SUARA BEBAS TUARAN

NGO Islam Gesa Kumpulan Kristian Mohon Maaf Ekoran Isu Al Kitab?

Labels: , ,

Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), bukan kerajaan, menuntut kumpulan masyarakat Kristian supaya memohon maaf kepada umat Islam ekoran pelbagai kenyataan dalam isu kitab Injil dalam Bahasa Malaysia, yang sebahagiannya didakwa telah menggores umat Islam.
Selain itu, Pembela juga berpendapat bahawa kumpulan 35,100 Alkitab tidak patut dibenarkan untuk edaran kerana bercanggah dengan undang-undang negara ini.
  • Minggu lalu kerajaan membolehkan pelepasan naskhah Alkitab yang ditahan di Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuching tanpa dikenakan dua syarat iaitu tag dan nombor bersiri. Sebaliknya ia akan dikeluarkan dengan dicap “Untuk Kristian” sahaja.
  • Menurut Pembela, Keputusan awal kerajaan sudah merupakan satu kompromi yang sebenarnya sudah melampaui peruntukan-peruntukan ini.
  • Sikap keras dan degil pihak Kristian terhadap keputusan awal kerajaan ini adalah sangat mendukacitakan, kata Pembela dalam satu kenyataan dikeluarkan petang kelmarin.
  • Pembela berkata, lebih-lebih lagi jika diambil kira kitab al-Quran sendiri dikawal cetakan dan sebarannya oleh Kementerian Dalam Negeri, mendakwa prosedur biasa itu sebagai satu kesalahan besar yang mencemar kesucian Kristian dan Alkitab adalah satu tuduhan liar dan tidak bertanggungjawab.
  • Dalam kenyataan itu, Pembela juga menyeru agar kumpulan-kumpulan Kristian menghentikan pendekatan konfrontasi, sebaliknya menggunakan saluran perbincangan yang ada seperti Jawatankuasa Kerja Mempromosi Persefahaman Keharmonian Antara Penganut Agama yang ditubuhkan oleh kerajaan.
  • Pembela menegaskan, bahawa jikalau puak kristian berterusan hendak mengambil pendekatan konfrontasi dan garis keras, Pembela mungkin mengambil keputusan untuk menarik diri daripada jawatankuasa tersebut, kata Pembela dalam kenyataan di bawah tajuk “mempertahankan kedaulatan Islam di Malaysia dalam menangani isu kitab Injil Bahasa Melayu.”
  • Pembela berkata, kenyataan ini dibuat memandangkan sikap kumpulan-kumpulan Kristian akhir-akhir ini yang terlalu provokatif dan melampau-lampau dalam menangani isu kitab Injil dalam Bahasa Malaysia.
Gabungan Pembela adalah dianggotai 19 badan bukan kerajaan, ia itu Angkatan Belia Islam Malaysia, Gerak Massa Malaysia, Ikatan Badan Amal Islami Wilayah Persekutuan, Ikatan Muslimin Malaysia, Institut Pengajian Tradisional Islam, Persatuan Muslimat Interaktif, Institut Islam dan Pengajian Strategik, Kesatuan Pondok Islamiah Malaysia, Persatuan al-Hunafa, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Persatuan Ulama Malaysia, Persatuan Al-Hidayah, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia, Pusat Penyelidikan dan Maklumat Islam, Teras Pengupayaan Melayu, Yayasan Kubra dan Yayasan Sofa.
  • Pembela berkata, pihaknya menegaskan kepada semua pemimpin politik tanpa mengira parti agar jangan sekali-kali menggadaikan kedaulatan Islam kerana tekanan sokongan politik.
  • Pembela juga berkata pihaknya juga sangat tidak selesa dengan pendekatan membiarkan para pemimpin bukan Islam yang ke hadapan menjadi jurucakap bagi pihak kerajaan mahupun pembangkang dalam isu ini.
  • Oleh kerana ianya melibatkan isu Islam, sepatutnya pemimpin beragama Islam lebih terkehadapan dalam menangani isu ini, kata Pembela.
  • Menurut Pembela, pemimpin bukan Islam nampaknya sering berlebih-lebihan dan kurang berhati-hati dalam kenyataan-kenyataan yang dibuat, sapertimana yang dilafazkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala (foto kanan) dan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua baru-baru ini. Kenyataan berkenaan pelepasan Alkitab dikeluarkan oleh Idris bagi pihak Kabinet.
  • Pembela berkata, pihaknya juga menegaskan pengundi majoriti di negara ini adalah umat Islam dan berdasarkan senario mutakhir ini, “kami memutuskan untuk menggerakkan kempen kesedaran di kalangan pengundi Islam di negara untuk menolak mana-mana pemimpin yang terlalu berkompromi dengan prinsip kedaulatan Islam di Malaysia.”
  • “Untuk tujuan itu, kami akan memantau serius setiap kenyataan dan tindakan setiap tokoh politik dalam isu-isu seumpama ini,” katanya lagi.
  • Pembela juga akan mengemukakan satu memorandum khas berkenaan isu ini kepada pihak Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu.
  • Kata Pembela, pihaknya ingin mempersoalkan sampai ke tahap mana mereka hendak memprovokasi dan memanipulasi isu Alkitab dan adakah mereka tidak sedar bahawa tindakan mereka ini amat menghiris perasaan umat Islam.
Pembela menuntut agar kumpulan-kumpulan Kristian terbabit kembali menghormati persefahaman yang ada di kalangan penganut agama yang berdasarkan Perlembagaan negara, peruntukan undang-undang dan pelbagai keputusan-keputusan rasmi.
Ini termasuklah Artikel 3(1), 11(4) dan enakmennya, Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam isu kalimah Allah, larangan Mahkamah terhadap penggunaan kalimah Allah selagi rayuan belum diputuskan, dan keputusan Kabinet 1986 tentang import masuk kitab Injil berbahasa Malaysia.
  • Sumber: The malaysian Insider
17 comments:

hal ini kena diselesaikan dngn cara baik bagi mengelak wujud ketegangan.


harap isu ini akan selesai dengan baik. semangat perpaduan dan saling menghormati perlu sentiasa diamalkan.


Mungkin ada sebab kenapa buku ini hanya untuk kristian sahaja. Apa pun kita haruslah mempunyai minda terbuka.


Saya rasa masalah ini tidak perlu lagi diperbesarkan. Kita mahukan keamanan.


Ngo Islam yang cuba mengeruhkan keadaan ini patut datang ke Sabah untuk memahami bagaimana NGO Islam disini hadapi situasi yang rumit lagi komplek ini.

Seada nya, kes ini tidak pun disibuk-sibuk kan disini!! Makna nya rakyat Sabah memahami pendirian dan hak masing2 di kalangan mereka.

For that matter, I strongly believe ( in various way), 'Sabah is truthfully still leading the way'. InsyaAllah


Religion shouldn't be made into an issue in the first place.


I hope this issue will be solved in a good way. God bless to both Muslims and christian!


Couldn't agree more on your comment SOLYMONE.


“mempertahankan kedaulatan Islam di Malaysia dalam menangani isu kitab Injil Bahasa Melayu.”

Kalau saya tidak silap. Di sekolah hanya diajar Bahasa Malaysia bukan Bahasa Melayu. Melayu merujuk kepada bangsa. Bahasa Malaysia merujuk kepada bahasa kebangsaan / bahasa rasmi di M'sia.

Jadi, setiap lapisan masyarakat di M'sia berhak mgguna Bahasa Malaysia sebgai bahasa pengantar. Pada pendapat saya, tidak menjadi masalah jika Bible dalam Bahasa Malaysia.


Freedom of religion and religious acceptance is what we practiced in this country, especially in Sabah. This sort of religious conflicts should not even be happening here.


NGO islam (pembela) tersebut patut diharamkan kerana menghasut dan mengugat kestabilan, keamanan dan keselamatan negara...


"...Pembela berkata, pihaknya juga menegaskan pengundi majoriti di negara ini adalah umat Islam dan berdasarkan senario mutakhir ini, “kami memutuskan untuk menggerakkan kempen kesedaran di kalangan pengundi Islam di negara untuk menolak mana-mana pemimpin yang terlalu berkompromi dengan prinsip kedaulatan Islam di Malaysia.”

adakah ini adalah satu ugutan kepada warganegara bukan islam sebagai pengundi di negara ini? amat tidak bertamadun sikap Pembela...


lebih baik kerajaan segera mengharamkan pertubuhan NGO tersebut (pembela)..jika dibiarkan maka akan mengugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini..


saya amat bersetuju dengan hujah sdr. smookiekins dan sdr. solymone...

yang melampau-lampau sebenarnya di sini adalah Pembela..mengapa pula kristian harus meminta maaf ekoran isu alkitab? lagipun setahu saya isu tersebut sudah ada penyelesaian..nampaknya Pembela sengaja mengeruhkan keadaan dan sengaja menghasut masyarakat islam agar membenci agama lain di malaysia..

pihak kerajaan khasnya kementerian dalam negeri harus segera mengambil tindakan di bawah ISA terhadap Pembela untuk kesejahteraan, keselamatan dan keamanan negara terjamin..


Jangan terlalu taksub sehingga terlupa yang kita berada di bawah bumbung yang sama (M'sia). Bahasa M'sia adalah bahasa rasmi / bahasa kebangsaan bukan hanya diguna untuk, atau berhak pleh segolongan masyarakat / bangsa / agama sahaja tetapi setiap warganegara M'sia berhak mengguna bahasa M'sia sebagai bahasa pengantar, samada dalam percakapan atau penulisan.

Diharap rakyat Sabah tidak terlalu memandang berat isu ni. Kita Sabahan tahu & memahami pendirian & hak masing2.

Jangan salah konsep BM adalah Bahasa M'sia yang diajar di sekolah & menjadi bahasa rasmi setiap bangsa di M'sia, bukan Bahasa Melayu sebab Melayu merujuk kepada bangsa. Kalau sudah salah konsep inilah jadinya. Semualah dia punya, orang lain tidak boleh @ tidak berhak guna/pakai.


siapa yang lebih dulu bertindak menghiris perasaan antara kedua belah pihak?? isu ini timbul berikutan penahanan AlKitab serta penggunaannya dalam Bahasa Malaysia. jika penggunaan bahasa itu dijadikan isu penahanan AlKitab ini, kerajaan tidak patut menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara dan bahasa ini tidak perlu diajar disemua sekolah yang terdapat di Sabah dan Sarawak.. apa2pun saya harap isu ini akan dapat diselesaikan secara aman dan tidak akan menjejaskan hubungan antara pengatut agama Islam dan kristian bukan sahaja di Sabah dan sarawak malah seluruh negara.


isu seperti ini harus diselesai dengan cara yang baik oleh pihak yang berkenaan supaya tidak bertambah serius.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails