
bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengadakan sidang akhbar mendedahkan identiti 'Datuk T' berhubung video seks membabitkan pemimpin pembangkang di Impiana Hotel KLCC, Kuala Lumpur
Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik hari ini berkata, beliau adalah antara tiga orang yang dikenali sebagai Datuk T yang terlibat mendedahkan video skandal seks melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Rahim dalam satu sidang akhbar hari ini berkata, dua lagi individu itu adalah ahli perniagaan, Datuk Syazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.
- Beliau turut meminta supaya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat ketulenan video itu. Jelaskan, huruf T dipendekkan bagi perkataan Trio.
Sebelum itu,Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat laporan di Ibu pejabat polis Dang Wangi di Kuala Lumpur pagi ini berhubung video yang telah dipertontonkan kepada beberapa wakil media di Carcosa Seri Negara pada pagi Isnin.- Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata laporan polis telah diterima di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi Selasa dan sedang menyiasat kes tersebut.
Mengikut peruntukan Seksyen 292 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan berkaitan tindakan itu, mereka yang didapati bersalah boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.


March 24, 2011 10:26 AM
Tapi tidak tahulah sama ada video tu betul ataupun palsu.
March 24, 2011 10:27 AM
cerita ni semakin panas, byk pendedahan telah dilakukan.
March 24, 2011 10:37 AM
Politicians love playing dirty just to get what they want.
March 24, 2011 10:42 AM
In Malaysia or any other countries, it's normal for politicians to blackmail and humiliate each other publicly. All this is distracting the politicians from doing what is important like solving the people issues.
March 24, 2011 11:39 AM
nampaknya kedudukan Anwar semakin kritikal. apa2pun serahkan sahaja kepada mahkamah untuk putuskan siapa yang bersalah.
March 24, 2011 1:52 PM
Biarlah pihak yang berkuasa menjalankan kerja mereka bai menyiasat kesahihan perkara ini.
March 24, 2011 11:13 PM
Macam2 perkara timbul, mentang2 lah dekat p/raya. hhmm.. aihh entahlah.. Panas betullll!!!!!
March 24, 2011 11:14 PM
Apapun, saya harap siasatan telus dapat dibuat bagi mendedahkan kebenaran.
March 25, 2011 9:00 AM
biarlah pihak polis yang menyelesaikan pekara ini. semoga ianya dapat diselesaikan dengan cepat.
March 25, 2011 3:21 PM
Polis sepatutnya menyiasat ketiga-tiga mereka yang terlibat untuk mengesahkan kesahihan video tersebut. Semoga kebenaran didedahkan.
Post a Comment