
Lapan pegawai Imigresen dihadapkan ke tiga Mahkamah Sesyen di Shah Alam semalam atas 83 pertuduhan menerima suapan bernilai RM122,140 bagi memudahkan urusan kemasukan penumpang Indonesia tanpa perlu mematuhi syarat yang ditetapkan tahun lalu.
Hakim Asmadi Hussain membenarkan Md. Shahrizal diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin manakala Nor Shahazlina diikat jamin RM6,000. Mahkamah menetapkan 5 Mei ini untuk sebutan semula kes.
Sumber: Kosmo
Bagaimanapun, kelapan-lapan tertuduh Md. Shahrizal Che Dan, 26; Nor Shahazlina Sulaiman, 25; Mohamad Izuwanshah Samsuri, 25; Mohamad Huzzail Ahmad, 31; Ahmad Zahed Abd Alim, 28; Mohd. Hafiz Zakaria, 27; Mohd. Khairul Haqimie Kamarudin, 26; dan Azmir Mahadi, 28, mengaku tidak bersalah.- Kesemua tertuduh yang masih muda itu merupakan anggota gred KP17 dan bertugas di bahagian Perkapalan Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Klang dekat sini. Kesemua rasuah itu diterima menerusi transaksi beberapa bank sekitar Klang dan Pelabuhan Klang.
- Berdasarkan kertas pertuduhan, Md. Shahrizal didakwa atas 31 dakwaan menerima rasuah daripada pekerja feri, Khairul Shah Hosnie berjumlah RM51,760. Khairul Shah merupakan antara beberapa individu yang didakwa memberi rasuah kepada lapan tertuduh itu. Nor Shahazlina pula didakwa menerima suapan berjumlah RM2,900.
Hakim Asmadi Hussain membenarkan Md. Shahrizal diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin manakala Nor Shahazlina diikat jamin RM6,000. Mahkamah menetapkan 5 Mei ini untuk sebutan semula kes.



April 9, 2011 9:18 AM
kenapa perlu ambil rasuah, wang rasuah adalah haram.
April 9, 2011 10:13 AM
Good job in capturing these corrupted immigration officers.
April 9, 2011 10:15 AM
The act of bribery is consider a serious crime. I hope people would not involve in any bribery act. Say No to corruption!
April 9, 2011 10:27 AM
Jangan sesekali melibatkan diri dengan benda2 yang tidak halal. Jika terlibat cepat2 la kembali ke panggal jalan agar anda tidak tersesat.
April 9, 2011 10:27 AM
jika benar mereka bersalah terlibat dengan rasuah, maka tindakan tegas perlu dikenakan terhadap mereka.
April 9, 2011 10:33 AM
Seharusnya rasuah tidak lagi berlaku tapi oleh kerana ingin mengejar kesenangan dan kekayaan, rasuah tetap akan berlaku. Tidak ada yang boleh mengubah dari ini terus berlaku hanya diri anda yang boleh mengubah sikap anda untuk terus menjalankan tugas dengan bersih.
April 9, 2011 10:38 AM
Kita mahu SPRM menyiasat sebaiknya tentang masalah ini. Benarkah mereka ini terlibat dalam rasuah.
April 9, 2011 10:40 AM
Nasihat kepada mereka yang lain, jauhilah rasuah..Rasuah merugikan negara dan kita sendiri.
April 9, 2011 7:14 PM
jika didapati bersalah, hukuman yang berat harus dikenakan kepada mereka sebagai pengajaran kepada penjawat awam lain.
April 9, 2011 7:15 PM
umur masih muda...nampaknya masa depan mereka akan pudar..padan muka!
April 10, 2011 12:26 AM
hhhmm.. siapa suruh tamak.
April 10, 2011 12:27 AM
Semoga usaha menanggani kegiatan rasuah diteruskan dan pastikan pesalah dihukum berat.
April 11, 2011 10:17 AM
Harap mereka yang terlibat akan dikenakan hukuman yang setimpal.
April 11, 2011 12:47 PM
rata2 semua yang terlibat masih muda.. saya harap mahkamah tegas dalam mengadili kes ini dan jangan biarkan ada antara mereka yang terlepas.. tahniah kepada sprm..
April 13, 2011 1:47 PM
hindari gejala rasuah dalam masyarakat kita.
Post a Comment