SUARA BEBAS TUARAN

SAPP Turun Padang Kaji Sokongan Rakyat Tangani Projek IC dan PATI, UPKO Bila?

Labels: ,

Selaku seorang activist politik, saya telah perhatikan selama dua minggu berturut-turut pehak parti SAPP telah mengorak langkah turun padang demi untuk mengenal pasti sejauh mana kah sokongan rakyat Sabah terhadap isu yang di perjuangkan oleh Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing.
Kajian tersebut telah dijalankan oleh seorang dua ahli SAPP, bertempat di kawasan tamu mingguan pekan Tenghilan (kg halaman Wilfred Mojilip sendiri), dalam daerah Tuaran.
  • Menurut lapuran salah seorang petugas SAPP tersebut, menyatakan bahawa mereka telah berjaya mendapat tanda tangan sebanyak lebih kurang 300 ( termasuk saya sendiri) orang penduduk di Tenghilan semenjak satu minggu yang lalu. Mungkin, bilangan tanda tangan tersebut akan meningkat lagi dimasa akan datang, kata beliau
  • Apa yang merungsingkan disini, tidak seorang pun ahli UPKO yang berusaha untuk mendampingi SAPP ketika melakukan kajian tersebut sebagai pengesahan sokongan kepada usaha dan pejuangan pemimpin mereka Mojilip dan Bernard Dompok .
Bila ditanya, mereka berkata belum ada sebarang arahan untuk tujuan tersebut. Justru itu, mereka hanya berharap agar pehak pembangkang yang akan meneruskan usaha yang diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin agong mereka selama ini.
Disini, kadang-kadang saya terfikir bahawa pemimpin-pemimpin UPKO ini hanya banyak bercakap di dewan, tetapi tidak sanggup turun pandang untuk memastikan sejauhmana kah sokongan rakyat Sabah terhadap pejuangan mereka dalam usaha menengani masaalah Projek IC dan PATI di sini.

Saperti yang dilapurkan dalam paparan blog sebelum ini, Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing, selaku AHLI Parlimen Malaysia Kawasan Tuaran mengegarkan Dewan Parlimen bilamana beliau bertanya apakah tindakan lanjut yang dilaksanakan oleh Kerajaan ke atas memorandum bertarikh 14 Disember 2010 mengenai dengan IC Projek di Sabah yang beliau telah sampaikan kepada Kementerian pada bulan Disember yang lalu.
  • Beliau begitu lantang bersuara di dewan parlimen meminta MENTERI DALAM NEGERI untuk bertindak seberapa yang segara untuk menengani masaalah Projek IC dan juga PATI yang dikatakan menghantui penduduk negeri Sabah.
  • Sebelum ini, beliau dan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Tan Sri Bernard Dompok, telah menekan kerajaan perseketuan untuk menubuhkan satu Suruhanjaya di Raja bagi menyelesaikan masalah imigran di Sabah.
Namun syor mereka ditolak oleh Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin atas alasan tidak akan membawa sebarang penyelesaian terhadap permasalahan imigresen di Sabah.
KDN menerangkan bahawa setelah kajian dijalankan ke atas memorandum tersebut, didapati ianya melibatkan isu-isu keselamatan dan kewarganegaraan. Maka kementerian memerlukan sedikit masa lagi untuk menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengumpulkan maklumat yang berkaitan untuk tindakan sewajarnya.
Disamping itu kata KDN, sekiranya terbukti berlaku penyelewengan seperti yang didakwa oleh Mojilip, Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan akan mengambil tindakan tegas berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.
  • Justru itu, kata Mojilip, Hishamuddin sepatutnya berpijak di bumi nyata dan prihatin terhadap nasib dan masa hadapan rakyat Sabah yang hidup dalam ketakutan sejak 1970-an setelah Kerajaan Persekutuan menerima pelarian perang Filipina walaupun tidak pernah menandatangani Konvensyen 1951 dan Protokol 1967 berhubung orang pelarian.
  • Jawapan tersebut diterima oleh Mojilip sebagai hambar dan kosong, seolah-olah KDN bertindak saperti membuang ‘air kecil’ di dalam Dewan Rakyat tanpa menghiraukan 221 ahli dewan lain yang sedang memerhati.
  • Hingga setakat ini perjuangan Mojilip ini nampak nya telah menambat hati pemimpin-pemimpin parti pembangkang dan juga badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) saperti UBF dan lain-lain lagi di Sabah.
Namun apa yang mengherankan, nampak nya hingga kini kita maseh lagi tertunggu-tunggu sokongan padat dari parti-parti yang lain dalam komponen Barisan Nasional. Terutama sekali dari parti UPKO untuk mencontohi SAPP dalam usaha untuk merealisasikan hasrat rakyat dari kemelut Projek IC dan PATI di sabah ini.
Hal ini membuat kita kadang-kadang bertanya sejauh mana kah ketelusan dan kewibawaan perjuangan Mojilip terhadap Projek IC dan PATI tersebut.
18 comments:

jika berkaitan untuk menangani projek IC dan PATI. usaha seperti ini mmg harus disokong bagi membebaskan sabah dari masalah PATI.


Semua parti haruslah berkerjasama untuk menangani projek IC dan Pati.


Semoga isu2x tersebut dapat diselesaikan secepat mungkin. Kerapkan aktiviti turun padang. Jangan malas!


The people had always wanted to see this Project IC and illegal immigrants solved.


semua pihak harus berusaha untuk menyelesaikan isu PATI ini. rakyat sentiasa mengharapkan penyelesaian akan dapat dicari.


Semua orang akan memberikan sokongan kepada masalah IC dan PATI diSabah. Siapa yang tidak mahu masalah ini diselesaikan. Semua orang Sabah mahukan masalah ini selesai.


Apa pun, kita mengharapkan semua pihak berkerjasama bagi menyelesaikan masalah ini. Penduduk juga perlulah memberikan lebih maklumat kepada kerajaan supaya operasi penangkapan senang dilakukan.


masing2 ada cara sendiri dalam mengetengahkan masalah ini untuk diberikan perhatian sekaligus penyelesaian.


SAPP 'pok silap' dari apa yang telah dilakukan oleh UPKO..


jika SAPP benar2 ikhlas dan mahu menyokong penubuhan SSD, maka bekerjasamalah..bukan membanding2kan dan mempolitikkan isu ini..


Sdra Mike,
Macam mana kamu tahu SAPP main politik dan hanya pok silap UPKO dalam menangani isu ini?
Kamu ada bukti kah? tolong kongsi di sini. Kalau tiada bukti yang kukuh jangan sembarangan menuduh.

Yang kita tahu SAPP telah menjalan kan tugas selaku parti tempatan. UPKO atau sdra mike bila lagi turun padang?

Atau cuma tahu cakap kosong sana sini, disamping meluahkan perasaan benci dan dengki terhadap parti yang bertungkus lumus berjuang untuk integrity orang-orang Sabah.


Ketepikan pegangan politik dan bersatulah utk tanggan isu yang cukup memeningkan kepala ini.


Takda salahnya jika bekerjasama kerana akhirnya nanti semua usaha yang dilakukan adalah utk rakyat.


Saya yakin, rakyat pun mengharapkan pihak2 berkenaan tampil dan berganding bahu dalam menyelesaikan isu ic dan pati di Sabah.


tapi kalau semata-mata mahu pok silap pihak lain, baik tak payah turun padang. hehhee


Apapun, sama2 lah kita mengharapkan yang terbaik:)


I'm sure many people supported the RCI. Hopefully the federal government will approve it.


Mesti rakyat akan menyokong. Harap kerajaan pusat akan meluluskan Suruhanjaya penyiasatan diraja ini.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails