
Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah melancarkan Skim Rumah Pertamaku (SRP) bagi kemudahan golongan muda untuk memiliki rumah sendiri. Pada mulanya skim ini telah mendapat sambutan ghairah serta pujian daripada pelbagai pihak, termasuklah golongan anak muda itu sendiri.
Namun seorang aktivist belia, Chang Shak Chung dari sandakan, terdapat beberapa kepincangan yang dijangka akan memberi impak yang negatif lagi permasaalahan kepada golongan muda yang majoritinya mempunyai pendapatan sekitar RM500 hingga RM1,500.
Kata beliau, golongan muda yang berpendapatan saperti itu, tidak mampu untuk menanggung pembayaran balik pinjaman walaupun kerajaan memberikan khabar gembira yang kononnya tidak perlu membayar wang pendahuluan sebanyak 10%.- Dikatakan bahawa kadar faedah yang dikenakan oleh pihak bank adalah amat tinggi untuk membayar semula pinjaman tersebut dalam dalam masa maksimum 30 tahun.
- Sebagai contoh kata nya, di Sandakan, harga rumah adalah sekitar RM130,000 dan ke atas. Itupun ia nya hanya sebuah flat atau apartmen berkeluasan 950 kaki persegi.
Punca rungutan golongan muda terhadap skim yang pada mula nya dijangka akan membantu mereka. Antara syarat untuk kelulusan memiliki rumah tersebut ada lah saperti berikut;- Yang pertama, hanya pekerja swasta yang berumur tidak lebih daripada 35 tahun dan bekerja dengan majikan yang sama untuk jangka masa sekurang-kurangnya 6 bulan dan telah disahkan jawatan sahaja layak memohon.
- Yang kedua, pembeli tidak boleh membeli rumah melalui skim berkenaan sekiranya bekerja sendiri walaupun mempunyai pendapatan sebanyak RM3,000 sebulan.
- Yang ketiga, sekiranya pemohon yang bekerja sendiri dan ingin memohon atas nama bersama dengan pasangannya walaupun pasangannya mempunyai slip gaji (makan gaji), namun ia adalah tidak dibenarkan. Pemohon bersama hanya layak untuk hubungan keluarga seperti suami isteri atau sesama adik-beradik sahaja.
- Yang keempat, kakitangan kerajaan Tidak Layak Untuk Memohon!
- Yang terakhir adalah pemohon yang tidak mempunyai pendapatan bersih kurang daripada RM1,500 (selepas ditolak EPF, SOCSO, perbelanjaan dapur, bayar loan kereta, membayar duit minyak untuk kereta, membeli susu tepung untuk anak, membayar yuran sekolah untuk anak), mereka adalah Tidak Layak Untuk Memohon!
- Pendek kata, pelancaran ini dikatakan tidak memenuhi sasaran disamping gagal untuk memberikan peluang kepada golongan muda di Sabah yang kebanyakan nya hanya mempunyai gaji yang minima. Apa lagi bila mengingatkan golongan belia ini terpaksa membiayai kos sara hidup harian yang tinggi berbanding mereka di Semenanjung Malaysia.
Chang Shak Chung mentafsirkan bahawa kemungkinan skim ini ada lah sekadar untuk menarik undi golongan muda ketika PRU13 nanti. Kerana skim ini hanya lah saperti memberikan satu keistimewaan yang begitu sukar dan hampir tidak mungkin dicapai dan dilaksanakan oleh golongan muda disini. Sumber:
Chang Shak Chung, SabahKini
March 19, 2011 12:00 PM
Pemuda yang ingin memohon skim ini perlu memastikan bahawa pendapatan sendiri adalah mencukupi untuk menanggung pinjaman ini serta kos kehidupan yang lain.
March 19, 2011 12:22 PM
skim ini sebenarnya baik bagi golongan yang tidak mampu membayar wang pendahuluan untuk membeli rumah. apa pun, kemampuan kewangan perlu juga diambilkira dalam pekara ini.
March 19, 2011 12:26 PM
Jika tahu syarat2 itu barulkah faham bagaimana skim in berfungsi.
March 19, 2011 12:32 PM
aiyaaa...baru pasang angan2 mahu maohon ini skim. btl ka ni...
March 19, 2011 6:23 PM
siapa sebenarnya golongan sasaran skim ini?
March 19, 2011 6:25 PM
jika dilihat pada paras gaji di sabah dan semenanjung, nampaknya skim ini tidka mungkin dinikmati oleh golongan muda di sabah kerana gaji yang jauh lebih rendah berbanding mereka yang bekerja di semenanjung..
March 19, 2011 6:26 PM
apa pun, syarat2 permohonan harus jelas...ini bagi mengelak kekeliruaan bagi pihak pemohon yang ingin memohon skim ini.
March 19, 2011 9:06 PM
hahhaa, saya paling suka baca syarat yang keempat, kakitangan kerajaan Tidak Layak Untuk Memohon!!!
Bukan apa, cuma rasa lucu sbb selalunya kelebihan cenderung kepada k/tgn kerajaan tapi kali ini dorang pula tak layak pohon. hehe
March 19, 2011 9:08 PM
Logiknya, semakin tinggi pinjaman maka makin tinggi jugalah bayaran bulanannya. Jadi dipendekkan cerita harus ada bajet juga kalau mahu beli rumah dan pasal pasangan tu mmg norma hanya daik beradik & suami/isteri ja dibenarkan bergandingan nama:)
March 21, 2011 8:41 AM
kebanyakan golongan muda tak mampu hendak membayar wang pendahuluan untuk membeli rumah, skim ini membantu mereka mendapatkan rumah tanpa pendahuluan. dgn ini golongan muda boleh memiliki rumah sendiri tanpa perlu menunggu bagitu lama.
March 21, 2011 9:08 AM
Mungkin akan membebankan rakyat. tapi sebaiknya fikirkanlah bajet sendiri sebelum SRP ini dibuat. Kerajaan tidak memaska kita untuk membeli, tapi bagi orang yang benar-benar memerlukan saja digalakkan. Tapi kelebihan hanya senagn untuk diluluskan.
March 21, 2011 9:12 AM
(Daily Express 20 Mar 2011)
Shareda: Raise ceiling price to RM300,000
Published on: Sunday, March 20, 2011
Kota Kinabalu: Sabah Housing and Real Estate Developers Association (Shareda) on Saturday proposed that the price of houses for the My First House scheme be increased to RM300,000.
Datuk Susan Wong, who was returned unopposed as President for the 2011-2012 term, said the house price set by the Government for the scheme that is between RM100,000 and RM220,000 was too low.
"For RM220,000 you can only get an apartment or probably a single-storey house, which is located in the outskirts, which I don't think is preferred by first time house buyers," she said.
She said during a courtesy call to Bank Negara Sabah branch last week, Shareda raised the issue with its Manager, Ahmad Abd Rahim, who told them that Shareda's request would be forwarded to Kuala Lumpur.
Wong said she had also read that in Peninsular Malaysia, the young people there were requesting the Government to increase the price to RM350,000.
Speaking after Shareda's 17th Annual General Meeting at Beverly Hill in Bundusan, Saturday, she said Shareda also told Bank Negara that many developers could not get their buyers to participate in the My First House scheme because most of the commercial banks have yet to start the scheme.
She said Ahmad told them that Bank Negara here was still finalising the mechanism with 20 participating banks.
Under the scheme, the Government had appointed a company, Cagamas Sdn Bhd (under Bank Negara), as guarantor of the 10 per cent of the house price for the buyers, while the other 90 per cent would be given out by the participating banks.
Announced under the 2011 Budget, the scheme is available for those 35 years old and below with a monthly income of less than RM3,000 to buy houses for the first time.
Earlier, in her President's Report, Wong outlined all major issues that had been resolved and some which are still being pursued since she took over in March 2009.
Among them was the call for the original land lease of 999 years after subdivision to be maintained, electricity capital contribution (to request fixed rate and lower rate), service level agreement (to be finalised and implemented by SESB), Residential Building Setbacks in Sabah, fast approval of development plans by the Central Board, five per cent Banker's Guarantee, request for reduction of cement price in Sabah and promotion of green technology and energy efficiency.
March 21, 2011 10:25 AM
Make sure you fulfill the requirement if you intend to apply for SRP.
March 21, 2011 10:55 AM
semua syarat2 itu ditentukan oleh pihak bank. pihak bank yang akan bertanggungjawab terhadap untung rugi skim ini. jika skim ini tidak diwujudkan, pasti lebih ramai lagi belia yang tidak mampu memiliki rumah.
March 21, 2011 11:02 AM
"Chang Shak Chung mentafsirkan bahawa kemungkinan skim ini ada lah sekadar untuk menarik undi golongan muda ketika PRU13 nanti."
apa sahaja program kerajaan, jika dinilai berdasarkan pertimbangan politik, hsilnya pasti akan negatif.. kenapa penulis tidak minta penjelasan dari pihak bank tentang kelima2 rungutan itu??
March 21, 2011 1:41 PM
Try to calculate your income before applying for this scheme.
Post a Comment