
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) mengumumkan berita gembira buat 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang menerima surat pemberhentian pada tahun lepas bahawa notis itu ditarik balik.Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, beliau telah meneliti keadaan itu dan membuat keputusan GSTT harus dikekalkan.
Serentak itu, beliau mengingatkan GSTT supaya bersedia berkhidmat di mana sahaja mereka dihantar bertugas kerana mereka tidak semestinya dihantar bertugas semula di sekolah asal.- “Saya minta Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran(gambar kiri) mengeluarkan surat pemberitahuan kepada mereka yang sudah berkhidmat dua, tiga hingga lima tahun, kita beri mereka peluang meneruskan perkhidmatan dan menempatkan mereka di tempat yang sesuai,” katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyampaikan dividen ladang Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Tongod dan Geran Komunal Lalampas Tongod di sini semalam.


March 5, 2011 10:04 AM
satu perkara yang baik, ia dpt mengelakkan pengangguran berlaku dan seterusnya menyelesaikan masalah kekurangan guru.
March 5, 2011 10:46 AM
ini pastinya menjadi berita baik kepada GSTT kerana mereka dapat mengajar kembali.
March 5, 2011 11:24 AM
Good news indeed!
March 5, 2011 11:26 AM
With the termination withdrawn, it could help solve the shortage of teachers in our country.
March 7, 2011 8:54 AM
akhirnya kerajaan akur juga dengan desakan pelbagai pihak. apa2pun, saya harap tidak ada seorangpun antara mereka yang tercirir..
March 7, 2011 8:56 AM
Satu keputusan yang sungguh bermakna daripada Kementerian pelajaran Malaysia. Ini dapat memberikan peluang kepada GSTT untuk meneruskan usaha mereka untuk mendidik.
March 7, 2011 10:29 AM
This is really good news for the GSTT. Keep contributing to Sabah students education.
March 9, 2011 10:40 AM
Baguslah kalau macam ni, GSTT tak perlulah risau lagi.
Post a Comment