SUARA BEBAS TUARAN

Suria FM Sabah Di Lancarkan Di1Borneo


Baru-baru ini rakyat Sabah telah meraikan hari bersejarah sempena pelancaran siaran radio Suria FM Sabah yang berpusat di Centre Court, 1Borneo, Kota Kinabalu. Sebelum ini kita hanya mendengar siaran Suria FM melalui corong radio dari Kuala Lumpur.
Untuk menyempurnakan peresmian pembukaan tersebut, satu konsert telah diadakan bertempat di kawasan Helipad, 1Borneo, Kota Kinabalu pada sabtu lalu.
  • Kawasan tersebut telah dibanjiri selautan manusia seawal pukul 7 malam yang bukan saja menantikan kemunculan artis-artis kesayangan mereka.
  • Konsert yang dilancarkan sempena perasmian pembukaan studio Suria FM Sabah, memaparkan fenomena muzik daripada pelbagai genre yang menggabungkan bintang-bintang realiti, penyanyi tempatan dan juga lagenda rock tanah air.
  • Kesunyian pentas dipecahkan dengan pembukaan tirai pentas menerusi tarian kotemporari yang dipersembahkan oleh Penari-Penari Mama Melaka (First Move Studio) tepat pukul 8.15 malam.
  • Kemunculan DJ Othoe dan DJ Linda Onn memeriahkan suasana pentas dengan gimik spontan mereka menyebabkan pengunjung yang hadir semakin teruja menantikan kemunculan artis pertama yang bakal membuat persembahan di atas pentas.
  • Kehangatan konsert kian terasa. Hujan renyai-renyai langsung tidak memberikan kesan kepada pengunjung yang hadir dek terpukau dengan persembahan yang sangat memuaskan hati.
Antara artis yang turut membuat persembahan pada malam tersebut ada lah dari bekas bintang-bintang AF saperti Adam, Lotter, Adira dan Velvet. Manakala penyanyi jemputan yang lain ia lah Shima, Amy Search, Hattan, The Devine Master, Abu Bakar Ella, Jimmy Palikat dan Peter Dicky Lee.
Malam hebat melabuhkan tirai dengan kemunculan semua artis di atas pentas untuk memberi ucapan penghargaan dan lambaian mesra kepada peminat yang yang hadir.
Sumber: Suria FM, NST
9 comments:

Memang menarik pelancaran Suria FM Sabah ini.


majlis pelancaran tersebut diadakan begitu meriah.


baguslah. pelancaran ini juga membuatkan suria FM menjadi semakin terkenal.


Teruskan menyokong artis dari Sabah.


Semoga siaran ini akan terus maju dan mendapat sambutan dari peminat.


Semoga stesen suria fm menjadi platform utk artis Sabah diketengahkan:)


Sounds great, good luck to Suria FM Sabah.


Ini mendekatkan jurang di antara Sabah dan semenanjung malaysia.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails