Parti pembangkang dari Semenanjung Malaysia tidak mempunyai perasaan kasih sayang yang mendalam terhadap negeri Sarawak kerana mereka hanyalah orang luar yang mahu merampas pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN), demekian kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam.
Parti luar yang dimaksudkan oleh Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), ialah Parti Islam SeMalaysia (PAS), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang datang ke negeri ini untuk merubah pentadbiran BN yang selama ini berjaya membentuk dan membangunkan Sarawak.- Kata beliau, mereka bukanlah anak jati Sarawak. Mereka orang luar. Mereka tidak sayangkan Sarawak seperti pemimpin BN kelahiran Sarawak. Mereka datang untuk merampas kuasa kita (BN).
Menurut Dr Chan selanjutnya, kemunculan parti-parti pembangkang yang baru khasnya dari luar Sarawak tidak harus dipandang ringan oleh parti BN untuk mempertahankan kerusi-kerusi yang dipertandingkan.
Justru itu, sekarang ini merupakan tempoh yang sukar untuk BN Sarawak. Oleh itu kita SUPP perlu bekerja dengan lebih kuat lagi jika kita mahu menang semula, tegas Dr Chan.


March 22, 2011 1:18 PM
It's up to the people themselves to decipher PKR's intentions.
March 22, 2011 1:56 PM
Sabah dan sarawak lebih baik ditadbir oleh parti tempatan.
March 22, 2011 4:17 PM
Rakyat kena memilih dengan tepat parti yang terbaik untuk memimpin.
March 22, 2011 11:57 PM
Whateverlah.. Pandai2 lah rakyat menilai perkara ini.
March 22, 2011 11:59 PM
Jadi rakyat harus buat pilihan yang tepat dalam memilih pemimpin yang terbaik:)
March 23, 2011 8:42 AM
terserah kepada rakyat membuat pilihan. buatlah pilihan dengan bijak.
March 23, 2011 9:45 AM
kenyataan Abdul Hadi Awang, Presiden PAS seperti dibawah:
“Semua pilihan raya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina, tetapi tempat yang pakai molek, undi PAS.”
kenyataan ini membuktikan bahawa pakatan tidak sensitif dengan budaya dan kepelbagaian kaum di Sarawak. tentu rakyat Sarawak masih ingat dengan kenyataan ini...
March 23, 2011 10:30 AM
Benar, parti BN anak tempatan sendiri yang tahu apa utnuk Sarawak. Mereka lebih menyayangi Sarawak dari parti luar seperti PKR, PAS dan DAP. Kerana mereka hanya inginkan kuasa dan bukan untuk rakyat Sarawak..Tapi untuk memerintah negara..Lepas itu kemanakah kita rakyat Sarawak??Dibiar begitu saja..
March 24, 2011 10:32 AM
Harap rakyat Sarawak pandai membuat penilaian sendiri.
Post a Comment