
Pada Sidang Dewan Rakyat baru-baru ini, AHLI Parlimen Malaysia (Tuaran), Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing telah bertanya kepada Menteri Dalam Negeri melalui soalan ke 22 (PR-000-L41885) yang meminta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan lanjut yang dilaksanakan oleh Kerajaan ke atas memorandum bertarikh 14 Disember 2010 mengenai dengan IC Projek di Sabah yang beliau telah sampaikan kepada Kementerian pada bulan Disember yang lalu.
Untuk menjawab pertanyaan Mojilip, KDN menyatakan bahawa setelah kajian dijalankan ke atas memorandum tersebut, didapati ianya melibatkan isu-isu keselamatan dan kewarganegaraan. Maka kementerian memerlukan sedikit masa lagi untuk menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengumpulkan maklumat yang berkaitan untuk tindakan sewajarnya.- Sekiranya terbukti berlaku penyelewengan seperti yang didakwa oleh Mojilip, Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan akan mengambil tindakan tegas berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.
- Namun demekian, MP Tuaran tersebut merasa kecewa dengan tindakan tidak bertanggung jawab Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang gagal menjelaskan tindakan Kerajaan Melaaysia berhubung Memorandum yang beliau kemukakan pada 14 Disember 2010.
- Jawapan tersebut ada lah hambar dan kosong, seolah-olah KDN bertindak saperti membuang ‘air kecil’ di dalam Dewan Rakyat tanpa menghiraukan 221 ahli dewan lain yang sedang memerhati, kata Mojilip
Menurut Wilfred Mojilip, dengan hanya jawapan sambil lewa tersebut, jelas terbukti Kerajaan Malaysia cuba menyembunyikan sesuatu ‘X-Files’ daripada rakyat Malaysia yang selama ini umpama ditipu oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sejak 1970-an.
Selanjutnya kata MP Tuaran , KDN telah dibekalkan dengan bukti secukupnya, dalam usaha membantu mereka mengambil tindakan; termasuk beberapa buku yang komprehensif; laporan polis yang dibuat oleh Datuk Dr Jeffrey Kitingan; Kajian Suhakam Sabah dan hasil penyelidikan beberapa individu; dan ada juga yang telah diputuskan oleh mahkamah, terutama dalam Petisyen Pilihanraya Likas; namun KDN masih ‘terawang-awang’ mencari jawapan yang direka-reka oleh menteri KDN dahulu sehingga kini.
Sumber: SabahKini
March 11, 2011 11:13 AM
Hope that the issue relating to Project IC can be resolved.
March 11, 2011 1:56 PM
semua pihak haruslah serius dalam menangani masalah ini. rakyat sentiasa berharap penyelesaian terhadap masalah ini akan dapat dibuat.
March 11, 2011 2:08 PM
usaha untuk selesaikan masalah ini seharusnya disokong.
March 11, 2011 3:14 PM
Sebaiknya KDN menjalankan pembenterasan IC palsu dan juga PATI ini secepat yang mungkin. Jangan biar rakyat kecewa dengan KDN yang tidak ambil serius perkara ini.
March 11, 2011 3:56 PM
Siapa2 pun kecewa jika tidak ada tindakan yang dilakukan.
March 11, 2011 3:57 PM
Ingat rakyat akan marah dan akan melakukan apa sahaja jika isu ini tidak diselesaikan dengan cepatnya.
March 11, 2011 6:44 PM
amat megecewakan..apakah menteri berkenaan cuba untuk menyembunyikan sesuatu bagi 'menyelamatkan' pihak tertentu?
March 11, 2011 6:46 PM
jika sudah tahu ianya isu2 keselamatan dan kewarganegaraan, seharusnya pihak KDN harus mengambil tindakan segera dan bukannya mencari pelbagai alasan..
March 11, 2011 6:47 PM
rakyat sabah betul2 KECEWA dengan menteri KDN, pihak kementerian dan kerajaan berhubung dengan isu ini..
March 11, 2011 6:49 PM
"Maka kementerian memerlukan sedikit masa lagi untuk menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengumpulkan maklumat yang berkaitan untuk tindakan sewajarnya."
apakah yang KDN buat dalam belasan tahun lalu? seharusnya tindakan perlu diambil sekarang dan bukannya kajian itu ini yang sebenarnya tiada..
March 11, 2011 7:56 PM
Dalam situasi yang begini rumit lagi komplek ini, kadang-kadang saya terfikir ada kah Mojilip akan dapat menyelesaikan masaalah ini dalam kadar yang segera kalau beliau dilantik sebagai KDN?
Tanpa menyebelahi kepada mana-mana pehak, saya rasa kerja-kerja administrative dengan mengambil kira 'political consideration', ' Racial integration' dan 'country overall security' bukan lah begitu mudah untuk menyelesai isu ini dalam kadar yang segera saperti yang kalian jangka kan.
So, saya syorkan kepada kalian untuk memberi pendapat disini cara-care menangani isu ini secara rasional ( non-emotional), pratikal lagi sesuai untuk semua kaum yang berbilang bangsa dan agama disini?
Salam
March 12, 2011 9:19 AM
isu ini bukan lah isu yang baru. KDN sepatutnya telah sedia maklum dengan masalah ini memandangkan pelbagai pihak telah berkali2 mendesak kementerian berkenaan untuk tampil menoktahkan masalah ini. tetapi sehingga hari ini mereka masih dengan alasan2 untuk terus menangguhkan tindakan penyelesaian terhadap masalah ini. jadi inilah masanya untuk kita mendesak kementerian berkenaan untuk bertindak memandangkan ianya semakin kritikal sehingga ada individu yang berani mengiktiraf dirinya sebagai sultan sulu. walauapapun alasan kementerian, semua itu sepatutnya telah dirangka dan tersedia awal seawal isu ini mendapat perhatian di media. tambahan, cadangan penyelesaian juga telah dikemukakan oleh ramai pihak.
March 12, 2011 10:27 AM
Hope that the KDN will increase their efforts in solving this problem.
March 13, 2011 9:07 PM
Memang agak mengecewakan. Hhhmm, semoga isu ini akan diberi perhatian sewajarnya.
March 13, 2011 9:09 PM
Tindakan drastik dan usaha berterusan patut dilakukan bagi memastikan isu projek ic ditanggani secepatnya.
March 14, 2011 2:21 PM
The project IC issue must be looked into before it became worst. Please take actions.
March 15, 2011 11:19 AM
Harap pihak berkuasa tidak akan menangguhkan isu ini. Perkara ini patut diselesaikan sebelum ia menjadi lebih kritikal.
Post a Comment