapa rakyat tidak memberi sokongan. Adakah kerana BN atau komponannya??Kita sendiri tidak pasti.
March 29, 2011 9:23 AM
Liability or not, these parties should buck up.
Post a Comment