SUARA BEBAS TUARAN

Pergerakan MP BN Sedang Di Pantau Dan Di Nilai?

Labels:

Sebelum sessi Parlimen dimulakan selasa lalu, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak sekali lagi mengadakan perjumpaan dengan Ahli-ahli Parlimen komponen Barisan Nasional.
Pada bulan Januari 2011 lalu, Najib telah mengadakan pertemuan dengan semua ahli parlimen (MP) BN di PWTC bertujuan mengetahui keadaan di kawasan diterajui wakil-wakil rakyat terbabit.
Dalam perjumpaan kali ini, Najib telah mengarahkan semua ahli parlimen Barisan Nasional bersiap sedia untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum yang mungkin akan diadakan dalam kadar bila-bila masa.
  • Dalam masa yang sama, beliau juga mengingatkan bahawa hanya mereka yang berpotensi untuk menang sahaja akan dicalon kan.
  • Selaku Ketua Barisan nasional, najib juga mengingatkan bahawa pergerakan Ahli-Ahli Parlimen tersebut akan terus dipantau dan prestasinya mereka juga akan dinilai demi untuk memastikan bahawa ahli parlimen terus melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh rakyat kepada mereka.
  • Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal, Perdana Menteri menekankan agar Ahli-Ahli Parlimen BN lebih berperihatin kepada rakyat disamping memastikan projek rakyat dijalankan dengan sempurna.
  • Shafie selanjut nya berkata, PM ingin melihat para MP untuk mula bersiap sedia untuk meghadapi Pilihan Raya Umum.
  • Walau macammana pun, najib mengingatkan bahawa walaupun mereka memegang jawatan MP ketika ini, tidak bermakna bahawa mereka akan terus dipilih sebagai calon nanti.
  • Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada Najib telah mengisyaratkan tarikh Pilihan Raya Umum akan diadakan, MP Rembau, Khairy Jamaluddin berkata bahawa ada petanda yang mengalakan sebagai dorongan kepada mereka yang hadir.
Semantara itu, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohd Khaled Nordin berkata belum ada ada tarikh yang konkrit diberikan oleh PM setakat itu. Walau macam mana pun, Najib ingin melihat persiapan dan persedian untuk tujuan PRU, dimulakan sekarang.
Sumber: The Star
14 comments:

pergerakan MP mg perlu dipantau bagi memestikan mereka menjalankan tugas mereka dgn baik.


Memang patut mereka dipantau dan dinilai.


pemantauan dan penilaian sememangnya perlu sentiasa dibuat. ini bagi memastikan semua MP menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.


Ya betul, pastikan mereka melaksanakan tugas mereka dengan baik.


Pemantauan dan penilaian adalah satu usaha untuk memperbaiki mana2 yang kurang dan tidak aktif dalam menjalankan tugas.


Seharusnya selepas pemantauan dan penilaian kerja akan lebih inovatif dan berkualiti.


Setiap MP memang perlu dinilai bagi memastikan yang terbaik kepada rakyat dan parti itu sendiri.


sepatutnya pergerakan mereka dipantau sejak berlalunya PRU12 pada 2008.


itulah yang sebaik-baiknya...MP yang 'tidur' dan hanya tahu makan duit rakyat harus disingkirkan..


oleh itu, lakukan tanggungjawab anda sebagai MP dengan baik..jangan hanya tahu bising2 di dewan parlimen..tapi tiada tindakan..


memang patut pun pergerakan MP dipantau dan dinilai bagi memastikan mereka melaksanakan t/jawab sebaik mungkin.


Semoga tindakan dan usaha sebegini membuahkan hasil positif.


This should be done from the start. It is to make sure that they fulfill their duty to the people.


Harap dengan pemantauan ini, MP-MP akan lebih berusaha menunaikan tanggungjawab mereka.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails