SUARA BEBAS TUARAN

PENGARAH JKR SABAH LUPA JANJI?


Pengurusi Tenom Chinese Chamber of Commerce (TCCC), Datuk Teo Ming Chung(foto kanan) kini mengulangi gesaannya yang pernah dilakukannya sekitar Julai, 2010 berhubung keuzuran Jambatan Tenom Lama atau lebih dikenali Jambatan Tun Mustapha kepada Jabatan Kerjaraya Sabah; namun sehingga kini tidak ada tanda-tanda jambatan tersebut diselenggarakan.

Jambatan usang selalu dilalui lebih 100 lori balak sehari, sedangkan tiang jambatan telah mengalami runtuhan tebing sehingga dinaiki air Sungai Padas.
  • Jambatan yang dimaksudkan dibina ketika era kerajaan USNO sekitar tahun 1970-an sering menjadi tohmahan rakyat di kawasan Kemabong dan Tenom kerana sejak ia dibina, ketahanan fizikal jambatan itu tidak pernah diuji mahupun diselenggara.
  • Teo kesal kerana janji Pengarah JKR Datuk Ir. John Anthony(foto kanan) akan mengusahakan peruntukan berjuta ringgit untuk menyelenggarakan jambatan tersebut, malangnya janji itu tidak tepat kerana sehingga sekarang nampaknya terus senyap sahaja.
  • “Pengarah JKR datang ke sini memeriksa keadaan jambatan tersebut dan dia memberitahu saya yang JKR akan berusaha dapatkan peruntukan untuk menyelenggara jambatan itu.
  • Tetapi sampai sekarang tiada apa-apa mereka lakukan,” kata beliau sebagai mengulas kenyataan pegawai itu pada 23 Julai 2010 yang memberi jaminan bahawa pihak JKR Sabah akan mengambil tindakan serius selepas kenyataan Teo terpampang di dalam media yang melaporkan bahawa jambatan tersebut mengalami keuzuran serius dan perlu diperiksa seterusnya diselenggarakan.
Bagaimana pun Teo yang telah mengintai janji tersebut hampir setahun lamanya merasa kecewa dan tidak berpuas hati terhadap sikap yang ditunjukkan oleh JKR Sabah kerana tidak ada satu pun tindakannya dibuat selepas itu yang disifatkannya seolah-olah sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’.
  • Dalam pada itu, Teo menegaskan bahawa, ramai rakyat di kawasan Kemabong dan Melalap bimbang akan keselamatan mereka ketika melalui jambatan tersebut yang dibina lebih 30 tahun lalau (dibina ketika era kerajaan USNO), namun sepanjang usia itu ia tidak pernah diselenggarakan.
  • Tambahnya lagi, sedangkan kenderaan yang menggunakan jambatan tersebut bukan sahaja tertumpu kepada kenderaan kecil daripada Sipitang, Sarawak dan Brunei malah ia turut dilalui kenderaan besar bermuatan tinggi seperti lori pengangkut balak.
Sumber: SabahKini
14 comments:

jambatan tersebut harus diselenggara bagi menjamin keselamatannya.


penjelasan perlu diberikan berhubung dengan pekara ini.


harap jambatan tersebut akan dapat diselenggarakan seperti yang diinginkan.


Nampaknya JKR sabah perlu menyelesaikan masalah jambatan yang bermasalah ini. Kerana ini boleh mengancam pengunanya.


A promise is a promise. It should have been fulfilled years ago!


JKR should get the bridge fix immediately!


Janji terang bulan ka ni pengarah JKR. Jangan mkn duit peruntukan. Tunaikan la janji.


Sebelum perkara yang tidak diingini berlaku maka pihak berkuasa perlulah menangani masalah ini secepat mungkin.


JKR should fulfill their duty.


apa pula maklumbalas dari pengarah JKR sabah?


seharusnya tindakan segera harus diambil sebelum sesuatu yang buruk akan berlaku..harus diingat bahawa bukan pengarah JKR yang akan menerima musibah tetapi pengguna jambatan tersebut..oleh itu, sebagai pihak yang bertanggungjawab maka adalah wajar masalah ini diatasi segera...


diharap pihak berkenaan akan memberikan respon dan bertindak dengan segera.


mengikut rekod JKR Tenom, jambatan tersebut sudah melalui satu pemeriksaan rutin pada tahun 2009 dan hasilnya masih selamat untuk digunakan. walau apapun, pihak JKR perlu menilai tahap keselamatan itu berdasarkan kenderaan yang menggunakan jambatan tersebut kerana jambatan itu bukan hanya mengangkat beban kenderaan2 kecil malah lori2 balak juga berulang alik menggunakan jambatan yang sama.


Pengarah JKR perlu tampil untuk memberi penjelasan tentang janji untuk mendapat peruntukan menyelenggara jambatan tersebut.Memandangkan jambatan tersebut adalah laluan lori yang membawa muatan berat dan sudah lama dibina,penyelenggaraan harus disegerakan bagi menjamin keselamatan pengguna.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails