
Semasa membuat satu pemeriksaan mengejut di Kg. Patikang Ulu, kawasan Parlimen Keningau baru-baru ini, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan , melihat aliran semula jadi di ulu sungai tersebut tersekat akibat tindakan salah sebuah syarikat yang mengganggu aliran sungai itu.
Kes in timbul, berikutan rungutan lebih 1,000 Penduduk di Kg. Patikang Ulu yang meminta kerajaan untuk menaik taraf jalan raya sejauh 1.5 kilometer yang sering ditenggelami air pada musim hujan.- Tindakan tidak bertanggungjawab syarikat berkenaan, kata Pairin, bukan sahaja bertentangan dengan undang-undang, tetapi ia menyebabkan air mengalir ke laluan yang berbeza dan menyebabkan banjir kilat sering berlaku di Kampung tersebut.
Masalah yang sudah wujud lebih 10 tahun itu telah mempengaruhi kehidupan penduduk di Kg. Patikang Ulu dan sekitarnya.- Pairin selaku wakil rakyat kawasan tersebut merasa bersimpati dengan masalah tersebut dan akan memastikan ia dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat demi kepentingan penduduk bagi masa jangka panjang.
Justru itu, pihak yang terbabit perlu mengambil tindakan yang drastik bagi mengatasi dan memulihkan aliran semula jadi sungai yang terganggu atau dikenakan tindakan undang-undang, kata Pairin.Sumber: NST
April 1, 2011 9:15 AM
tindakan wajar dikenakan terhadap syarikat berkenaan yang mengganggu aliran air sungai tersebut.
April 1, 2011 9:17 AM
harap masalah ini akan dapat ditangani dengan segera dan tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.
April 1, 2011 9:19 AM
Harap tindakkan terhadap syarikat ini kerana punca berlakunya masalah saliran air dan sekaligus menyebabkan berlakunya banjir.
April 1, 2011 9:24 AM
Semoga pihak bertangggungjawab akan memastikan saliran air sungai itu akan berjalan lancar selepas ini bagi mengelak banjir berlaku.
April 1, 2011 9:47 AM
Tindakan harus diambil terhadap syarikat tersebut!
April 1, 2011 10:34 AM
Patut la. ini syarikat pla penyebab. Pihak berkuasa harus mengambil tindakan terhadap syarikat tersebut.
April 1, 2011 1:34 PM
Hope that serious actions are taken against the company for the disruption and damages caused.
April 4, 2011 8:50 AM
sekadar menasihatkan pihak tertentu untuk mengambil tindakan bukanlah jaminan bagi rakyat untuk melihat masalah itu akan dapat diselesaikan. sebagai pemimpin yang mempunyai peranan dalam pentadbiran kerajaan, pairin sendiri perlu kerap turun padang disamping mendesak pihak yang berkenaan bertindak menyelesaikan masalah itu.
April 14, 2011 5:08 PM
diharap syarikat tersebut menghentikan kegiatan mereka kerana ia mengakibatkan masalah banjir kilat berlaku di kg tersebut.jika tidak,langsung kenakan tindakan undang-undang.
Post a Comment