SUARA BEBAS TUARAN

Polis Digesa Tangkap Segera Ketiga-Tiga Dalang Video Seks

Pendedahan oleh Shazryl Eskay menjelaskan bahawa beliaulah yang bertanggung bersama bekas KM Melaka, Rahim Tamby Chik dalam pendedahan video lucah seks tersebut.
Seorang lagi Datuk ialah orang bernama Shuib Lazim. Rahim tidak menjelaskan bahawa beliau termasuk dalam trio itu, namun penjelasan itu menunjukkan dialah seorang lagi Datuk itu.
Namun hingga hari ini, pihak polis belum lagi melakukan penangkapan terhadap Datuk T trio kerana penglibatan mereka di dalam penyiaran video tape lucah Isnin lalu.
Dalam kenyataan hari ini, Pemimpin DAP Lim Kit Siang berkata , polis tidak sepatutnya berlengah untuk menangkap bekas Ketua Menteri Melaka dan pemimpin veteran Umno Rahim Thamby Chik, Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim.
Mereka telah pun membuat pengakuan hari ini merekalah Datuk T, lelaki misteri di belakang rakaman video seks yang mereka dakwa pemimpin PKR Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang perempuan asing.
  • Dalam pada itu, Anwar telah pun membuat penafian bahawa beliau adalah orang yang didakwa di dalam video berkenaan dan telah membuat laporan polis semalam.
Selanjutnya, Lim bertanya mengapa pihak polis tidak menangkap ketiga-tiga Datuk T kerana jenayah, termasuk menyiarkan bahan lucah dan ponografi.
“Apakah mereka mempunyai kekebalan dan kebebasan untuk melanggar undang-undang dan bertindak dengan memalukan negara?” tanya Lim.
Sumber:Sabahdaily
14 comments:

Yang penting siasat dulu untuk mengenalpasti kesahihan video tersebut.


Segera ambil tindakan kepada yang bersalah.


Kepda yang terlibat bawa2 la bertobat.


bukan setakat ketiga2 dalang itu sahaja yang perlu ditangkap. Anwar juga perlu ditangkap sama untuk membantu siasatan. penafian melalui media sahaja tidak cukup untuk membebaskan beliau dari tuduhan itu.


Anwar pun ditangkap juga? Sedangkan bukan nya beliau terlibat pun dalam video lucah seks itu.

Anwar bukan hanya sekadar menafi melalu media, tetapi telah datang sendiri ke polis stasion Dang Wangi dengan tujuan membantu siasatan.

Jelas Anwar tidak terlibat dalam pembuatan, pemain dan penayangan video tersebut. Kenapa beliau mesti di tangkap? Kerana beliau seorang pemimpin pembangkang maka itu beliau wajib ditangkap kah?


Hairan betul. Macam mana pula ketiga-tiga dalang itu pasti yang lelaki dalam rakaman video seks itu adalah Anwar???


Apapun, mereka ketiga-tiga itu harus ditangkap dan disoal siasat.


kes ini telah mendapat perhatian umum. harap ia dapat diselesaikan dengan cepat.


mereka hnya menyiarkan video tersebut secara tertutup tapi tak menyebarkannya. lagipun mereka telah meyerahkan salinan asal video tersebut kepada polis. kes ini masih lagi dalam siasatan.


Buktikan bahawa video itu adalah benar..Harap mereka 3 dalang ini akan dapat memberikan kebenaran.


Jangan fitnah sebelum dibuktikan.


Saya malu oo dengar kes mcm ni dihebohkan kepada umum.. Bukan setakat satu hari, rasanya tiap hari ada saja kes ni dipaparkan di media. huhu


Apapun, hal ini mmg patut disiasat an jangan dilengahkan lagi.


We should wait for the police to investigate this case.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails