SUARA BEBAS TUARAN

Pemberian Bantuan Kepada Rakyat Ketika Kempen Pilihan Raya Bukan Rasuah?

Labels:

Bantuan yang disampaikan kepada rakyat menjelang pilihan raya kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, adalah sebagai memenuhi manifesto atau janji yang dibuat kerajaan jika menang pilihan raya.
Bantuan segera ini tidak boleh ditakrif sebagai rasuah.
Kita juga tak boleh nak hentikan pemberian ini sebab kita akan bagi juga selepas itu (pilihan raya)," katanya ketika menjawab pertanyaan Ab Azizi Ab Kadir (PKR-Ketereh) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
  • Ab Aziz dalam soalannya ingin tahu sama ada pemberian bantuan segera ketika pilihan raya atau pilihan raya kecil merupakan satu bentuk rasuah dan adakah kerajaan bercadang menghentikan bantuan seumpamanya ketika kempen pilihan raya.
  • Sementara itu, Nazri berkata, kerajaan menanggung kos lebih RM11 juta bagi melaksanakan 16 pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum ke-12 pada 2008.
  • Katanya, perbelanjaan yang besar diperlukan bagi menampung kos dan perkhidmatan bagi setiap pilihan raya kecil seperti pengangkutan, tempat tinggal, makanan dan minuman.
  • Menurut nazri, anggaran kos yang digunakan bagi menjalankan pilihan raya kecil ialah antara RM318,000 dan RM1,290,000 bergantung kepada kawasan pilihan raya yang terlibat dalam pilihan raya tersebut.
Mengenai kemenangan BN bagi pilihan raya kecil yang dianggap 'tidak halal' selain melaksanakan projek 'mee segera' dan memberikan 'durian runtuh' kepada rakyat semasa pilihan raya kecil, Mohamed Nazri berkata projek itu bukan bersifat 'disegerakan' sebaliknya ia dipercepatkan semasa pilihan raya kecil kerana telah terdapat peruntukan yang ditetapkan.
Beliau berkata kerajaan sentiasa melaksanakan projek yang membolehkan rakyat di negeri yang terbabit menerima manfaat dengan segera.
Sumber: Bernama
13 comments:

Jadi PR pun bolehlah bagi bantuan kepada rakyat dalam kempen pilihanraya kerena itu tidak salah. Jangan asyik mencari kesalahan orang lain saja.


apa pun, pastikan setiap janji yang diberikan ditunaikan.


Diharapkan rakyat membuat penilaing dengan bijak.


Semoga semua janji2x kerajaan ditunaikan


Salam Kalian, thanks.
Bagi saya, tidak kira siapa pun, perbuatan yang menyalah gunakan kuasa itu tetap satu tindakan yang salah. Strategi ini ada lah sinonim dengan gejala rasuah.

Tidak perlu dicontohi, kerana untuk membetulkan kelakuan yang salah itu, akan memberi kesan tindak balas negatif yang dahsyat disamping mengelirukan pemikiran anak-anak muda kita di masa akan datang.

Yang baik itu ada lah benar dan yang salah tetap salah.
Fikir-fikir kan lah.


Bantuan perlu diberikan kepada mereka yang memerlukan. Jadi janganlah diberikan alasana kerana ini adalah untuk rasuah.


Untuk mengelakkan sebarang tuduhan yang tidak sehat, bantuan yang telus untuk membantu rakyat susah saperti bantuan, zinc, tangki air, pengaspalan jalan dll, boleh di buat sebelum pilihan raya.

Kalau benar-benar jujur kenapa mesti dilakukan pada hari itu? Kenapa tidak sebelum nya? Atau mungkin para perancang peruntukan sibuk dengan hal-hal peribadi masing-masing sebelum PR.
Fikir-fikrikan lah


Bantuan seharusnya telus & ikhlas.


Don't let these 'aids' influence your votes.


Your vote is yout rights


kebiasaannya pada waktu2 ini lah para pemimpin dapat melihat dengan lebih jelas dan dekat apa masalah rakyat dikawasan itu. malah, rakyat juga akan menggunakan peluang ini untuk menuntut apa sahaja kekurangan yang ada di kawasan mereka.


walaupun bantuan2 seperti jalan, zink, masjid atau apa sahaja bentuk bantuan diberikan sebelum pilihanraya diumumkan, rakyat akan tetap menuntut apa sahaja yang boleh dituntut kerana inilah peluang bagi mereka memperolehi lebih dari 100% bantuan kerajaan.


Bantuan yang diberi jangan ada niat di sebaliknya pula.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails