
Ingatkan UBF, SAPP serta NGO yang lain sahaja yang sibuk memperjuangkan masaalah tanah rakyat di Sabah ini. Nampak nya PAS pun telah mula mengorak langkah kiri bersama yang lain dalam perjuangan ini.
Baru-baru ini, PAS telah menubuhkan satu lagi badan NGO yang dinamakan Pembela Tanah Rakyat Sabah (TABAH), bertujuan untuk membantu menyelesaikan masalah tanah rakyat Sabah dengan.
Menurut sumber, TABAH akan berperanan untuk menerima aduan dan membuat pembelaan terhadap isu-isu tanah terutama tanah NCR yang menghimpit rakyat Sabah. Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub.
Sebelum ini, PAS juga telah mengadakan Himpunan Isu Tanah Rakyat Sabah (HEMPAS) di Sandakan tahun lalu bagi menjelaskan dan mendapat maklum balas rakyat Sabah berkenaan isu tanah yang banyak diserahkan kepada kroni pemimpin BN.
Sumber: SabahKini
Baru-baru ini, PAS telah menubuhkan satu lagi badan NGO yang dinamakan Pembela Tanah Rakyat Sabah (TABAH), bertujuan untuk membantu menyelesaikan masalah tanah rakyat Sabah dengan.Menurut sumber, TABAH akan berperanan untuk menerima aduan dan membuat pembelaan terhadap isu-isu tanah terutama tanah NCR yang menghimpit rakyat Sabah. Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub.
- Menurut Presiden TABAH, Hisyamuddin Sulaiman, dengan pelancaran TABAH ini, akan dapat mengelak rakyat Sabah tertindas di bumi sendiri dan memiliki tanah sendiri untuk mencari rezeki.
- Dilapurkan bahawa Kes aduan tanah sabah adalah yang tertinggi diadukan kepada SUHAKAM. Sebanyak 977 kes tanah cukup menggambarkan betapa kroniknya masalah tanah di Sabah.
- Sebelum ini, PAS telah menubuhkan beberapa NGO yang khusus untuk membela tanah rakyat secara tersusun seperti penubuhan ANAK bagi membela peneroka Felda, BAPA untuk membela peserta FELCRA, Alumni kakitangan FELDA juga dengan hasrat untuk membantu generasi kedua dan ketiga FELDA.
- Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, rakyat Sabah perlu diberi kesedaran tentang pentingnya tanah dan hak mereka supaya mereka tidak ditipu oleh pihak-pihak yang berkepentingan dengan mengadai tanah-tanah rakyat dan diberikan kepada taukeh-taukeh besar.
- Dalam masa yang sama, beliau juga berharap, rakyat Sabah tetap tabah bersama TABAH memperjuangkan hak pemilikan tanah demi masa depan anak cucu mereka.
Sebelum ini, PAS juga telah mengadakan Himpunan Isu Tanah Rakyat Sabah (HEMPAS) di Sandakan tahun lalu bagi menjelaskan dan mendapat maklum balas rakyat Sabah berkenaan isu tanah yang banyak diserahkan kepada kroni pemimpin BN.Pandangan Penulis
Kalau difikirkan sejak akhir-akhir ini, sebilangan badan NGO dan parti-parti politik yang berhaluan kiri telah membangkitkan bahawa terdapat banyak penyelewengan dan pencorobohan hak–hak milik tanah rakyat Sabah di sana sini.Ini termasuk kes yang melibatkan pencerobahan kerajaan negeri terhadap hak-hak tanah rakyat pedalaman di Sook, Telupid, Ranau, Kota Belud, Pantai Timor sabah dan banyak lagi.
- Sedangkan dalam kes mahkamah baru-baru ini, di putuskan bahawa tindakan agensi kerajaan dalam isu pencorobohan ini ada lah salah.
- Kadang-kadang saya merasa aneh, kenapa kes saperti ini hanya di perjuangkan oleh badan-badan bukan kerajaan atau pun parti pembangkang. Sedangkan kerajaan negeri sendiri mempunyai banyak parti dalam kompenen BN yang dipilih oleh rakyat semata-semata untuk membela nasib mereka melalui kuasa yang ada.
- Terutama sekali dalam membantu rakyat untuk menghalang aktiviti pencorobohan dan seterusnya rampasan tanah rakyat oleh kerajaan atau pun kroni-kroni mereka yang kini sedang berleluasa.



March 16, 2011 10:27 AM
Kita tengoklah bagaimana nanti.
March 16, 2011 10:58 AM
Apa pula langkah yang dibuat oleh TABAH untuk menyelesaikan masalah tanah yang ada kini??
March 16, 2011 12:59 PM
PAS juga perlu selesaikan masalah ditempat sendiri dimana 100 penduduk di Kampung Serian bakal kehilangan 880 hektar tanah yang akan diambil oleh kerajaan kelantan untuk diserahkan kepada syarikat swasta. sebelum ini juga penduduk kampung yang sama telah kehilangan 400 hektar tanah yang dirampas oleh kerajaan negeri tanpa sebarang pampasan.
March 16, 2011 1:11 PM
Terima kasihlah kepada parti ini kerana sanggup untuk berjuang dengan rakyat tentang masalah tanah. Ingatkan PAS hanya akan berjuang untuk agama di negeri ini. Kerajaan sendiri telah berusaha untuk menangani masalah ini.
March 16, 2011 1:14 PM
nampaknya isu tanah ni dah menjadi tarikan PAS untuk dapatkan sokongan.
March 16, 2011 1:47 PM
Tidak payahlah PAS masuk campur.
March 16, 2011 8:48 PM
tidak perlulah PAS sibuk2 memperjuangkan hak tanah di sabah sedangkan di kelantan sendiri isu tanah orang asli tidak diselesaikan..
March 16, 2011 8:48 PM
jelas di sini bahawa PAS hanya sekadar mencantikkan imej mereka di mata rakyat sabah..lebih2 lagi dengan ura2 kononnya PRU semakin hampir..
March 16, 2011 8:50 PM
isu tanah di sabah berkait rapat dengan adat dan kepercayaan yang tidak mungkin akan difahami oleh pucuk pimpinan PAS..
sudah-sudahlah berlakon semata-mata untuk kepentingan politik.
March 17, 2011 10:38 AM
Berminat sungguh PAS dengan isu masalah tanah rakyat Sabah. Pada pendapat sy, PAS tidak ikhlas. PAS cuma mahu memperkembangkan pengaruh parti ke Sabah. Tp sejauh mana hal ini boleh mempengaruhi rakyat Sabah? PRU 13 penentunya.
March 17, 2011 12:50 PM
Let PAS try. Whether they succeed in gaining the people's support depends on their own abilities.
Post a Comment